backup og meta

Kalau Tak Nak Botak, Boleh Cuba Rawatan Untuk Tanam Rambut, Berkesankah?

Kalau Tak Nak Botak, Boleh Cuba Rawatan Untuk Tanam Rambut, Berkesankah?

Sekiranya anda ada masalah rambut seperti keguguran atau kebotakan kronik, rawatan tanam rambut atau implan rambut mungkin adalah salah satu inisiatif alternatif.

Pun begitu, rawatan ini mungkin agak kurang digunakan oleh penderita masalah rambut ekoran kos yang mahal di samping kekeliruan di antara hukum dalam agama.

Apa yang menjadi persoalan di sini adalah adakah rawatan ini berkesan? Jom teruskan membaca!

Apa itu rawatan tanam rambut?

Untuk pengetahuan anda semua, rawatan tanam atau tambah rambut adalah sejenis prosedur yang akan dijalankan untuk mengembalikan rambut pada kawasan kulit kepala.

Ia kebiasaannya mungkin akan dilakukan oleh individu yang mengalami masalah keguguran, kebotakan atau penipisan rambut untuk ia tampak seperti sediakala.

Terdapat 3 jenis prosedur utama yang boleh anda cuba dalam rawatan ini iaitu:

  1. Prosedur meluaskan jaringan kulit kepala.
  2. Prosedur mengecilkan jaringan kulit kepala.
  3. Prosedur menanam rambut asli @ sintetik.

Ketiga-tiga prosedur rambut ini dapat digabungkan antara satu sama lain ataupun dilakukan salah satu sahaja bergantung kepada kondisi rambut individu itu sendiri.

tanam rambut

Siapa perlu rawatan implan rambut?

Secara dasarnya, semua individu boleh melakukan rawatan ini tanpa mengira usia atau jantina namun masih ada beberapa perkara yang kalian perlu pertimbangkan.

Perkara tersebut adalah berkaitan dengan bagaimana kondisi rambut anda sekarang:

Sebelum anda mula melakukan rawatan ini, anda akan diminta untuk menjalani biopsi kulit kepala serta ujian darah bagi memeriksa punca kepada masalah rambut.

Selepas hasil pemeriksaan tersebut, barulah anda akan mengetahui apa punca dan prosedur yang boleh dilakukan dalam usaha mengembalikan rambut yang telah hilang.

Bagaimana prosedur ini akan dijalankan?

Menurut American Academy of Dermatology, rawatan impan rambut mungkin akan berlangsung kira-kira 4 ke 8 jam bergantung kepada tahap keterukan masalah rambut.

tanam rambut

Hipotesisnya; semakin banyak jumlah rambut akan ditanam, semakin lama prosedur ini akan berlangsung.

Pertama sekali, anda akan disuntik dengan ubat bius agar kulit kepala mati deria rasa sebelum rawatan bermula bersama dengan penggunaan ubat penenang jika perlu.

Jika anda ingin gunakan rambut asli, doktor akan mencabut rambut sihat dari kulit kepala anda sendiri pada kawasan lain untuk ditanam ke kawasan yang perlu.

Jika anda ingin gunakan rambut sintetik, doktor akan menyediakan rambut jenis artifisial yang diperbuat daripada bahan tertentu untuk ditanam ke kawasan kulit kepala.

Seusai proses tambah rambut, kulit kepala anda akan dibersihkan dan dibalutkan. Balutan tersebut hanya akan dibuka selepas tempoh yang ditetapkan itu telah tiba.

Berapa lama pula proses pemulihannya?

Kebanyakan individu yang menjalani prosedur rawatan rambut ini, mereka mungkin akan dapat lihat hasilnya selepas 6 ke 9 bulan kemudian atau tempoh paling lama 1 tahun.

Ada kemungkinan rambut baru yang ditanam itu boleh tercabut atau tertanggal dengan sendiri sekali gus menggagalkan usaha anda untuk mengembalikan rambut hilang.

Disebabkan itu, doktor juga akan menyarankan pelbagai jenis ubat oral dan topikal untuk anda ambil agar kemungkinan tersebut dapat dikurangkan dengan maksimum.

Antara pantang larang selepas menjalani rawatan tanam rambut adalah anda tidak boleh atau perlu kurang menyentuh kulit kepala serta cuci rambut dengan syampu.

Dalam erti kata lebih mudah, rawatan ini mungkin akan berkesan bergantung kepada individu.

Rawatan tanam rambut ada kesan sampingan?

Meskipun rawatan impan rambut ini dipercayai efektif dan selamat, namun masih ada risiko kesan sampingan selain daripada rambut baru itu tidak mampu bertahan dengan lama.

tanam rambut

Antara kesan-kesan sampingan rawatan tanam rambut ini pada anda termasuklah:

#1. Reaksi terhadap ubat bius

Ketika prosedur berlangsung, doktor akan memberikan anda ubat bius untuk mematikan deria rasa namun ada kes di mana individu mengalami reaksi alergi terhadapnya.

Walaupun ia agak jarang berlaku, risiko anafilaksis masih ada lantas membuat individu mengalami kegatalan dan kebengkakan kulit serta kesukaran menelan makanan.

#2. Komplikasi semasa dan selepas prosedur

Semasa prosedur tanam rambut, anda mungkin akan mengalami kondisi takikardia atau degup jantung terlalu laju namun ia hanya bersifat sementara dan boleh dirawat.

Selepas prosedur implan rambut, anda juga boleh mengalami kondisi folikulitis atau infeksi akibat luka tanaman atau jahitan pada kulit kepala yang menerima rawatan.

#3. Rambut tampak tidak natural

Rambut baru yang ditanam itu juga mungkin tidak nampak natural akibat graf penempatan atau penanaman rambut tidak tepat lantas buat ia kelihatan tidak semula jadi.

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. Hair Replacement Surgery, https://www.urmc.rochester.edu/encyclopedia/content.aspx?contenttypeid=85&contentid=P01119, Accessed Nov 29 2021.
  2. Hair transplant, https://www.nhs.uk/conditions/cosmetic-procedures/hair-transplant/, Accessed Nov 29 2021.
  3. A HAIR TRANSPLANT CAN GIVE YOU PERMANENT, NATURAL-LOOKING RESULTS, https://www.aad.org/public/diseases/hair-loss/treatment/transplant, Accessed Nov 29 2021.
  4. Hair Transplantation and Restoration, https://www.plasticsurgery.org/cosmetic-procedures/hair-transplantation-and-restoration/safety, Accessed Nov 29 2021.
  5. Are There Health Risks for Having Hair Transplant Surgery?, https://thehairsociety.org/are-there-health-risks-for-having-hair-transplant-surgery/, Accessed Nov 29 2021.

Versi Terbaru

13/01/2022

Ditulis oleh Ahmad Farid

Disemak secara perubatan oleh Dr. Ahmad Wazir Aiman

Diperbaharui oleh: Ahmad Farid


Artikel Berkaitan

Selain Botak Tengah, Ada 3 Lagi Masalah Rambut Boleh Berlaku Apabila Anda Semakin Tua

Salah Sikat Rambut Boleh Buat Botak! Ikut 4 Cara Betul Ini


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Ahmad Wazir Aiman

Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 13/01/2022

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan