Rahsia Awet Muda Jennifer Aniston Dan Reese Witherspoon

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 31/10/2019 . 3 minit bacaan
Share now

Jika anda mengenali siapa itu Jennifer Aniston dan Reese Witherspoon, sudah tentu anda mengetahui kedua-dua aktres ini sudah menjangkau usia lebih 40-an. Tetapi masih cantik dan menarik, bukan? Jom ketahui rahsia awet muda mereka!

Kekal muda

Walaupun dua selebriti Hollywood ini sudah berusia lebih 40-an, di mana Jennifer Aniston menjangkau usia 50 tahun dan Reese Witherspoon mencapai usia 43 tahun, namun mereka masih tampak muda. 

Berbeza dengan selebriti terkenal lain yang memilih untuk mengekalkan penampilan mereka melalui prosedur rawatan kulit yang mahal.  Malahan tidak dinafikan terdapat segelintir dalam kalangan artis Hollywood yang melakukan pembedahan. Namun, bagi Jennifer dan Reese, mereka memilih pendekatan lebih sihat dan berdisiplin dalam mengekalkan keremajaan, iaitu  dengan berpuasa. Haaa…jadi inilah rahsia awet muda mereka!

Rahsia awet muda

Berkongsi mengenai rahsia awet muda mereka, Jennifer dan Reese memberitahu bahawa mereka mengamalkan rejim puasa selama 16 jam, pengambilan jus hijau serta program senaman intensiti tinggi untuk enam hari seminggu. 

Sama seperti individu lain yang turut mengamalkan prosedur diet tertentu, mereka juga mempunyai cheat day sehari dalam seminggu untuk melakukan apa yang mereka sukai. Dan bagi Jennifer, cheat day dirinya adalah untuk minum jus saderi. Masih dalam kategori sihat, bukan? Kalau anda, apa yang anda akan makan pada hari cheat day? Hmmm…sudah tentu kek, coklat ataupun ice cream. Yummy!

Dalam wawancara oleh Radio Times, kedua-dua selebriti ini memberitahu bahawa mereka tidak memulakan hari mereka dengan bersarapan, malahan sama ada Jennifer atau Resse, kedua-dua mereka tidak mengambil makan bergoreng. 

Menurut bekas bintang siri televisyen Friends, “Saya berpuasa berselang (intermittent fasting), jadi tidak ada makanan pada waktu pagi. Dan selepas mengamalkan rutin ini, saya dapat merasai perbezaan ketara pada badan selepas 16 jam tanpa sebarang pengambilan makanan.”

Manakala Reese pula hanya mengambil jus hijau (green juice) dan kopi pada waktu pagi. Beliau turut memberitahu bahawa Jennifer sangat arif mengenai soal kesihatan berbanding dirinya dan selalu merujuk kepada Jennifer untuk mendapatkan nasihat.

Diet yang berbeza

Pada tahun 2005, Jennifer Aniston mengambil lima hidangan kecil setiap hari untuk mengekalkan bentuk badan yang menarik. Beliau mengamalkan memakan makanan berprotein tinggi seperti telur hancur dengan taburan cili kering bersama air lemon panas untuk sarapan dan sayuran kukus dengan ikan putih pada hidangan tengah hari. Manakala hidangan makan malam pula adalah seperti taco Mexico dengan ayam bakar.

Namun kini, aktres yang pernah berkahwin dengan Brad Pitt ini merupakan antara peminat berprofil tinggi bagi intermittent fasting. Untuk membantu beliau mengekalkan tenaga, beliau hanya akan bangun pagi selepas pukul 9. 

Tetapi keadaan itu sedikit berbeza pada Reese yang merupakan ibu kepada tiga cahaya mata. Bintang yang mewarnai filem Legally Blonde pada tahun 1999 ini perlu bangun seawal 5.30 pagi bersama anaknya, Tennessee yang berusia 7 tahun. Rutin senaman pula akan dilakukan seawal jam 7.30 pagi, enam kali seminggu.

Bukan untuk semua

Walau bagaimanapun, bagi pakar pemakanan, Susie Burrell, “Diet 16:8 mungkin tidak sesuai dilakukan oleh setiap individu. Ini kerana rejim diet yang ketat ini adalah tidak semudah yang dilafazkan dan ia sukar untuk diamalkan.”

Indiividu yang mengikuti diet ini biasanya akan berpuasa selama 16 jam dan makan secara bebas untuk selama tempoh lapan jam. Kebiasaannya tempoh lapan jam itu antara pukul 10 pagi hingga 6 petang.

Selain dapat membantu mengurangkan berat badan, intermittent fasting dipercayai dapat membantu mengawal tahap gula dalam darah, merangsang fungsi otak dan meningkatkan jangka hayat

Pakar pemakanan ini turut memberitahu, berbanding tidak makan sehingga 12 tengah hari, anda akan mendapat hasil yang lebih baik jika anda makan malam antara pukul 5 petang hingga 6 petang dan tidak makan sehingga pukul 9 pagi atau 10 pagi. Ini dapat membantu badan untuk mendapatkan manfaat metabolik kalori pada separuh hari yang pertama.”

Mengikut kesesuaian

Sama ada ingin mengamalkan rutin diet ketat seperti puasa berselang-seli atau tidak, atau mungkin memilih untuk melakukan pengambilan hidangan kecil tetapi kerap dalam sehari, semuanya bergantung kepada diri anda sendiri.

Tidak semua yang dilakukan oleh individu lain adalah sesuai untuk diikuti oleh anda. Sekiranya anda ingin melakukan sebarang perubahan diet pemakanan, cara terbaik adalah untuk mendapatkan nasihat dan pandangan daripada pakar. Ini khususnya jika anda mempunyai sebarang masalah berkaitan kesihatan. Pastikan apa yang anda ingin lakukan tidak akan mendatangkan kemudaratan, okay?

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Anda mungkin berminat untuk membaca artikel:

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy

Baca juga:

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Inginkan Petua Kulit Tegang & Awet Muda? Tak Susah, Guna Bahan Dapur Di Rumah Saja

    Anda nak kekalkan keremajaan kulit? Amalkan makanan awet muda ini. Selain daripada buah untuk awet muda, terdapat juga makanan lain untuk cantikkan kulit

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Pemakanan Di Usia Emas, Sihat Pada Usia Emas 26/11/2020 . 3 minit bacaan

    Sering Sakit Perut Selepas Makan Pencuci Mulut? Jaga-Jaga! Anda Mungkin Ada Alahan…

    Adakah anda pernah mengalami sakit perut setelah makan makanan manis? Ini mungkin petanda bahawa anda sebenarnya mempunyai alergi gula.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Alahan, Pusat Kesihatan 17/11/2020 . 3 minit bacaan

    Kerap Alami Kembung Perut? Itu Mungkin Tanda USUS TERSUMBAT, Atasinya Dengan Diet Ini

    Keadaan usus tersumbat boleh menyebabkan berlakunya masalah perut kembung. Jangan bimbang, diet pemakanan ini boleh bantu mengatasinya.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Gaya Hidup Sihat, Pemakanan Sihat 26/10/2020 . 3 minit bacaan

    Selulit & Stretch Marks Berbeza, Ya! Ini 3 Cara Untuk Mencegahnya, Mudah Sahaja!

    Bila tengok keadaan kulit, jadi keliru, ini masalah selulit atau tanda regangan? Hmmm, macam mana nak bezakan antara kedua-duanya?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Kulit 23/10/2020 . 3 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    kesan tabiat buruk pada wajah

    Tak Guna Membazir Beli Produk Anti Penuaan Mahal-Mahal Jika Masih Buat Tabiat Ini…

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Diterbitkan pada 22/01/2021 . 3 minit bacaan
    makanan penyebab sawan

    MENGEJUTKAN! Ada Diet Khas Yang Boleh Mencegah Sawan, Tapi Berkesankah?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Diterbitkan pada 24/12/2020 . 3 minit bacaan
    tubuh badan

    WOW! Fakta Menarik Tentang Penuaan Tubuh, Kepala Jauh Lebih Tua Daripada Kaki!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Diterbitkan pada 15/12/2020 . 4 minit bacaan
    proses penuaan

    Cara Nak Awet Muda, Kena Tahu Jenis Penuaan Mana Yang Tubuh Anda Alami Dahulu

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Diterbitkan pada 27/11/2020 . 3 minit bacaan