backup og meta

Risau Muka Makin Membulat? Ini 7 Cara Dapatkan Wajah V Shape TANPA Bedah!

Risau Muka Makin Membulat? Ini 7 Cara Dapatkan Wajah V Shape TANPA Bedah!

Ada banyak jenis bentuk muka – bulat seperti bola, bujur seperti telur atau bersegi. Walaupun bukan semua, mungkin ramai yang mempunyai impian untuk memiliki v shape muka tapi tidak mahu melakukan sebarang prosedur pembedahan plastik. Bolehkah?

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kesihatan Kulit, sila dapatkannya di sini.

Bagaimana cara dapat jenis bentuk muka V?

Sebagai jalan mudah, anda mungkin hanya perlu menjalani operasi kosmetik yang sudah tentu akan memerlukan banyak kos, masa dan tenaga. Selain itu juga, ia haram dalam agama Islam.

Berita baik buat anda, wujud cara untuk mendapatkan bentuk wajah ini secara semula jadi seperti berikut:

Dapatkan v shape muka dengan #1. Yoga

Siapa kata yoga itu hanya untuk tubuh badan? Ia juga boleh dilakukan dengan fokus pada wajah!

Yoga wajah ini mampu melatih otot yang wujud di muka anda. Dengan meregang dan menarik otot-otot itu, banyak manfaat yang anda boleh dapat termasuklah meruncingkan wajah.

Seumpama facelift yang natural, ia juga tidak menelan masa dan memakan masa untuk dilakukan. Anda mungkin hanya perlu sekitar 3 ke 5 minit sahaja sehari untuk melakukannya.

jenis bentuk muka

#2. Mengubah pola dan diet pemakanan

Perubahan pada pola dan diet pemakanan juga berpotensi membantu anda untuk mendapatkan jenis bentuk muka V.

Anda perlu kawal pemakanan untuk elak lemak daripada mula terkumpul dan tertumpu pada pipi serta dagu dengan cara mengurangkan pengambilan kalori seharian agar ia dapat kekal runcing.

#3. Menggunakan sapuan produk

Ada banyak produk sapuan di pasaran dari jenis krim, minyak atau gel yang dipercayai mampu untuk ‘menaikkan’ wajah anda. Produk ini bekerja dengan cara mengurangkan pembengkakan dan pengekalan air pada muka sekali gus meningkatkan peluang dapat anda mendapatkan bentuk wajah ini.

#4. Mengamalkan urutan wajah

Serentak dengan penggunaan produk itu, anda juga boleh mengamalkan urutan pada wajah untuk tujuan yang sama. Apa yang anda perlu buat adalah dengan perlahan mengurut setiap sisi muka bagi menyingkirkan noda limfa lantas meningkatkan potensi mendapatkan bentuk muka ini.

Bagaimana jika cara di atas tidak berkesan?

jenis bentuk muka

Jika cara-cara semula jadi di atas tadi tidak membuahkan sebarang hasil, jangan putus asa kerana wujud banyak lagi kaedah untuk dapat jenis bentuk muka V tanpa perlu prosedur pembedahan.

Berikut adalah beberapa lagi jenis kaedah lain untuk meruncingkan wajah tanpa operasi kosmetik:

Threadlift

Seiring dengan peningkatan usia, kulit akan mula mengendur dan tidak lagi anjal seperti dahulu. Lama-kelamaan, lemak turut terkumpul dan membuat kulit muka melembik.

Untuk mengatasi masalah itu daripada terjadi, anda boleh cuba buat rawatan mengembalikan keanjalan kulit muka threadlift yang menggunakan jarum dan benang polypropylene.

Cara ia dilakukan adalah dengan memasukkan jarum dan menyisipkan benang di lapisan lemak di bawah kulit dan menariknya untuk mengembalikan kekenduran kulit muka.

Secara tidak langsung, ia juga dipercayai akan buat jenis bentuk muka anda itu jadi lebih runcing!

Filler

Prosedur filler ini adalah sejenis rawatan berbentuk suntikan cecair seperti asid hyaluronik atau polymethyl-methacrylate (PMMA) ke dalam lapisan dermis kulit individu.

Tujuan prosedur ini dilakukan adalah memperbaiki kerutan dan kedutan pada kulit muka selain menambah volume pada hidung, dagu, pipi, rahang, bibir serta lain-lain.

Apabila anda buat filler, maka anda mungkin akan berhasil untuk mendapatkan kulit wajah yang jauh lebih halus, rata dan simetri serta v shape muka yang lama diimpikan.

Menariknya kedua-dua prosedur di atas ini hanya perlu beberapa minit dan kekal beberapa tahun!

jenis bentuk muka

Terapi skin tightening

Akhir sekali, anda juga mungkin boleh cuba buat terapi skin tightening di mana ia mungkin akan sangat membantu individu yang teringin terlihat jauh lebih muda daripada usia asal.

Prosedur ini dilakukan dengan menggunakan teknologi high intensity focused ultrasound (HIFU) – ia mampu menembusi hingga ke lapisan bawah kulit atau hipodermis.

Ia tidak sukar, doktor hanya akan menggunakan sejenis alat yang berbentuk seperti pen untuk menyalurkan gelombang ultrabunyi tadi ke dalam kawasan kulit yang bermasalah.

Selepas beberapa sesi terapi, anda akan perasan kulit tampak tidak terkesan dengan penuaan.

Walau bagaimanapun, anda juga mungkin perlukan terapi lanjutan untuk memiliki jenis bentuk muka V.

Ingat, kami tidak kata yang anda perlu buat langkah di atas kerana ia pilihan sendiri. Sebaiknya, hargai pemberian tuhan kerana setiap orang ada kecantikan dan keunikan masing-masing!

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. Can Doing Facial Exercises Help You Look Younger?, https://health.clevelandclinic.org/can-doing-facial-exercises-help-you-look-younger-face-yoga/, Accessed Apr 21 2022.
  2. How to Get Rid of a Double Chin, https://health.clevelandclinic.org/how-to-get-rid-of-a-double-chin/, Accessed Apr 21 2022.
  3. Chin up — This disappearing act can be your secret, https://www.mayoclinichealthsystem.org/hometown-health/speaking-of-health/chin-up-this-disappearing-act-can-be-your-secret, Accessed Apr 21 2022.
  4. How to achieve the ultimate jawline, https://www.plasticsurgery.org/news/blog/how-to-achieve-the-ultimate-jawline, Accessed Apr 21 2022.
  5. Bothered by a Double Chin? A Non-surgical Treatment Can Help, https://www.samhealth.org/about-samaritan/news-search/2021/05/24/non-surgical-treatment-for-double-chin, Accessed Apr 21 2022.
  6. Non-Surgical Skin Tightening, https://www.americanboardcosmeticsurgery.org/procedure-learning-center/non-surgical-procedures/skin-tightening/, Accessed Apr 21 2022.

Versi Terbaru

06/05/2024

Ditulis oleh Ahmad Farid

Disemak secara perubatan oleh Dr. Ahmad Wazir Aiman

Diperbaharui oleh: Nurul Nazrah Nazarudin


Artikel Berkaitan

Nak Dapatkan Kulit Wajah 'Flawless'? Boleh Ikut 4 Tip Mudah Ini, Pasti Menjadi!

Teringin Punya Kulit Wajah Persis Selebriti Korea? Jom Amal 7 Rutin Rahsia Ini!


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Ahmad Wazir Aiman

Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 06/05/2024

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan