backup og meta

Beli Krim Pelurus Rambut 'Online' Sebab Tak Dapat Ke Salun? Awas, Ada 6 Bahaya Yang Menanti!

Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan · Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


Ditulis oleh Nisreen Nadiah · Disemak pada 13/01/2022

    Beli Krim Pelurus Rambut 'Online' Sebab Tak Dapat Ke Salun? Awas, Ada 6 Bahaya Yang Menanti!

    Rambut lurus, yang panjang mengurai pastinya menjadi idaman kaum Hawa! Mana tidaknya, rambut itu mahkota wanita, kan? Antara cara yang menjadi pilihan untuk mendapatkan penampilan ini adalah dengan menggunakan krim pelurus rambut!

    Ramai wanita memasang hajat untuk memiliki rambut lurus, dan sememangnya ada pelbagai cara yang boleh dilakukan untuk memilikinya.

    Salah satu proses pelurusan yang popular adalah dengan aplikasi krim pelurus rambut selain opsyen rebonding.

    Ramai orang menganggap bahawa krim ini dapat memberikan penyelesaian alternatif kepada rawatan pelurusan rambut di salun yang mahal, dan ia turut dikatakan lebih selamat.

    Tetapi, seberapa tepat andaian ini? Benarkah krim ini tidak mempunyai kesan sampingan? Ya, mungkin benar…

    Tapi tahukah anda, produk ini juga mempunyai impak negatif tersendiri pada rambut dan kesihatan anda?

    Ayuh kita lihat beberapa perkara yang perlu anda pertimbangkan sebelum membuat keputusan untuk menggunakannya.

    Krim pelurus rambut, ini bahaya yang menanti!

    Sekiranya anda sedang mempertimbangkan untuk menggunakan krim pelurus rambut, wajar untuk kalian fahami terlebih dahulu beberapa kesan sampingan produk terbabit.

    Antara risiko penggunaannya, merangkumi:

    #1 Mengubah tekstur rambut

    Bahan-bahan kimia yang terkandung di dalam krim pelurus rambut telah direka untuk mengubah struktur asal rambut pengguna dan memberikan penampilan yang lurus, licin dan halus.

    Untuk menjayakannya, komponen ini mengubah struktur teras helaian rambut anda dan membentuknya semula dari dalam.

    Tahukah anda, perubahan ini berisiko mengubah corak rambut anda dengan negatif, secara kekal?

    Anda mungkin akan benar-benar kehilangan tekstur rambut asli dan original, menjadikannya kelihatan ‘cacat’ dan tidak cantik!

    Apabila kesan sampingan ini berlaku, tiada produk penjagaan rambut atau rawatan di salun yang boleh bantu mengembalikan rambut sihat anda yang dahulu.

    Satu-satunya pilihan yang boleh dilakukan adalah dengan membiarkan rambut tumbuh secara semula jadi dan beransur-ansur memotong bahagian yang telah diluruskan.

    #2 Akibatkan rambut gugur yang kronik!

    krim pelurus rambut

    Kesan sampingan yang paling biasa terjadi dan ketara dalam penggunaan krim pelurus rambut ini adalah keguguran rambut yang teruk!

    Dalam proses melicinkan kutikel untuk menghasilkan rambut yang lebih lurus, krim ini turut melembutkan akar dan jejaskan kulit kepala, mengakibatkan keguguran dan penipisan rambut berlebihan.

    Tambah lagi, apabila anda menggunakan flat iron yang panas pada folikel rambut yang telah dilicinkan, suhu ekstrem akan melemahkannya dengan lebih teruk, lantas memicu kerosakan dan rambut gugur.

    Keadaan ini bertambah parah jika anda tidak memilih krim pelurus rambut yang tepat atau mengikuti langkah-langkah seperti diarahkan.

    #3 Punca rambut bercabang

    Selain berpotensi menyebabkan keguguran rambut yang teruk, produk ini juga boleh mengakibatkan masalah rambut bercabang!

    Ini rentetan daripada penggunaan krim pelurus rambut yang menjadikan rambut anda kering dan rapuh, lantas akibatkan folikel rambut yang lemah.

    Apabila folikel rambut lemah, helaian rambut cenderung untuk patah apabila disentuh atau disikat.

    Hal ini mengakibatkan masalah rambut bercabang yang serius!

    Apabila perkara ini berlaku, rambut yang telah diluruskan akan kelihatan tidak sekata dan pastinya, tidak enak dipandang.

    #4 Kulit kepala gatal-gatal

    Memandangkan krim pelurus rambut terdiri daripada komponen kimia yang berlainan, ia mengurangkan pengeluaran minyak semula jadi di kulit kepala yang berfungsi sebagai pelembap.

    Apabila kulit kepala tidak lagi mengandungi minyak dan khasiat semula jadi, ia akan menjadi kering, mengelupas, lantas akibatkan masalah kelemumur!

    Kelemumur yang kronik pula boleh merebak ke leher dan dahi, membawa kepada jangkitan kulat yang teruk.

    Punca lain bagi masalah kulit kepala gatal adalah reaksi alahan daripada penggunaan krim pelurus rambut.

    Anda mungkin memiliki alergi terhadap sebahagian besar bahan kimia yang digunakan dalam produk ini.

    Jika ya, sebaik sahaja anda mengaplikasikannya, reaksi alergi bakal muncul dengan kadar segera, seterusnya mengakibatkan kerengsaan yang tidak tertanggung pada kulit kepala dan kulit anda!

    Kerengsaan ini secara beransur-ansur boleh memicu ruam, dan kemerahan.

    Sekiranya hal ini terjadi, anda mungkin perlu mendapatkan bantuan perubatan!

    #5 Berisiko mendapat kanser!

    Majoriti krim pelurus rambut yang terdapat di pasaran mengandungi bahan kimia yang dikenali sebagai formaldehyde.

    Formaldehyde adalah sejenis gas kuat dan tidak berwarna, yang ‘menjinakkan’ tekstur rambut asal dan bantu menjadikannya lurus untuk jangka masa panjang.

    Tetapi menurut U.S. Environmental Protection Agency (EPA), komponen ini adalah berbahaya bagi tubuh manusia dan tidak boleh digunakan dalam apa-apa bentuk sekali pun!

    Lebih dahsyat, ia boleh menyebabkan kanser (atau membantu sel barah tumbuh dan merebak) jika anda terdedah kepadanya dalam jangka masa lama!

    Selain menjejaskan si pengguna itu sendiri, orang di sekeliling yang terdedah dengan komponen berbahaya ini turut menghadapi risiko kanser dan bahaya kesihatan yang lain!

    #6 Boleh cetus risiko masalah kesihatan & reaksi alergi

    Selain ia bersifat karsinogen (komponen yang boleh menyebabkan kanser), formaldehyde yang terkandung di dalam krim pelurus rambut ini turut berupaya mencetuskan masalah kesihatan dan reaksi alergi lain.

    Antara gejalanya boleh merangkumi:

    krim pelurus rambut

    Akhir kata

    Pesanan ikhlas kepada para pembaca di luar sana, keinginan untuk kelihatan cantik itu normal, tapi jangan sampai memudaratkan diri, okey?

    Jika anda berhasrat untuk memiliki rambut yang licin dan lurus, dapatkan khidmat daripada mereka yang lebih profesional agar kalian tidak menyesal di kemudian hari.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Joseph Tan

    Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


    Ditulis oleh Nisreen Nadiah · Disemak pada 13/01/2022

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan