Setiap kali kita menonton atau melihat wajah selebriti negara jolokan k-pop ini, sudah pasti akan timbul tanda tanya seperti apa dan bagaimana cara penjagaan muka orang Korea agaknya ya?
Ini kerana hampir semua artis sama ada wanita atau lelaki di negara itu memiliki kulit wajah yang putih, bersih, halus lagi mulus sehingga sangat sukar untuk kita menemui sebarang cela!
Sebenarnya, cara penjagaan muka orang Korea bukan satu rahsia lagi. Jom teruskan baca artikel.
Bukan semua hasil daripada pembedahan plastik?
Negara Korea Selatan memang sangat sinonim dan popular dengan prosedur pembedahan plastik. Ini adalah satu kenyataan dan kebenaran yang tidak lagi dapat disangkal.
Menurut International Medical Travel Journal, negara republik itu menduduki tempat kelima paling tinggi dalam statistik bidang pelaksanaan pembedahan plastik di dunia ini.
Menurut kajian yang sama, dilaporkan bahawa 5.4% orang daripada jumlah penduduk di sana merupakan pakar bedah plastik. Ternyata, ia angka yang agak tinggi tentangnya.
Pun begitu, itu tidak bermakna semua pemain industri hiburan mereka terlibat dalam prosedur kosmetik ini kerana ada juga yang hanya mengamalkan rutin penjagaan kulit muka.
Persoalannya, apa dan bagaimana cara penjagaan muka orang Korea? Berikut, rahsia mereka!
Ini rahsia cara penjagaan muka orang Korea!
Menurut Pakar Kulit Charlotte Cho yang juga merupakan Pengasas SokoGlam, ada rahsia umum yang perlu kita semua tahu dalam usaha mendapatkan kulit persis orang Korea.
#1. Cuci muka lebih daripada sekali sehari
Langkah pertama yang paling penting dalam rutin penjagaan kulit wajah adalah dengan cuci muka dan anda harus ingat ia tidak cukup jika hanya dilakukan sekali sehari sahaja.
Ia perlu dilakukan sekurang-kurangnya 2 ke 3 kali sehari dalam usaha untuk membersihkan segala kotoran seperti minyak, bakteria atau sisa alat solek daripada kulit wajah anda.
Jadi, sila cuci muka lebih daripada sekali sehari dengan menggunakan air dan sabun khas untuk kulit wajah secara berulang kali sehingga semua kekotoran di kulit muka tertanggal.
Cara penjagaan muka orang Korea #2. Toner
Cecair toner yang dibuat dan dijual di sana majoritinya tidak dihasilkan daripada bahan dengan asas alkohol lantas menjadikannya sangat ideal untuk disapukan pada kulit muka.
Penyapuan toner ini sangat penting untuk menyingkirkan sel kulit mati, menghidratkan kembali kulit muka di samping mengekalkan keseimbangan tahap pH wajah anda itu.
#3. Esen
Cecair esen ini dikenali sebagai ‘jantung’ rutin rahsia penjagaan kulit orang di sana kerana ia mungkin mampu untuk memulihkan sel-sel kulit yang telah mati atau rosak.
Penyapuan esen yang tinggi dengan asid laktik, glikolik, hyaluronik serta retinoid berupaya mengelakkan masalah seperti jerawat lantas membuat kulit lebih bersih dan segar.
Cara penjagaan muka orang Korea #4. Ampul
Cecair ampul ini berasal daripada vitamin yang kaya dengan potensi, intipati dan konsistensi dalam usaha untuk menjauhkan kulit wajah anda daripada agen penuaan.
Penyapuan ampul pada kulit muka anda ini juga dipercayai mampu untuk menambahkan kolagen, menganjalkan kulit serta menyelesaikan masalah tona tidak sekata.
#5. Skrub muka untuk buang kulit mati
Agar kulit wajah anda kekal lembut dan licin, sel-sel kulit mati dari muka anda itu harus dihapuskan dan dibuang dengan teknik skrub. Ia juga perlu dilakukan dengan agak kerap.
Teknik skrub ini perlu dilakukan dengan penggunaan alat untuk skrub yang betul dan tepat pada bahagian kulit muka yang amat memerlukan seperti pada pipi dan hidung.
Pun begitu, jangan pula terlalu kerap dan kuat menyental kulit mati kerana ia juga mungkin boleh meningkatkan risiko kerengsaan, keradangan dan kecederaan pada wajah.
#6. Urut muka untuk sirkulasi darah lancar
Untuk pengetahuan anda semua, sirkulasi darah yang lebih lancar itu adalah sangat penting untuk seluruh anggota tubuh badan termasuklah juga pada bahagian kulit wajah.
Disebabkan itu pula, teknik mengurut dengan menggunakan hujung jari mungkin mampu membantu melancarkan peredaran dan perjalanan darah di sekitar muka anda.
Pengurutan ini juga harus dilakukan dengan teknik tepat bersama dengan minyak, krim atau losen yang sesuai agar tidak pula timbul sebarang masalah kulit wajah lain.
#7. Pakai topeng muka di waktu malam
Akhir sekali, rutin rahsia orang Korea dalam aspek penjagaan kulit wajah mereka adalah dengan penggunaan topeng muka di waktu malam setiap kali sebelum masuk tidur.
Dengan cara ini, ia mungkin mampu untuk mengekalkan kelembapan, meningkatkan kelembutan selain memastikan kulit wajah anda kekal terhidrasi sebelum memulakan hari baru.