backup og meta

Gemar Guna Pengering Rambut? Ini Cara Mengeringkan Rambut Dengan Betul!

Gemar Guna Pengering Rambut? Ini Cara Mengeringkan Rambut Dengan Betul!

Sekiranya anda risau jika mahkota di kepala akan rosak akibat tabiat diri sendiri, anda juga perlu untuk tahu cara mengeringkan rambut tanpa merosakkannya dengan betul.

Selain menggunakan kain, tuala atau membiarkan rambut kering sendiri, cara paling efektif untuk tujuan ini adalah dengan memanfaatkan teknologi alat pengering rambut.

Apa yang jadi kebimbangan di sini adalah masih ramai yang tidak tahu cara mengeringkan rambut tanpa merosakkan mahkota ini. Disebabkan itu, jom teruskan membaca artikel ini!

Jom kenali dan fahami struktur rambut anda!

Untuk pengetahuan anda semua, setiap helai rambut itu akan terdiri daripada lapisan korteks (bahagian luar) yang dilindungi oleh lapisan kutikula (bahagian dalam).

Apabila kedua-duanya utuh dan sempurna, maka rambut anda akan lebih sihat lagi kuat. Pun begitu, lain pula keadaannya jika lapisan-lapisan pada rambut ini terjejas.

Ketika rambut dalam keadaan yang basah, air dari luar boleh memasuki lapisan korteks dan seterusnya lapisan kutikula lantas merosakkan rambut dari luar dan dalam.

Disebabkan itu pula, adalah sangat penting untuk anda tidak membiarkan ia terus basah dan mengeringkan rambut sebelum air mula masuk ke lapisan-lapisan ini.

cara mengeringkan rambut

Persoalannya, bagaimana cara mengeringkan rambut yang betul tanpa merosakkan rambut?

Bagaimana cara mengeringkan rambut tanpa rosakkannya?

Mungkin ramai yang akan sangka bahawa teknik menggunakan kain, tuala atau membiarkan rambut kering dengan sendiri adalah cara terbaik. Ia mungkin kurang tepat.

Ini kerana rambut yang sedang basah itu lebih tinggi risiko untuk rosak. Hipotesisnya, semakin lama tempoh rambut itu basah, semakin tinggi risiko rambut itu rosak.

Maka dengan itu, penggunaan teknologi alat pengering rambut adalah alternatif paling efektif kerana ia mampu mengeringkan rambut dengan lebih cepat dan mudah.

Pun begitu, anda juga tidak boleh asal guna alat ini tanpa tahu cara mengeringkan rambut yang betul kerana ia juga adalah antara faktor risiko rambut rosak. Sila ikut aturan panduan ini.

  1. Biarkan rambut anda kering dengan sendiri selama beberapa minit.
  2. Elakkan menyentuh atau menggosok rambut dalam keadaan yang basah.
  3. Aturkan suhu hair dryer paling rendah agar hanya udara dingin yang keluar.
  4. Pastikan jarak hair dryer dengan rambut tidak begitu dekat (sekitar 15 cm).
  5. Gerakkan rambut dengan lembut guna jari agar ia lebih cepat kering.

cara mengeringkan rambut

Apa tip lain untuk rambut tidak mudah rosak?

Meskipun alat pengering rambut dipercayai adalah alternatif paling efektif, ia juga mungkin tidak boleh digunakan dengan kerap ekoran ada kesan sampingan yang lain.

Disebabkan itu juga, American Academy of Dermatology menyarankan agar kita semua sentiasa mengamalkan tip-tip penjagaan rambut agar ia tidak mudah rosak.

Pertama sekali, anda sangat disarankan untuk menggunakan kain atau tuala untuk tutup kepala sejurus selepas mandi agar air tadi dapat diserap secara semula jadi.

Setelah itu pula, barulah anda boleh menggunakan alat pengering rambut dengan berpandukan pada aturan panduan seperti yang telah kami nyatakan di atas tadi.

Namun, tip penjagaan rambut juga akan berbeza bergantung jenisnya. Sila rujuk pada pakar!

Ciri-ciri mahkota yang rosak akibat salah cara!

Penggunaan alat pengering rambut adalah teknologi yang mampu untuk memudahkan penjagaan rambut namun turut akan menjejaskan mahkota anda jika salah cara.

Akibatnya, rambut anda itu mungkin akan mudah rosak sekali gus menyebabkan masalah-masalah lebih kronik seperti keguguran atau kebotakan jika terus dibiarkan.

Berikut adalah antara ciri-ciri masalah pada rambut akibat salah cara penggunaan hair dryer:

  • Rambut bercabang
  • Rambut jadi rapuh
  • Rambut mudah putus
  • Rambut kurang elastik
  • Rambut tampak kusut dan kusam

cara mengeringkan rambut

Dalam usaha untuk mengelakkan ciri-ciri di atas ini terjadi pada rambut, maka anda perlu tahu cara mengeringkan rambut yang betul tanpa merosakkan mahkota itu.

Dengan ini, maka anda mungkin akan dapat memiliki rambut yang lebih sihat, kuat dan tampak cantik sekali gus memperbaiki tahap kesihatan dan keyakinan diri anda.

Jangan asal guna, kena tahu cara yang betul!

Konklusinya, anda tidak boleh asal guna alat pengering rambut hanya kerana ia ada di atas meja solek anda. Anda juga kena tahu cara yang betul agar rambut tidak rosak.

Kuncinya juga terletak pada produk yang anda gunakan. Antara tip penting lain adalah jangan memilih dan membeli hair dryer yang terlalu murah atau lama di pasaran.

Ini kerana adalah tidak salah untuk anda melaburkan lebih banyak kos, tenaga dan usaha bagi memastikan kesihatan dan kecantikan rambut anda lebih terjamin.

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. How to stop damaging your hair. https://www.aad.org/public/diseases/hair-loss/insider/stop-damage, Accessed Nov 30 2021.
  2. Tips for healthy hair. https://www.aad.org/public/everyday-care/hair-scalp-care/hair/healthy-hair-tips, Accessed Nov 30 2021.
  3. Top 10 Hair Care Tips for Every Hair Type, https://florida-academy.edu/top-10-hair-care-tips-every-hair-type/, Accessed Nov 30 2021.
  4. How To Dry Your Hair: Blow Dry vs. Towel, https://www.philipkingsley.co.uk/hair-guide/hair-care-styling/blow-drying-your-hair, Accessed Nov 30 2021.
  5. Is air-drying your hair really worse than a blow-dry?, https://www.marieclaire.co.uk/news/beauty-news/air-drying-hair-vs-blow-dry-639505, Accessed Nov 30 2021.

Versi Terbaru

20/06/2022

Ditulis oleh Ahmad Farid

Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan

Diperbaharui oleh: Maria Stork


Artikel Berkaitan

Ini 7 Jenis Masalah Rambut Yang Biasa Dialami

10 Kesilapan Umum Menggunakan Pengering Rambut


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Joseph Tan

Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 20/06/2022

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan