Rahsia Kecantikan Lisa Blackpink Hingga Dinobatkan Wajah Tercantik Asia!

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 23/06/2020 . 3 minit bacaan
Share now

“Let’s kill this love! Rampapapapapapa!”. Siapa je yang tak pernah dengar lagu popular dendangan kumpulan idola dari Korea Selatan, Blackpink ni kan? Bukan je lagunya, rasanya ramai juga orang yang turut kenal nama dan wajah ahli kumpulan KPOP ni. Terbaharu, salah seorang ahlinya iaitu Lisa Blackpink, telah dinobatkan sebagai wanita yang memiliki wajah tercantik di Asia. Wah, jom baca lebih lanjut!

TCCAsia’s Most Beautiful Faces in Asia 2019: Lisa Blackpink

lisa blackpink

Buat anda yang belum tahu, anugerah yang menghargai kecantikan wanita dan ketampanan lelaki ini telah diwujudkan sejak tahun 1990 lagi oleh syarikat TC Candler & The Independent Critics.

Tidak seperti anugerah yang lain, senarai yang dibuat bukan bersandarkan kepada populariti atau tubuh badan yang seksi. Akan tetapi, ia adalah berdasarkan kepada kajian terhadap pendapat orang awam.

Lisa Blackpink atau nama sebenarnya Pranpriya Manoban, 22 tahun, adalah individu terbaharu yang memenangi anugerah ini. Pun begitu, ahli kumpulan Blackpink yang lain juga tidak ketinggalan jauh dan turut berada dalam senarai ini. 

Jennie, disenaraikan pada kedudukan ketiga. Manakala Rose dan Jisoo juga tidak diketepikan, dengan masing-masing ditempatkan pada nombor 13 dan 22. Dalam erti kata yang lain, keempat-empat mereka semuanya mempunyai wajah yang cantik.

Apa yang membanggakan, penyanyi muda berbakat besar dari Malaysia iaitu Shila Amzah, turut tersenarai dan ditempatkan pada nombor 100. Ya, meskipun agak jauh ketinggalan daripada Lisa Blackpink, kita harus berbangga kerana masih ada wakil, bukan?

Rahsia Lisa Blackpink dalam hal penjagaan wajah

wajah

Selepas mencuci muka, saya akan menggunakan pelembap dan pelembut muka setiap kali sebelum masuk tidur”, kata ahli kumpulan Blackpink yang paling muda ini.

Katanya lagi, rutin ini perlu dilakukan setiap hari kerana memiliki kulit wajah yang agak kering. Selain itu, dia turut menegaskan bahawa penggunaan gincu yang sesuai dengan warna kulit muka adalah penting.

Pada pandangannya, warna merah terang dan warna oren adalah yang paling sesuai untuknya.

Lisa turut menyatakan bahawa kecantikan yang dimilikinya adalah anugerah tidak ternilai yang dikurniakan dan kita sepatutnya menghargai setiap apa yang kita miliki.

Rahsia untuk kekal cantik bagi Lisa Blackpink

lisa blackpink

Ya, mungkin kita tidak dilahirkan dengan wajah cantik yang dikurniakan kepada Lisa atau mana-mana wanita yang sangat beruntung di muka bumi ini. Namun, tahukah anda bahawa kecantikan itu adalah subjektif? Jadi, kita semua adalah sebenarnya cantik dengan cara yang tersendiri.

Persoalannya, adakah terdapat sebarang rahsia untuk kekal cantik? Jawapannya, ada. Rahsia untuk wajah kita kekal cantik adalah hanya dengan mendapatkan tidur yang cukup.

Jadi, anda perlu mendapatkan tidur yang cukup pada waktu malam sekitar 7 hingga 9 jam sehari. Ini bertujuan membolehkan tubuh badan anda ‘reset’ kembali.

Kesannya, keseluruhan tubuh badan akan melalui proses memperbaiki diri secara sendiri dan seterusnya mendatangkan pelbagai manfaat untuk penampilan anda. Berikut merupakan beberapa manfaat tidur sebagai rahsia kekal cantik:

#1. Mengurangkan kulit kusam dan tidak bermaya

Ketika sedang tidur, aliran darah akan mengalir ke kulit termasuklah wajah anda. Ini bermakna apabila bangun kelak, kulit anda akan menjadi lebih sihat dan seakan bercahaya.

Dalam erti kata yang lain, tidur adalah bagus untuk kulit wajah anda. Jika mengabaikannya, ia mungkin mengakibatkan kulit wajah dan keseluruhan tubuh badan anda kelihatan kusam dan tidak bermaya.

#2. Mengurangkan kedutan pada kulit wajah

Ketika sedang tidur juga, kulit akan bekerja untuk menghasilkan kolagen. Untuk pengetahuan anda, ia membantu menghalang kulit dari menjadi kendur.

Dalam kata yang lebih mudah, lebih banyak kolagen terhasil, lebih gebu dan tegang kulit anda.

Tidur kurang dari tempoh 4 jam akan menyebabkan garis-garis halus muncul sebanyak 2 kali lebih banyak dan lebih jelas kelihatan pada wajah anda.

#3. Kulit lebih cerah dan kurang bengkak

Pernah dengar tentang mata panda? Buat anda yang belum tahu, ia adalah satu kondisi di mana terhasilnya lingkaran gelap atau bengkak pada bawah mata gara-gara tidak cukup tidur.

Oleh itu, mendapatkan rehat dan tidur yang secukupnya adalah kunci utama untuk mengelakkan kondisi mata panda ini. Kondisi ini sudah pasti membuat anda kurang keyakinan diri, bukan?

Jadi, sila tidur dalam tempoh yang cukup yakni sekitar 7 hingga 8 jam sehari, okay? Selain itu, pastikan anda kekal terhidrat dengan meminum air putih secara mencukupi.

#4. Lebih sihat kerana lebih gembira

Secara hipotesisnya, mendapatkan tidur yang mencukupi akan membuatkan anda lebih gembira lantas menyebabkan tubuh badan anda menjadi lebih sihat.

Alasannya, jika anda tidak mendapat tidur yang mencukupi, bahagian hujung mulut anda akan cenderung ke bawah lantas mengakibatkan anda tampak sedih dan tidak bermaya.

Oleh itu, tidurlah dengan cukup dalam usaha menjaga kulit wajah anda agar tampak menawan ala-ala Lisa Blackpink, okay!

Konklusi

Kesimpulannya, kulit wajah adalah sesuatu yang perlu dijaga oleh setiap daripada kita. Bak kata Lisa, penggunaan pelembap dan pelembut kulit adalah yang paling penting. Namun, ia juga bergantung kepada jenis kulit kita. Jadi, dapatkan nasihat pakar kulit terlebih dahulu.

Kebanyakan instafamous di media sosial sekarang pula kata rahsia penting dalam hal penjagaan kulit wajah adalah dengan mengambil air wuduk. Hurmmm, mungkin ada betulnya juga. Apa pendapat anda? 

Hello Health Group tidak menyediakan nasihat perubatan, diagnosis, atau rawatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy
Rujukan

Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

Tidur Berdengkur Tanda Tidur Lena? SALAH! Ada Kajian Kata Ia Berkait Dengan Genetik!

Ramai yang mengalaminya namun tidak tahu apa punca tidur berdengkur bukan? Jom klik artikel ini untuk tahu jawapan kepada soalan ini!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Ahmad Farid
Apnea Tidur, Tidur Berkualiti 12/01/2021 . 3 minit bacaan

Masih Tak Tidur Lagi? Cuba 5 Teknik Bernafas Ini, Bantu Anda Mudah Tidur & Lebih Lena

Sukar melelapkan mata? Apa kata anda cuba 5 teknik pernafasan yang betul untuk tidur, pasti berkesan memberikan waktu rehat lebih lena.

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Tidur Berkualiti, Tidur Nyenyak 08/01/2021 . 3 minit bacaan

Apakah Maksud Kulit Cantik & Sihat? Ini Rahsia Mendapatkannya!

Kulit yang sihat berseri mencerminkan kesihatan yang baik. Untuk memilikinya, fahami asas pengetahuan kulit supaya penjagaan bersesuaian boleh diamalkan!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Nisreen Nadiah
Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Kulit 30/12/2020 . 5 minit bacaan

Sukar Nak Lelap? Cuba Teknik Ini Untuk Tidur Lena Dalam Masa 10, 60 & 120 SAAT

Manusia bukan mesin yang boleh terus berfungsi selagi mempunyai bateri, tubuh badan kita memerlukan tempoh masa untuk rehat dengan cara tidur waktu malam.

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Nisreen Nadiah
Tidur Berkualiti, Tidur Nyenyak 29/12/2020 . 3 minit bacaan

Artikel lain untuk anda

dermatitis atopik dan ekzema

Dua-Dua Gatal, Tapi Apa Beza Kulit Dermatitis Atopik Dan Ekzema? Ini Jawapannya!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Nisreen Nadiah
Diterbitkan pada 22/01/2021 . 3 minit bacaan
manfaat posisi tidur

Posisi Tidur Mana Yang Paling Sihat? Cara Tidur Ini Boleh Buat Awet Muda Juga, Tau!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Nisreen Nadiah
Diterbitkan pada 19/01/2021 . 3 minit bacaan
tak cukup tidur

Berapa Jumlah Tidur Yang Mencukupi? Tidur 5 Jam Sehari Tingkatkan Risiko Osteoporosis!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
Diterbitkan pada 15/01/2021 . 3 minit bacaan
kulit kering sekitar mulut

Ada Masalah Kulit Kering Di Sekitar Mulut? Ini Punca & Tip Merawatnya

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Nisreen Nadiah
Diterbitkan pada 14/01/2021 . 3 minit bacaan