backup og meta
Info Kesihatan
Alat Kesihatan

1

Tanya Doktor
Simpan

Kesihatan Kulit Lebih Dari Sekadar Kecantikan. Ini Apa L'Oréal Buat Untuk Beri Akses Pada Semua!

Fakta Disemak oleh Nurul Nazrah Nazarudin


Ditulis oleh Siti Sofiah · Disemak pada 27/07/2023

    Kesihatan Kulit Lebih Dari Sekadar Kecantikan. Ini Apa L'Oréal Buat Untuk Beri Akses Pada Semua!

    Apa yang terlintas di fikiran anda apabila bercakap tentang kesihatan kulit atau dermatologi? Tentunya kulit yang cantik, anjal, bebas jerawat dan kedutan, kan? Tahukah anda bahawa kesihatan kulit adalah lebih daripada itu.

    Jom ketahui lebih banyak informasi tentang Kesihatan Kulit di laman web kami.

    Walaupun ramai masyarakat semakin sedar akan kepentingan kesihatan kulit, namun ianya adalah lebih dari sekadar kulit yang putih, licin dan anjal tahu!

    Hello Doktor berpeluang menyertai Kongres Dermatologi Sedunia yang berlangsung di Singapura dari 3 hingga 8 Julai yang lalu. Ia merupakan satu acara berprestij yang menarik perhatian para profesional kesihatan kulit dari seluruh dunia. Lebih 11,000 delegasi dari seluruh pelosok dunia datang menyertainya!

    Terima kasih kepada L’Oréal sebagai salah satu penaja utama program ini yang turut menaja para pakar dermatologi serta rakan media dari pelbagai negara untuk menyertai acara berprestij ini.

    dermatologi

    Sebagai salah satu peneraju utama Kongres Dermatologi Sedunia, L’Oréal telah memainkan peranan penting dalam memastikan kejayaan acara tersebut. Syarikat ini tidak hanya menyokong secara kewangan, tetapi juga menyumbang kepakaran dan pengalaman dalam bidang penjagaan kulit.  Ini telah diiktiraf oleh ramai profesional di seluruh dunia.

    L’Oréal memberi sumbangan yang signifikan kepada industri kecantikan kulit, dengan pelbagai inovasi dalam penjagaan kulit dan rambut. Jenama-jenama yang bernaung di bawahnya seperti Vichy, CeraVe, La Roche Posay, dan SkinCeuticals telah terbukti mengeluarkan produk berkualiti dan tidak boleh disangkal lagi.

    dermatologi

    Akses Kepada Kesihatan Kulit Untuk Semua

    Ketika kongres ini berlangsung, L’Oréal mengadakan sebuah sidang media untuk memperkenalkan program yang berpaksikan kemudahan akses kepada penjagaan kesihatan kulit untuk semua. Program ini dinamakan ACCESS, di bawah naungan L’Oréal Dermatological Beauty (LDB).

    Sesi tersebut dikendalikan oleh 3 wanita tunggak LDB iaitu Myriam Cohen Welgryn, Presiden L’Oréal Dermatological Beauty Sedunia, Anne Colonna, Ketua Bahagian Penyelidik, Kumpulan L’Oréal, dan Laetitia Toupet, Timbalan Pengurus Bahagian Jenama L’Oréal Dermatological Beauty.

    ACCESS terdiri daripada 4 tonggak utama iaitu:

    Affordability – mampu milik

    Compassionate causes – untuk kebaikan

    Education – pendidikan

    Smart Services – perkhidmatan pintar

    Produk kesihatan kulit mampu milik

    Syarikat ini komited dalam memastikan produk mereka boleh dimiliki oleh pelbagai lapisan masyarakat dengan kualiti yang setanding (affordability).

    Produk-produk ini menjalani kajian mendalam termasuk kajian klinikal sebelum diperkenalkan ke pasaran. Selain itu ia juga dihasilkan dengan menggunakan bahan-bahan yang terpilih untuk menjaga dan melindungi kulit.

    Jenama-jenama ini juga menonjolkan keupayaan mereka untuk menyesuaikan diri dengan keperluan individu. Setiap produk dikaji secara teliti untuk memenuhi tuntutan pelbagai jenis kulit dan keperluan rawatan kulit.

    Menyokong untuk kebaikan

    Jenama-jenama ini juga turut bekerjasama dengan persatuan dan syarikat lain untuk menyokong kesihatan kulit secara menyeluruh (compassionate causes).

    Contohnya, La Roche-Posay yang melancarkan program Fight With Care untuk menyokong wanita yang menghidap kanser. Program ini dijalankan dengan kerjasama beberapa persatuan kanser di dunia termasuk American Cancer Society, Amerika Syarikat.

    dermatologi

    Pendidikan kesihatan kulit

    Dari segi pendidikan, syarikat ini turut mengambil bahagian dalam menyebarkan kepentingan penjagaan kesihatan kulit (education). Salah satu program pendidikan kesedaran yang sangat menarik adalah apabila para doktor memegang plakad di jalanan. Ia bertujuan untuk mengajak orang ramai menggunakan pelindung matahari setiap hari bagi mengelakkan kanser kulit.

    dermatologi

    Teknologi perkhidmatan pintar untuk dermatologi

    Bukan setakat pengeluaran produk sahaja, L’Oréal menggunakan teknologi untuk membantu masyarakat di seluruh dunia mengakses keperluan kesihatan kulit mereka dengan lebih mudah (smart services).

    Ini termasuklah penggunaan AI bagi mengesan bintik pada kulit yang dinamakan Spotscan juga oleh La Roche-Posay. Ia boleh digunakan dengan mudah melalui aplikasi web sahaja. Menariknya, aplikasi ini juga akan menyarankan produk yang sesuai untuk pengguna berdasarkan keputusan mereka.

    dermatologi

    Sains Kecantikan – Kajian & Inovasi Dalam Dermatologi

    Sebagai syarikat yang terkenal dengan kualiti produknya, L’Oréal sangat menitikberatkan kajian dan inovasi dalam proses pengeluaran mereka.

    Ketua Penyelidik Kumpulan L’Oréal – Anna Colonna, dalam pembentangannya sewaktu kongres berlangsung menyatakan.

    “Misi mereka adalah untuk mengetengahkan sains kecantikan yang merangkumi semua, menginspirasikan, dalam masa yang sama menghormati planet, terbuka dan mudah bekerjasama, serta bersemangat.”

    Oleh itu, pihaknya amat mementingkan penyelidikan mendalam dalam pengeluaran produk kecantikan serta mementingkan kualiti, keselamatan dan beretika serta bertanggungjawab semasa proses ini berlangsung.

    Pada Kongres Dermatologi Sedunia tersebut, L’Oréal turut membentangkan beberapa kajian termasuklah mengenai kesan paras hormon wanita terhadap kesihatan rambut dan kulit serta kajian mengenai masalah pigmentasi.

    dermatologi

    Meraikan Tanggungjawab Sosial Dalam Dermatologi

    Pada pelancaran kongres tersebut, turut diumumkan pemenang Anugerah Antarabangsa Bagi Tanggunggjawab Sosial dalam Dermatologi (International Awards For Social Responsibility In Dermatology).

    Anugerah ini diberikan kepada pakar dermatologi yang memberi sumbangan signifikan kepada masyarakat dalam membantu meningkatkan kebolehcapaian kepada perkhidmatan kesihatan kulit terutamanya bagi kawasan terpencil dan berpendapatan rendah.

    Anugerah ini memainkan peranan penting dalam mendorong lebih ramai pakar untuk terus berusaha dalam membantu masyarakat memperoleh kesedaran tentang kesihatan kulit dan membantu mereka yang sukar mendapatkan akses bagi perkhidmatan ini menerimanya.

    Dengan kesemua inisiatif dan produk inovatif yang diperkenalkan, L’Oréal telah membuktikan bahawa mereka bukan sahaja merupakan jenama kecantikan ternama, tetapi juga rakan kongsi dalam menjaga kesihatan kulit masyarakat global.

    Melalui penyediaan produk-produk berkualiti tinggi yang diperakui oleh pakar dermatologi dan inisiatif-inisiatif kesedaran yang disampaikan, L’Oréal terus memperkuatkan kedudukan mereka sebagai pemimpin dalam industri penjagaan kulit dan memperjuangkan kesihatan kulit manusia secara menyeluruh.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Fakta Disemak oleh

    Nurul Nazrah Nazarudin


    Ditulis oleh Siti Sofiah · Disemak pada 27/07/2023

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan