
Gaya rambut lelaki adalah perkara yang sangat penting dalam menentukan penampilan.
Dengan perkembangan dunia fesyen, pelbagai jenis gaya rambut telah wujud pada hari ini.
Setiap gaya rambut pastinya berbeza mengikut kesesuaian bentuk muka dan jenis rambut.
Mari kenali gaya rambut lelaki yang semakin popular masa kini!
1. Fade haircut
Daripada perkataan fade yang bermaksud pudar, gaya rambut ini melibatkan potongan pendek di bahagian tepi dengan panjang yang berbeza.
Potongannya bermula dengan nipis di bahagian tepi bawah, dan semakin tebal di bahagian tepi atas.
Rambut di atas pula boleh dibiarkan panjang atau dinipiskan. Gaya rambut ini sesuai digunakan oleh semua jenis rambut.
2. Undercut hairstyle
Gaya rambut lelaki ini adalah nipis di bahagian tepi, dan panjang di bahagian atas.
Berbeza dengan fade haircut, panjang rambut di bahagian tepi hanya menggunakan satu saiz sahaja. Ia menyerlahkan lagi bahagian rambut atas.
3. Man burn hairstyle
Ini adalah pilihan bagi mereka yang ingin menyimpan rambut panjang. Rambut ditarik daripada dahi ke belakang dan diikat di bahagian tengah atau belakang.
Panjang rambut bebas ditentukan oleh empunya rambut dan tidak memerlukan potongan rambut yang kompleks.
Ia sesuai dengan lelaki yang menyimpan jambang.
4. Top knot hairstyle
Fesyen rambut ini adalah kombinasi antara undercut dan man burn. Bahagian tepi dipotong nipis, manakala bahagian atas dibiarkan panjang dan diikat seperti gaya man burn.
Gaya rambut ini nampak lebih bergaya dan moden berbanding man burn biasa.
5. Pompadour hairstyle
Stail rambut pompadour ialah tebal di bahagian atas. Manakala bahagian tepi dipotong dengan gaya slicked-back, tapered atau faded.
Rambut di bahagian atas kemudiannya akan disikat ke tepi untuk menjadikan ia menggelembung ke hadapan.
6. Side part hairstyle
Rambut pendek tetapi tidak terlalu nipis disikat belah tepi. Ia adalah gaya rambut lelaki klasik tetapi masih menjadi pilihan ramai lelaki di luar sana.
7. Messy hairstyle
Stail ini pula adalah ala rambut serabut tetapi masih mempunyai alunan rambut yang cantik.
Meskipun mungkin nampak tidak kemas, ia dikatakan mampu membuatkan lelaki kelihatan seksi dan romantik.
8. Skinhead hairstyle
Bukan lagi yang khusus untuk tentera, gaya rambut ‘botak’ ini tidak kurang mendapat tempat di dalam kalangan masyarakat.
Rambut pendek yang mudah diuruskan tanpa perlu disikat menjadikan ia sentiasa nampak kemas.
Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.