Meskipun mungkin ramai yang mengalaminya, namun kebanyakannya cenderung untuk menyorokkan kondisi itu ekoran rasa malu, takut serta tidak tahu cara rawat kudis buta.
Sebenarnya, anda tidak perlu untuk berfikiran sebegitu kerana terdapat beberapa cara merawat kudis buta terbaik untuk merawat kondisi ini sama ada secara klinikal atau natural.
Jom teruskan membaca artikel ini untuk tahu cara rawat kudis buta dengan bahan semula jadi!
Untuk mendapatkan lebih banyak informasi tentang Kesihatan Kulit, anda boleh klik di sini.
Apa itu kudis buta dan adakah kudis buta berjangkit?
Untuk pengetahuan anda, kudis buta atau scabies adalah keadaan kesihatan berkaitan kulit yang berpunca daripada gigitan kutu bernama Sarcoptes scabiei.
Kutu ini biasa hidup, tenggelam, berjangkit dan menggigit kulit manusia sebagai parasit lantas menyebabkan ruam-ruam yang merah, gatal, sakit serta nanah.
Apa yang lebih membimbangkan adalah ia sangat sukar untuk dihilangkan tanpa sebarang rawatan terutamanya jika anda tidak menjaga kebersihan diri.
Disebabkan itu, adalah sangat penting untuk anda berjumpa doktor sebagai usaha cara rawat kudis buta secara klinikal atau guna kaedah natural sebagai alternatif.
Adakah kudis buta berjangkit? Ya, ia sememangnya mudah berjangkit.
Apa cara rawat kudis buta?
Sekiranya anda mendapati ada kudis buta berair atau ruam pada kulit selain simptom-simptom yang kami nyatakan di atas tadi, segera berjumpa doktor untuk diagnosis.
Setelah disahkan positif kudis buta, rawatan untuk keadaan kesihatan kulit ini akan membabitkan penggunaan ubatan dan pencegahan jangkitan semula.
Terdapat 2 kaedah dalam usaha cara rawat kudis buta yakni secara klinikal atau natural:
Cara rawat scabies klinikal
Doktor mungkin akan menyarankan beberapa jenis ubatan topikal berbentuk losen atau krim sapu seperti:
- Premethrin
- Lindane
- Crotamiton
- Benzyl Benzoate
Ia adalah kaedah merawat paling terkenal dan berkesan serta digunakan di seluruh dunia.
Selain ubatan topikal, wujud juga ubatan oral yang digunakan sebagai rawatan sokongan iaitu Ivermectin untuk membunuh kutu tersebut pada kulit.
Cara rawat scabies natural
Sebenarnya, mungkin wujud beberapa cara merawat kudis buta secara semula jadi berteraskan bahan alami yang anda boleh temui di rumah, seperti berikut:
#1. Minyak pohon teh
Minyak ini adalah antara rawatan berupa ubatan sapuan yang efektif kerana ia boleh menyembuhkan ruam serta rasa gatal pada kulit akibat kudis buta.
Kajian pada tahun 2016 membuktikan ia mampu merawat kudis buta terutamanya yang melibatkan kes rawatan klinikal yang tidak berkesan sebelum ini.
Ini disebabkan oleh sifat minyak pohon teh yang antibakteria, antiradang, antigatal serta akarisida yang bermaksud mampu membunuh kutu dan seumpamanya.
#2. Gel lidah buaya
Gel ini mempunyai efek untuk melegakan dan menyembuhkan kulit yang terengsa akibat faktor risiko seperti cahaya matahari, alat solek atau jangkitan kutu.
Kajian pada tahun 2009 menunjukkan ia mampu merawat kudis buta dengan peratus keberkesanan hampir sama seperti ubatan sapuan Benzyl Benzoate.
Apa yang lebih menarik adalah penggunaan gel lidah buaya pada kulit yang ada kudis buta tidak akan mendatangkan sebarang kesan sampingan berbahaya.
Cara rawat kudis buta #3. Lada Cayyene
Lada Cayyene atau lebih dikenali dalam kalangan masyarakat kita sebagai lada cili merah pedas dipercayai mampu merawat kondisi kudis buta.
Kajian pada tahun 2010 menyatakan kandungan capsaicin yang wujud di dalam rempah ini mampu mengurangkan kesakitan kronik pada tisu lembut.
Pun begitu, penggunaannya secara kuantiti terlalu banyak dan lama boleh menyebabkan rasa pijar pada kulit yang turut menyebabkan ketidakselesaan.
#4. Minyak cengkih
Minyak ini mengandungi kesan antioksidan, antimikrobia, anestetik serta insektisida yang dipercayai boleh menyumbang dalam usaha merawat kudis buta.
Kajian pada tahun 2010 menunjukkan ia mampu membunuh kutu Sarcoptes scabiei pada luar serta yang tenggelam dalam kulit daripada bertelur dan membiak.
Namun sila dapatkan nasihat doktor sebelum menggunakannya untuk elak kesan sampingan.
#5. Minyak nimba
Minyak ini mengandungi kesan antiradang, antibakteria, analgesik serta kompenen aktif yang dipercayai boleh menyumbang dalam usaha merawat kudis buta.
Kajian pada tahun 2008 menunjukkan penggunaan ekstrak minyak ini telah berjaya untuk menyembuhkan kondisi scabies selepas beberapa minggu.
Tapi sila dapatkan nasihat doktor sebelum menggunakannya untuk elak kesan sampingan.
Kesimpulan
Apa yang paling penting sebagai cara rawat kudis buta ini adalah dengan menjaga kebersihan diri di samping mengambil ubatan klinikal atau natural yang dinyatakan di atas.
Jika ada sebarang masalah mengenainya, sila berkomunikasi dan berkonsultasi dengan doktor agar keadaan kulit ini dapat disembuhkan dan dielakkan.