backup og meta

Elak Pakai Produk Pemutih Muka Sembarangan, Boleh Rosak Kulit! Ini Tip Putihkan Muka Dengan Selamat

Elak Pakai Produk Pemutih Muka Sembarangan, Boleh Rosak Kulit! Ini Tip Putihkan Muka Dengan Selamat

Tahukah anda, kulit gelap dan kusam sebenarnya berpunca daripada pelbagai faktor seperti sinaran matahari, pencemaran, gaya hidup yang tidak sihat serta tekanan? Oleh sebab itu, sebelum anda mencari cara memutihkan kulit muka dan  cara mencerahkan kulit gelap, ayuh fahami terlebih dahulu apakah langkah yang benar-benar selamat dalam memiliki kulit yang lebih sihat dan berseri. 

Tidak dinafikan, kini wujudnya pelbagai lambakan produk pemutih kulit di pasaran. Tetapi hati-hati, penggunaan produk kosmetik berasaskan kimia yang sembarangan dan berpanjangan boleh merosakkan kulit anda!1

Seperti yang dijelaskan oleh Dr. Claire Chang, ahli dermatologi di Union Square Laser Dermatology, cara mencerahkan kulit gelap yang selamat perlulah melibatkan penggunaan bahan-bahan tertentu yang bertujuan mengurangkan kepekatan melanin dalam kulit.  

Dalam artikel kali ini, kami di Hello Doktor akan berkongsi beberapa cara memutihkan kulit muka dengan lebih selamat dan berkesan seperti yang diusulkan oleh Dr. Chang di atas. 

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kesihatan Kulit, sila dapatkannya di sini.

3 Cara Memutihkan Kulit Muka dan Badan Dengan Selamat

Berdasarkan laporan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), separuh daripada populasi di Korea, Malaysia dan Filipina pernah melakukan rawatan ataupun menggunakan produk pemutih kulit. 

Malah, statistik tersebut menunjukkan keputusan yang lebih tinggi di India (60%) dan negara-negara Afrika, seperti Nigeria (77%). 

Patutlah agen pemutihan yang berbahaya seperti merkuri dan hidrokuinon kerap digunakan dalam produk pemutihan dan hiperpigmentasi! Ini kerana permintaan yang semakin meningkat, dan setiap individu yang ingin mencuba cara mencerahkan kulit gelap mahu melihat perubahan dalam masa yang singkat.2

Tetapi, tindakan seperti tersebut adalah berbahaya. Sebenarnya, ada beberapa cara memutihkan kulit muka secara semula jadi yang tidak akan membawa sebarang mudarat, seperti: 

Cara mencerahkan kulit gelap #1: Dapatkan tidur yang mencukupi

cara memutihkan kulit muka

Tidur yang mencukupi merupakan salah satu cara mencerahkan kulit gelap secara semula jadi yang amat berkesan, sekali gus menjadikan kulit anda semakin sihat. Tahukah anda yang kekurangan tidur boleh merosakkan kulit wajah kerana tubuh memerlukan waktu tidur selama 7 hingga 9 jam?3

Semasa anda tidur, badan akan meningkatkan aliran darah ke kawasan kulit. Kerana itu, anda akan bangun dengan kulit yang lebih sihat dan glowing! Tetapi sebaliknya yang terjadi jika anda tidak cukup tidur.

Kulit akan kelihatan kusam dan tidak bermaya, dan itulah sebenarnya punca lingkaran hitam di bawah mata anda!

Cara memutihkan kulit muka #2: Elakkan makanan dan minuman tertentu

Siapa sangka makanan tertentu juga boleh menjadi penyebab masalah kulit. Jika anda selalu mengalami masalah jerawat dan tona kulit tidak sekata, cuba lihat kembali apa yang anda makan. 

Ini kerana kulit yang sihat datangnya daripada makanan yang berkhasiat. Oleh sebab itu, elakkan makanan yang tidak sihat seperti makanan tinggi gula, produk tenusu dan juga makanan yang diproses atau berminyak untuk kulit sihat tanpa sebarang masalah.4 

3. Pastikan badan kekal hidrat, salah satu cara memutihkan kulit muka

cara memutihkan kulit muka

Selain tidur dan mengamalkan pemakanan yang sihat, satu lagi cara memutihkan kulit muka yang berkesan adalah minum air dengan mencukupi.5 

Pemakaian pelembap juga dapat membantu melembapkan kulit bagi mengatasi masalah kulit kering dan anda digalakkan untuk memilih pelembap muka yang bersifat bukan komedogenik untuk mengelak sebarang risiko kerengsaan kulit serta pori tersumbat.

Cara Memutihkan Kulit Muka Dalam Masa 4 Minggu

Kami faham kerisauan anda. Sudah semestinya anda mahu mengetahui cara memutihkan kulit muka dan cara mencerahkan kulit gelap yang selamat dan tidak membawa mudarat pada kulit dengan penggunaan sebarang produk muka pula, bukan? 

Jangan risau, di sini ada jawapannya! 

Produk yang telah diuji secara dermatologi, bebas pewangi dan hipoalergenik, sesuai untuk mereka yang mempunyai kulit sensitif.

Di bawah ini kami senaraikan 6 rekomendasi produk sebagai cara memutihkan kulit muka dan cara mencerahkan kulit gelap dengan lebih sihat, dan selamat tanpa kesan sampingan!

1. Skin Cleanser

Pastikan anda hanya menggunakan skin cleanser dengan formulasi pH yang seimbang dan bebas sabun serta pewangi. Pencuci seperti ini sesuai digunakan oleh setiap individu, mahupun mereka yang mempunyai kulit sensitif dan kering. 

Skin cleanser yang dirumus khas dengan kombinasi bahan pemutih boleh membantu anda untuk membuatkan rona kulit tampak lebih sekata. 

3. Toner

Selepas mencuci muka, jangan lupa untuk pakai toner! Toner merupakan pilihan yang terbaik untuk mereka yang ingin menyerlahkan seri wajah dan memudarkan sebarang parut gelap pada kulit muka

Di samping dapat memastikan pori wajah sentiasa bersih, toner ini juga dapat membuang semua lebihan minyak, alat solek serta sebarang kotoran yang melekat pada kulit wajah. 

Cuma tuangkan sedikit pada kapas dan sapukan pada wajah selepas cuci muka untuk kulit yang lebih cantik dan glowing dalam masa beberapa minggu!

4. Moisturising Cream

Inginkan produk yang sesuai untuk semua jenis kulit, namun masih mampu membekalkan kelembapan berpanjangan? Gunakan Moisturising Cream untuk kulit yang lebih sihat, lembut dan bermaya!

Pelembap muka yang baik seharusnya mengandungi emolien semula jadi serta humektan yang dapat ‘mengunci’ lembapan pada kulit sehingga 48 jam. 

Anda harus hanya menggunakan produk yang telah terbukti secara klinikal, dapat memberikan kelembapan serta merta dan boleh membaik pulih pelindung semula jadi kulit!

5. Day Cream Dengan SPF 15

Tidak lengkap regimen penjagaan kulit wajah anda tanpa penggunaan krim pelindung kulit. Oleh sebab itu, pastikan kulit anda sentiasa terlindung daripada sinaran matahari dengan bantuan Day Cream dengan SPF 15

Krim siang yang baik dapat memberikan perlindungan 24 jam terhadap sebarang kerosakan yang berlaku disebabkan cahaya matahari. 

Bukan itu sahaja, pemakaian krim siang juga merupakan salah satu cara memutihkan kulit muka yang berkesan, di samping dapat memastikan kulit kekal hidrat tanpa merosakkan pelindung semula jadi kulit!

6. Night Cream

Akhir sekali, jangan lupa untuk memanjakan kulit anda dengan krim malam atau Night Cream. Biarkan kulit ‘berehat’ setelah sepanjang hari berhadapan dengan pelbagai anasir luar yang boleh merosakkan kulit. 

Penggunaan krim malam juga boleh menjadi pelengkap kepada mereka yang sedang mencari cara mencerahkan kulit gelap. Cuma sapukan krim malam pada kulit untuk menggalakkan proses pemulihan. Keesokan harinya, anda akan bangun tidur dengan wajah yang lebih segar, sihat dan nampak glowing!

Semoga penerangan ini dapat membantu para pembaca di Hello Doktor untuk mula mengambil langkah yang tepat dalam menumpukan perhatian pada penjagaan kulit wajah untuk lebih sihat, lembap dan berseri. 

Teruskan pembacaan tentang penjagaan kulit badan dan wajah yang tepat di laman web Hello Doktor.

[embed-health-tool-due-date]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. Skin lightening. https://www.nhs.uk/conditions/cosmetic-procedures/skin-lightening/. Accessed on May 17, 2022.
  2. Mercury in skin lightening products. https://www.who.int/publications/i/item/WHO-CED-PHE-EPE-19.13. Accessed on May 17, 2022.
  3. Is Getting Your “Beauty Sleep” a Fairy Tale? https://www.samhealth.org/about-samaritan/news-search/2019/05/29/importance-of-sleep-to-your-appearance-and-skin. Accessed on May 17, 2022.
  4. Skin care: 5 tips for healthy skin. https://www.mayoclinic.org/healthy-lifestyle/adult-health/in-depth/skin-care/art-20048237. Accessed on May 17, 2022.
  5. Dietary water affects human skin hydration and biomechanics. https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pmc/articles/PMC4529263/. Accessed on May 17, 2022.

Versi Terbaru

09/01/2023

Ditulis oleh Nisreen Nadiah

Disemak secara perubatan oleh Dr. Muhamad Firdaus Rahim

Diperbaharui oleh: [email protected]


Artikel Berkaitan

Nak Dapatkan Kulit Wajah 'Flawless'? Boleh Ikut 4 Tip Mudah Ini, Pasti Menjadi!

Tidak Perlu Krim Pemutih, Makan Saja 10 Buah-Buahan Ini Untuk Kulit Cantik! #StayAtHome


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Muhamad Firdaus Rahim

Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Nisreen Nadiah · Disemak pada 09/01/2023

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan