home

Artikel Tajaan

What are your concerns?

close
Inaccurate
Hard to understand
Other

Emtrix

DITAJA OLEH:

Emtrix

Kegunaan

Apa itu Emtrix®?

Emtrix® adalah salah satu rawatan topikal jangkitan kulat kuku yang boleh didapati di kaunter farmasi, diuji secara klinikal pilihan untuk merawat jangkitan kulat kuku.

Sekiranya anda mengalami jangkitan kulat kuku, rawatan topikal jangkitan kulat kuku menggalakkan penyembuhan kuku yang bertukar warna ke kekuningan atau coklat, yang semakin menebal, masalah kuku rosak dan rapuh, atau masalah yang disebabkan psoriasis (psoriasis kuku) 1 .

Emtrix® juga membaik pulih fizikal kuku. Dengan mengamalkan penggunaan rawatan topikal jangkitan kulat kuku ini, kesannya dapat dilihat seawal satu hingga dua minggu! Untuk mendapatkan hasil penyembuhan yang signifikan, rawatan ini biasanya memakan masa sekitar 3 hingga ke 6 bulan.

Emtrix® mengandungi urea, asid laktik, gliserol dan propylene glycol. Kesemua bahan ini berstatus Generally Regarded As Safe (GRAS), menjadikan ia satu rawatan yang cukup selamat untuk digunakan tanpa was-was. Emtrix® juga selamat digunakan oleh ibu hamil mahupun ibu yang sedang menyusukan bayi, kerana ia hanya digunakan secara topikal 2 . Berbeza dengan produk tanpa status GRAS, bahan antiseptik yang terkandung di dalam produk tanpa status GRAS berpotensi toksik 6.

Selain itu, kandungan urea dan asid laktik juga boleh membantu melembutkan kuku yang telah menjadi rapuh dan rosak akibat jangkitan.

Bagaimanakah cara menggunakan Emtrix®?

 emtrix untuk kuku

Emtrix® harus dipakai sekali sehari, Selain itu, ia didatangi dalam bentuk tiub yang memudahkan proses pengaplikasian. Malah, pengguna juga boleh menyapu Emtrix® terus pada permukaan kuku tanpa perlu mengikisnya terlebih dahulu.

Sapukan Emtrix® pada kuku sekali sehari sebelum tidur. Cara penggunaannya cukup ringkas, halakan tiub ke kuku terjejas, tekan muncung tiub dan ratakan larutan. Letak lapisan yang nipis, melitupi ke seluruh permukaan kuku terjejas.

Jangan lupa untuk turut menyapu Emtrix® di bahagian kulit sekitarnya, dan di bahagian bawah hujung kuku yang dijangkiti. Biarkan kuku kering selepas beberapa minit. Jika amalan ini berterusan, peningkatan klinikal dari segi perubahan pada kuku yang terjejas, dan gaya hidup yang lebih sihat dapat dilihat seawal seminggu tempoh penggunaan 5 .

Tempoh rawatan dan penggunaan Emtrix® untuk merawat jangkitan kulat kuku berbeza-beza mengikut keparahan kondisi yang dialami. Untuk hasil paling optimum, teruskan rawatan sehingga kuku baru tumbuh dengan normal.

Bagaimana cara menyimpan Emtrix® untuk kuku rosak dan rapuh?

Emtrix® seeloknya disimpan pada suhu bilik, jauh daripada cahaya matahari dan lembapan. Untuk mengelakkan ubat daripada rosak, jangan simpan Emtrix® di dalam bilik air ataupun peti sejuk.

Emtrix® perlu disimpan jauh daripada kanak-kanak ataupun haiwan peliharaan. Jika anda tidak menggunakan ubat ini lagi, atau ia telah mencapai tarikh luput, pastikan anda menghubungi ahli farmasi untuk mendapatkan maklumat berkenaan cara pembuangan yang terbaik.

Langkah berjaga-jaga dan amaran

Apakah yang perlu saya tahu sebelum menggunakan Emtrix®?

Sebelum menggunakan Emtrix® sebagai rawatan topikal jangkitan kulat kuku bagi merawat jangkitan kulat kuku, sila rujuk doktor ataupun ahli farmasi untuk mengesahkan jika anda:

  • Mengalami sebarang alahan terhadap mana-mana bahan aktif dan tidak aktif yang terkandung di dalam rawatan topikal jangkitan kulat kuku Emtrix® ataupun ubat lain. Semak label pada pakej untuk melihat bahan-bahannya
  • Mengalami beberapa alahan lain seperti alahan terhadap makanan, pewarna, pengawet atau haiwan 4

Bagi memastikan proses rawatan membuahkan hasil yang optimum, elakkan penggunaan pengilap kuku semasa penggunaan Emtrix® 2 . Elakkan bersentuhan dengan mata ataupun membran mukus selepas penyapuan ubat 4 . Jangan guna Emtrix® jika anda alah kepada sebarang ramuan.

Adakah selamat untuk mengambil Emtrix® semasa mengandung atau semasa menyusukan bayi?

Ya, Emtrix® selamat untuk digunakan oleh ibu hamil ataupun ibu yang sedang menyusukan bayi 2 . Pun begitu, sila dapatkan konsultasi bersama-sama doktor bagi menimbang sebarang potensi ataupun risiko yang mungkin ada, sebelum anda mengambil rawatan topikal jangkitan kulat kuku ini.

Tindak balas dengan ubat-ubatan lain

Apakah ubat atau masalah kesihatan lain yang mempunyai tindak balas dengan Emtrix®?

Emtrix® adalah rawatan topikal jangkitan kulat kuku yang hanya perlu disapukan di bahagian kuku yang dijangkiti kulat, atau di bahagian kulit sekitarnya, dan di bahagian bawah hujung kuku yang dijangkiti.

 emtrix untuk kuku

Oleh itu, ia tidak bertindak balas terhadap mana-mana ubat-ubatan oral lain yang sedang anda ambil atau mana-mana masalah kesihatan yang anda alami. Malah, semua bahan yang terkandung di dalam ubat sapuan Emtrix® berstatus Generally Regarded As Safe (GRAS) di mana ia tidak bersifat toksik dan cukup selamat untuk digunakan tanpa was-was, sama ada untuk ibu hamil atau ibu menyusu 2.

Penggunaan

Maklumat yang diberi tidak menggantikan nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor atau ahli farmasi anda sebelum menggunakan ubat ini.

Berapakah aplikasi yang disyorkan untuk orang dewasa?

Untuk orang dewasa, penggunaan sebanyak sekali sehari sehingga kuku baharu tumbuh dengan sihat dan normal.

Berapakah aplikasi yang disyorkan untuk kanak-kanak?

Tiada tetapan aplikasi ditetapkan untuk kanak-kanak bagi rawatan topikal jangkitan kulat kuku Emtrix®. Oleh itu, dapatkan khidmat nasihat doktor sebelum memulakan rawatan pada kanak-kanak. Ibu bapa diwajibkan untuk memahami sepenuhnya keselamatan ubat sebelum menggunakannya.

Apakah bentuk penyediaan ubat ini Emtrix®?

Emtrix® boleh didapati dalam bentuk:

  • Larutan topikal (tiub) 10 mL

Apakah yang perlu saya lakukan jika berlakunya kecemasan atau terlebih aplikasi?

Jika terdapat kecemasan atau terlebih aplikasi, sila hubungi perkhidmatan kecemasan atau pergi terus ke unit kecemasan di hospital berhampiran.

Apakah yang perlu dilakukan jika saya terlupa untuk mengaplikasikan Emtrix®?

Jika anda terlepas menyapu ubat ini pada kuku anda yang dijangkiti, anda boleh menyapunya secepat mungkin.

Namun, jika anda sudah menghampiri masa untuk pengaplikasian yang seterusnya, abaikan sapuan yang anda terlupa, dan teruskan pengambilan rawatan topikal jangkitan kulat kuku seperti biasa.

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Sumber Rujukan
  1. Mayo Clinic. 2020. Nail Fungus. July 14. Accessed June 21, 2021. https://www.mayoclinic.org/diseases-conditions/nail-fungus/symptoms-causes/syc-20353294
  2. American Pregnancy. 2015. How to Treat Nail Fungus Naturally During Pregnancy. February 16. Accessed June 21, 2021. https://americanpregnancy.org/healthy-pregnancy/pregnancy-concerns/how-to-treat-nail-fungus-naturally-during-pregnancy-10321/
  3. AAD. nd. Nail Fungus Diagnosis and Treatment. Accessed June 21, 2021. https://www.aad.org/public/diseases/a-z/nail-fungus-treatment
  4. NCBI. 2008. Treatment of Onychomycosis: An Update. November-December. Accessed June 21, 2021. https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pmc/articles/PMC3040862/
  5. NHS. 2019. Clotrimazole. September 16. Accessed June 24, 2021. https://www.nhs.uk/medicines/clotrimazole/#:~:text=How%20long%20does%20it%20take,for%201%20to%204%20weeks.
  6. FDA. 2015. Safety and Effectiveness for Health Care Antiseptics; Topical. Food and Drug Administration. Accessed July 16, 2021. https://www.fda.gov/media/92294/download.
Gambar penulisbadge
Ditulis oleh Nisreen Nadiah Disemak pada 2 minggu lalu
Fakta Disemak oleh Ayu Idris