Vitiligo adalah keadaan autoimun di mana sel-sel yang menghasilkan pigmen kulit diserang dan dihancurkan, mengakibatkan tompok-tompok kulit berwarna cerah atau putih di mana-mana anggota badan, termasuk muka.
Disemak secara perubatan oleh Dr. Aisyah Syahira Abdul Hamid · Dokter Umum · Hello Health Group
Vitiligo adalah keadaan autoimun di mana sel-sel yang menghasilkan pigmen kulit diserang dan dihancurkan, mengakibatkan tompok-tompok kulit berwarna cerah atau putih di mana-mana anggota badan, termasuk muka.
Vitiligo atau sopak adalah penyakit kulit yang dihidapi oleh 0.5% sehingga 2% penduduk dunia.
Satu perdua pesakit didapati menghidap penyakit ini sebelum berumur 20 tahun manakala satu pertiga pula mempunyai sejarah keluarga yang positif.
Tambah lagi, vitiligo dikaitkan dengan penyakit autoimun seperti diabetes mellitus, tiroid, pernicious anemia dan penyakit Addison.
Terdapat 5 jenis vitiligo yang boleh dikenal pasti:
Vitiligo umum atau vulgaris adalah jenis sopak yang paling kerap berlaku dan diagnosis penyakit kebiasaannya dibuat secara klinikal.
Namun begitu, biopsi kulit (pemeriksaan cebisan kulit) boleh membantu dalam sesetengah kes bagi mendapatkan kepastian.
Wajar untuk penghidap penyakit vitiligo mengetahui cara rawatan semula jadi, dan apakah pilihan makanan serta gaya hidup yang dapat bantu mencegah atau berisiko memburukkan lagi keadaan ini.
Menurut Vitiligo Support International, individu yang dilahirkan dengan kondisi genetik ini mungkin kekurangan tahap nutrien sihat yang tertentu.
Walau bagaimanapun, masih tidak ada bukti menunjukkan dengan memakan makanan tertentu, mampu menyembuh atau memburukkan kondisi penyakit ini.
Walaupun kekurangan bukti, beberapa individu berjaya memperoleh hasil yang memberangsangkan dengan hanya melakukan rawatan rumah menggunakan bahan semula jadi tertentu.
Antara rawatan topikal yang boleh dicuba penghidap sopak di rumah adalah:
Sekarang, penulis akan mengupas pula mengenai makanan-makanan yang dikatakan bermanfaat buat pesakit sopak. Teruskan membaca ya!
Walaupun tidak ada ‘diet vitiligo’ tertentu yang ditetapkan secara rasmi, namun langkah pemakanan terbaik yang boleh pesakit lakukan adalah makan makanan sihat yang penuh nutrien dan juga minum banyak air.
Selain itu, sama seperti penyakit autoimun lain, pesakit mungkin memperoleh manfaat daripada makanan yang berfungsi meningkatkan sistem imun tubuh yang mengandungi fitokimia, beta-karoten, dan antioksidan.
Berikut adalah beberapa makanan yang dikatakan boleh membantu penghidap vitiligo:
Manakala, bagi jenis makanan yang perlu dihadkan pula, bukti anekdot menunjukkan sebilangan orang mengalami kesan sampingan ketika mereka memakan makanan tertentu, terutama yang mengandungi hidrokuinon agen depigmentasi.
Namun harus kita fahami, tubuh setiap individu adalah berbeza dan boleh bertindak balas secara berbeza terhadap makanan tertentu.
Dinyatakan berikut adalah beberapa makanan yang berpotensi menjadi masalah bagi orang yang mempunyai vitiligo:
Menurut beberapa pesakit vitiligo, bahan-bahan tertentu seperti vitamin dan herba, dikatakan dapat mengurangkan perubahan warna kulit yang dialami oleh mereka.
Pun begitu, secara perubatan pula, bahan-bahan ini tidak terbukti berkesan sebagai rawatan untuk vitiligo, ia hanya disokong oleh bukti anekdot, antaranya:
Di samping itu, beberapa mineral juga disebut bermanfaat untuk mencegah sopak, termasuk:
Malangnya, penyakit vitiligo seringkali menjadi satu kondisi yang perlu dihadapi sepanjang hayat.
Walaupun tidak dapat disembuhkan sepenuhnya, masih ada kaedah yang berpotensi untuk merawat dan mencegahnya daripada bertambah parah, termasuklah dengan pengamalan makanan yang sihat.
Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau kebimbangan, pastikan untuk menemui pakar dermatologi bagi mendapatkan nasihat mengenai kondisi yang dialami.
Penafian
Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen