Rambut gugur boleh menjadi satu mimpi ngeri terutama bagi kalangan individu yang masih muda. Tetapi apakah punca rambut gugur lelaki dan wanita yang mendasari masalah penipisan rambut tersebut?
Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kesihatan Kulit, sila dapatkannya di sini.
Punca rambut gugur lelaki & wanita: Simptom-simptom
Rambut gugur boleh terjadi dalam pelbagai cara, bergantung kepada faktor yang menyebabkannya. Tanda-tanda dan simptom keguguran rambut termasuklah:
- Penipisan secara berperingkat di atas kepala. Ini adalah jenis keguguran rambut yang paling biasa, yang menjejaskan kedua-dua lelaki dan wanita apabila mereka semakin berumur.
- Tompok botak yang bulat atau tidak lengkap. Jenis keguguran rambut seperti ini pada kebiasaannya hanya mempengaruhi kulit kepala, tetapi kadangkala berlaku di bahagian janggut atau kening.
- Rambut gugur secara tiba-tiba. Jenis keguguran rambut seperti pada kebiasaannya menyebabkan penipisan rambut secara keseluruhan dan bukannya botak bertompok.
- Keguguran rambut atau bulu di seluruh badan. Sesetengah keadaan dan rawatan perubatan, seperti kemoterapi untuk kanser, boleh mengakibatkan kehilangan rambut di seluruh badan anda. Rambut biasanya akan tumbuh kembali.
Punca rambut gugur lelaki & wanita
Kenapa rambut gugur banyak setiap hari?
Keguguran rambut biasanya berkaitan dengan satu atau lebih faktor-faktor seperti berikut:
1. Tekanan fizikal
Sebarang jenis pembedahan trauma fizikal, kemalangan kereta, atau penyakit yang teruk boleh menyebabkan kehilangan rambut sementara. Ini boleh menyebabkan sejenis keguguran rambut yang dipanggil telogen effluvium.
Punca rambut gugur lelaki #2. Tekanan emosi
Tekanan emosi kurang berkemungkinan menyebabkan keguguran rambut berbanding daripada tekanan fizikal, tetapi ia masih boleh berlaku.
3. Kehamilan
Kehamilan adalah satu contoh jenis tekanan fizikal yang boleh menyebabkan keguguran rambut (selain hormon). Kehilangan rambut yang berkaitan dengan kehamilan dilihat lebih ketara selepas bayi anda dilahirkan berbanding daripada semasa kehamilan.
4. Punca rambut gugur lelaki & wanita: Terlalu banyak vitamin A
Suplemen atau ubat vitamin A yang berlebihan boleh mencetuskan keguguran rambut. Jika pengambilan vitamin A yang berlebihan terhenti, rambut akan tumbuh kembali secara normal.
5. Kekurangan kandungan protein
Jika anda tidak mendapat protein yang cukup dalam diet anda, tubuh anda akan mencatu protein yang berbaki dengan menghentikan pertumbuhan rambut.
6.Pola kebotakan lelaki
Kira-kira dua daripada tiga lelaki mengalami keguguran rambut pada umur 60 tahun, dan kebanyakannya disebabkan oleh pola kebotakan lelaki.
Punca rambut gugur ini berlaku disebabkan oleh gabungan gen dan hormon seks lelaki.
7. Punca rambut gugur lelaki & wanita: Keturunan
Pola keguguran rambut wanita, yang dipanggil androgenetic atau androgenetic alopecia, adalah pola kebotakan lelaki versi wanita.
Kebotakan dialami wanita pada rambut mereka yang gugur mungkin melebar dan mereka mungkin mempunyai penipisan rambut yang ketara.
8. Hormon wanita
Perubahan dalam keseimbangan hormon yang berlaku semasa menopause dan pengambilan pil kawalan kelahiran mungkin juga menjadi punca rambut gugur.
Anda lebih cenderung untuk mengalami kesan sampingan daripada pil ini sekiranya mempunyai sejarah keluarga keguguran rambut.
9. Sindrom ovarium polikistik (PCOS)
PCOS adalah ketidakseimbangan hormon seks lelaki dan wanita. PCOS meningkatkan risiko wanita diabetes, kemandulan dan keguguran rambut.
Lebihan hormon lelaki juga boleh menyebabkan lebih banyak rambut di badan dan muka bersama-sama dengan penipisan rambut pada kulit kepala.
10.Anemia
Hampir satu dalam setiap 10 orang wanita yang berumur 20 hingga 49 tahun mengalami anemia akibat kekurangan zat besi (jenis anemia yang paling biasa), yang merupakan penyebab mudah kehilangan rambut.
11. Hypothyroidism
Hypothyroidism adalah istilah perubatan untuk kelenjar tiroid yang tidak aktif.
Kelenjar kecil ini terletak di bahagian leher menghasilkan hormon yang penting untuk metabolisme serta pertumbuhan dan perkembangan.
Ia boleh menyumbang kepada keguguran rambut.
Punca rambut gugur lelaki & wanita #12. Kehilangan berat badan yang drastik
Penurunan berat badan secara tiba-tiba adalah satu bentuk trauma fizikal yang boleh menyebabkan rambut menipis. Terdapat kemungkinan bahawa penurunan berat badan itu sendiri memberi tekanan terhadap tubuh badan anda.
Kehilangan rambut bersama dengan penurunan berat badan yang ketara juga boleh menjadi tanda gangguan makan seperti anoreksia atau bulimia.
13. Kemoterapi
Sesetengah ubat yang digunakan untuk melawan kanser juga boleh menyebabkan rambut anda gugur. Ia memusnahkan sel sihat lain dengan cepat.
Ini bermakna walaupun ia memusnahkan sel-sel kanser, ia juga merosakkan sel lain seperti sel rambut.
14. Penggayaan rambut secara berlebihan
Gaya rambut dan rawatan rambut yang dilakukan selama bertahun-tahun boleh menyebabkan rambut anda gugur.
Contoh-contoh penggayaan rambut yang ekstrem termasuklah tight braids, tenunan rambut atau corn rows serta bahan kimia untuk meluruskan rambut anda, rawatan minyak panas atau sebarang jenis kimia kasar atau haba yang tinggi.
15. Penuaan
Keguguran rambut pada wanita selepas usia tertentu adalah biasa dan tiada bukti yang mencukup punca ianya berlaku.
Terdapat pelbagai faktor yang boleh menyebabkan keguguran rambut terjadi tanpa mengira jika seseorang individu itu adalah seorang lelaki mahupun wanita.
Kesimpulan
Anda juga boleh mencuba ubatan dan vitamin untuk rambut gugur lelaki yang tersedia di farmasi tanpa preskripsi doktor.