backup og meta

Badan Baby Banyak Ruam? Selain Bedak, Mama Boleh Cuba 11 Petua Ini Di Rumah!

Disemak secara perubatan oleh Dr. Aisyah Syahira Abdul Hamid · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 22/11/2022

    Badan Baby Banyak Ruam? Selain Bedak, Mama Boleh Cuba 11 Petua Ini Di Rumah!

    Ruam pada badan si kecil mungkin berlaku disebabkan pelbagai faktor. Tetapi adakah terdapat cara lain untuk mengatasi masalah ini selain menggunakan bedak ruam untuk bayi? Teruskan membaca perkongsian artikel ini untuk jawapannya.

    Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Keibubapaan, sila dapatkannya di sini.

    Petua merawat selain menggunakan bedak ruam untuk bayi

    Bayi mungkin mengalami ruam kerana pelbagai punca. Antaranya ruam lampin, tindak balas minyak bayi, ekzema yang disebabkan kulit kering, malah mungkin juga kesan jangkitan virus.

    Sangat penting untuk ibu bapa memantau ruam yang dialami si kecil bagi memastikan ia tidak menjadi lebih teruk.

    Selain penggunaan bedak ruam bayi, ibu bapa mungkin boleh menggunakan petua berikut bagi membantu meredakan rashes yang dialami si kecil.

    bedak ruam untuk bayi

    Kaedah mudah selain bedak ruam untuk bayi:

    Mampatan sejuk 

    Mampatan sejuk atau cold compress dapat melegakan gejala ruam yang menyebabkan ketidakselesaan dan membantu mengurangkan keterukannya. 

    Haba sejuk sangat bagus untuk masalah ruam kerana haba yang terhasil membantu meredakan bengkak dan keradangan.

    Untuk mencuba teknik ini, gunakan kain bersih dan lembut yang direndam dalam air sejuk, atau anda juga boleh menggunakan alat cold compress yang dijual di pasaran.

    Jangan meletakkan ketulan ais terus kepada kulit bayi! Ia boleh menyebabkan radang dingin (frostbite) dan membahayakan kulit halus mereka.

    Susu ibu 

    Susu ibu, bukan hanya untuk mengenyangkan bayi, tetapi turut mempunyai kelebihan lain.

    Hanya sapukan beberapa titis susu badan ke bahagian terjejas dipercayai dapat menyembuhkan ruam sepenuhnya tanpa sebarang tindak balas. Ini kerana susu ibu sarat dengan imunoglobulin yang berperanan dalam memerangi jangkitan.

    bedak ruam untuk bayi

    Selain bedak ruam untuk bayi, boleh gunakan minyak:

    Minyak zaitun

    Minyak zaitun adalah pilihan yang baik untuk menyembuhkan ruam dan memperbaharui kulit selepas itu.

    Sifat antiradang dan antimikrob dalam minyak ini sangat bagus untuk masalah dermatitis yang merengsakan, ruam lampin dan ruam alahan.

    Minyak kelapa

    Minyak kelapa boleh menghidrat dan meredakan ruam. Ia juga membantu melindungi kulit si manja. Minyak ini mempunyai konsistensi yang tebal seperti kebanyakan produk untuk ruam lampin.

    Ia melindungi ruam daripada kerengsaan dan pembolehubah luar. Minyak kelapa dara amat disyorkan kerana ia masih mempunyai sifat antiseptik dan antiradang daripada minyak kelapa yang tidak diproses.

    Petrolatum 

    Selain bedak ruam bayi, penggunaan petrolatum juga dapat membantu melegakan ruam.

    Petrolatum atau turut dikenali sebagai jeli petroleum adalah campuran minyak mineral dan lilin (waxes) yang membentuk bahan seperti jeli separa pepejal (semisolid jelly-like substance).

    Minyak avokado

    Penggunaan minyak ini pada kulit bayi boleh memberi manfaat kerana ia merupakan emolien dan pelembut kulit yang sangat baik. Ia tidak berminyak dan cepat meresap.

    Selain itu, ia mempunyai sifat antioksidan, merupakan sumber asid lemak pembaikan kulit yang baik serta dapat menenangkan kulit sensitif. 

    Baca juga:

    Mandian: 

    Mandian air suam, antara petua selain bedak ruam untuk bayi 

    Ia mungkin menyejukkan si kecil tetapi masih dapat memberikan keselesaan buat dirinya. 

    Anda tidak perlu menyabun badan mereka, cukuplah sekadar menyapukan air pada badan untuk mengelakkan liang pori pada kulit menjadi lebih tersumbat.

    Biarkan badan si kecil kering secara semula jadi tanpa perlu mengelap dengan menggunakan tuala.

    Mandi bersama oat

    Selain bedak ruam bayi, penggunaan oat juga dapat membantu kerana ia mempunyai sifat menenangkan kulit dan antiradang. 

    Jika anda ingin mencuba petua ini, larutkan secawan oat yang dikisar halus ke dalam air mandian suam. Biarkan anak berendam selama 30 minit dan kemudian bilas dengan menggunakan air suam.

    Anda juga boleh menambah yogurt dan madu bersama oat untuk merawat ruam pada muka.

    Jangan menggunakan madu untuk bayi di bawah usia setahun sama ada untuk kegunaan kulit atau mulut kerana ia berisiko mengembangkan botulisme.

    Remedi tambahan:

    Cuka epal

    Sifat asid dalam cuka boleh mengurangkan pertumbuhan mikrob, terutamanya kulat.

    Terdapat dua cara yang boleh dicuba:

    1. Tuangkan sesudu cuka epal ke dalam mandian anak.
    2. Campurkan cuka dengan air dan sapu ke bahagian terjejas beberapa kali sehari.

    bedak ruam untuk bayi

    Shea butter

    Shea butter berkrim dan tinggi kandungan asid lemak – penting untuk memastikan kulit bayi sentiasa dilindungi. 

    Selain mempunyai sifat antikulat, ia juga tinggi vitamin A dan E serta menggalakkan penghasilan kolagen dalam kulit. Ia mempunyai ciri antiradang semula jadi yang membantu menenangkan walaupun pada kulit paling sensitif.

    Daun mambu, kaedah boleh dicuba selain bedak ruam untuk bayi

    Daun mambu atau nama lainnya neem dan margosa adalah salah satu rawatan rumah semula jadi paling berkesan, yang berfungsi sebagai antiseptik.

    Anda hanya perlu mengisarkan daun ini dengan air untuk membentuk konsistensi seperti pes dan sapukan pada kawasan terjejas untuk melegakan kegatalan dan ruam. Ia juga dapat melegakan gigitan nyamuk.

    Kesimpulan

    Selain penggunaan bedak ruam untuk bayi, terdapat pelbagai cara lain yang dapat membantu anda mengatasi keadaan tersebut.

    Namun sekiranya petua di atas tidak berkesan, malah ruam si kecil bertambah teruk, berjumpalah pakar pediatrik untuk mendapatkan lebih kepastian dan rawatan yang bersesuaian.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Aisyah Syahira Abdul Hamid

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 22/11/2022

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan