Risaunya bila rambut sudah mula jadi pendek atau botak meskipun belum tiba usia tua. Wujudkah sebarang tips rambut cepat panjang dan lebat yang kita semua boleh cuba? Jom baca artikel!
Untuk mendapatkan lebih banyak informasi tentang Kesihatan Kulit, anda boleh klik di sini.
Apa punca rambut mula pendek dan botak?
Untuk pengetahuan anda semua, masalah rambut pendek dan botak boleh hadir dengan pelbagai cara sama ada secara perlahan, pantas atau tiba-tiba sahaja tanpa sebarang tanda awal.
Ia juga akan terjadi secara beransur-ansur, berkala, bertompok atau pada keseluruhan kulit kepala anda terutama kalau gagal mendapatkan sebarang nasihat, ubatan dan rawatan yang penting.
Ada beberapa punca rambut anda mula pendek dan botak yang ramai belum tahu seperti berikut:
- Kekerapan anda gunting rambut
- Kerosakan akibat prosedur salun
- Penyakit dan masalah kulit kepala
- Tekanan fizikal dan mental
- Perubahan hormon tubuh badan
- Pemakanan yang tidak ideal
- Keturunan belah keluarga
- Kehamilan bagi wanita
- Pengambilan ubatan atau rawatan tertentu
Apa yang lebih menakutkan adalah masalah ini boleh berlaku kepada setiap orang tanpa kira usia atau jantina sekali gus bakal menjejaskan kecantikan, keyakinan serta kesihatan diri anda.
Apa yang individu boleh buat? Ya, tentu sahaja dengan cuba tips rambut cepat panjang dan lebat!
Antara tips rambut cepat panjang dan lebat!
Sebenarnya, bukan individu dengan masalah keguguran dan kebotakan rambut sahaja yang perlu cuba tip-tip penting ini. Anda yang rasa menyesal lepas menggunting rambut juga boleh!
Usah tunggu lagi, anda boleh cuba beberapa tips rambut cepat panjang dan lebat bermula hari ini:
#1. Penggunaan produk rambut cepat panjang
Pertama dan paling penting, individu perlu cuba mengunakan produk rambut cepat panjang di pasaran dalam bentuk syampu, minyak, krim dan cecair dengan banyak variasi jenama.
Produk untuk memanjangkan dan melebatkan rambut ini selalu menggunakan bahan minoxidil 2 ke 10 peratus yang turut popular untuk menumbuhkan misai, janggut dan jambang muka.
#2. Lebihkan minum air kosong
Kenapa? Logiknya, kita semua perlu minum air kosong sekurang-kurangnya 8 gelas sehari dalam usaha untuk mengelakkan daripada dehidrasi. Apabila tubuh badan terhidrasi dengan baik, maka sel-sel di dalam rambut akan lebih kuat dan menjamin proses pertumbuhan rambut.
#3. Banyakkan urut kulit kepala
Kulit kepala manusia mengandungi salur darah, folikel dan benih anak rambut yang penting bagi proses pertumbuhan dan pengekalan rambut. Dengan sentuhan, rangsangan atau urutan tepat di kulit kepala, maka rambut mungkin boleh panjang lebih cepat serta mudah.
#4. Penggunaan bahan yang lebih tradisional
Ada banyak bahan tradisional yang dipercayai bagus bagi memanjangkan rambut dan dalam masa sama mengelakkan masalah keguguran atau kebotakan seperti gel aloe vera dan lain-lain.
Bukan sahaja lidah buaya, ada banyak bahan dapur yang mungkin bagus untuk rambut termasuk:
- Minyak kelapa
- Minyak zaitun
- Teh hijau
- Bawang merah
- Putih telur
Pun begitu, bahan-bahan tradisional di atas mungkin cuma boleh membantu proses pertumbuhan dan pemanjangan rambut tetapi kajian lanjutan masih diperlukan untuk benar-benar pasti.
#5. Berjumpa pakar rambut atau kulit
Selain mendapatkan nasihat daripada pakar tatarias rambut di salun, anda turut boleh berjumpa dengan doktor kulit bagi menemukan jenis rawatan atau ubatan yang mungkin membantu.
Sebagai contoh, individu boleh cuba menjalani prosedur menanam rambut asli atau sintetik jika masalah keguguran dan kebotakan itu kronik namun ia perlu banyak kos, masa dan tenaga.
Konklusinya, anda mungkin harus tunggu dengan sabar supaya proses pemanjangan rambut itu berlaku secara semula jadi meskipun perlu masa berminggu atau berbulan bergantung individu.
Jika masih ada masalah meski telah cuba banyak tips rambut cepat panjang, segera jumpa doktor!