backup og meta

9 Punca Anda Ada Selulit Paha Berserta 5 Cara Cepat Untuk Hilangkannya

9 Punca Anda Ada Selulit Paha Berserta 5 Cara Cepat Untuk Hilangkannya

Walaupun bahagian ini agak tersembunyi dan biasa tersorok dek pakaian, namun sudah tentu tiada siapa yang mahu ada masalah selulit paha bukan? Untuk tujuan itu pula, anda kena tahu apa punca masalah ini terjadi terlebih dahulu!

Untuk mendapatkan lebih banyak informasi tentang Kesihatan Kulit, anda boleh klik di sini.

Apa yang dimaksudkan dengan selulit?

Untuk pengetahuan anda semua, selulit merupakan sejenis kondisi pada kulit yang menyebabkan permukaannya tidak rata, bergaris, bergelombang dan sangat lazim berlaku di sekitar kawasan sarat lemak.

Antara kawasan kulit yang biasa terjadinya masalah ini adalah pada punggung, pinggang, perut, paha, lengan dan lain-lain bahagian organ terbesar ini terutama kalau ada gumpalan lemak yang agak berlebihan.

Apa yang biasa menjadi masalah, mungkin masih ramai orang belum mengenal maksud selulit yang sebenar sehingga terkeliru dengan kondisi lain yakni kesan regangan atau rekahan (stretch mark) pada kulit.

Buat anda yang belum tahu, perbezaan di antara dua kondisi ini adalah stretch mark mungkin menyebabkan perubahan warna kulit sedangkan selulit pula tiada perubahan warna, meskipun ia kelihatan lebih kurang sama sahaja!

selulit paha

Persoalannya, kenapa dan bagaimana selulit paha itu boleh terjadi? Adakah wujud punca atau faktor risiko tertentu?

Apa punca selulit di peha boleh terjadi?

Sebelum pergi dengan lebih lanjut, anda perlu tahu bahawa masalah selulit paha lebih berisiko berlaku kepada orang wanita berbanding lelaki. Pun begitu, ia juga tidak mustahil terjadi kepada sesiapa sahaja.

Di dalam kulit manusia, terdapat sebuah lapisan tisu penghubung yang bertanggungjawab dan bertindak memautkan organ ini dengan otot serta tulang. Ia seterusnya boleh menjadi tempat menyimpan lemak.

Akibat daripada penyimpanan lemak ini, selulit boleh berlaku selain daripada beberapa punca seperti berikut:

  • Pertambahan lemak
  • Peningkatan usia
  • Perubahan hormon
  • Penipisan epidermis
  • Tisu yang merengsa dan meradang
  • Aliran limfa lemah
  • Sistem metabolisme perlahan
  • Kulit kurang kolagen
  • Dehidrasi

Namun, kenapa selulit paha lebih kerap berlaku berbanding di tempat lain? Sebenarnya, jawapan mudah untuk soalan itu adalah kawasan ini merupakan salah satu daripada ‘stor’ simpanan lemak pada tubuh badan!

selulit paha

Cara menghilangkan selulit paha dengan cepat!

Kadangkala, rasa sakit dan sedih pula hati ini ketika melihat ada selulit melekat pada paha anda bukan? Jangan terlalu cepat putus asa, berikut beberapa cara cepat yang anda boleh cuba untuk menghilangkannya:

#1. Terapi sinar laser

Pertama, anda boleh cuba terapi sinar laser atau sistem radiofrekuensi kepada kulit bermasalah. Sama seperti rawatan laser kepada kulit di bahagian lain, ia mampu mengurangkan segala jenis cela pada paha anda.

Selain mencairkan lemak, ia turut boleh mengetatkan kulit, melancarkan sirkulasi darah, mengurangkan retensi cecair dan meningkatkan penghasilan kolagen, sekali gus akan membuat kesan selulit ini berkurangan.

#4. Prosedur sedut lemak

Merupakan usaha yang lebih berat, anda juga mungkin boleh menjalankan prosedur sedut lemak (liposuction) di paha jika ada masalah selulit. Namun, rawatan ini turut hadir dengan kos dan risiko yang agak tinggi.

Ketahuilah bahawa ia mungkin boleh membantu membentuk tubuh badan untuk menjadi lebih langsing tetapi kurang sesuai untuk mengurangkan kesan selulit pada bahagian ini, bahkan memburukkan lagi masalah.

Cara singkir selulit di peha #3. Urutan

Kadangkala, mungkin bagus untuk anda mengurut bahagian kulit seperti muka dan kepala bagi memperbaiki sirkulasi darah dan retensi air di dalam organ ini. Tujuannya, adalah bagi mencipta kulit yang lebih sihat.

Dengan urutan pada paha pula, masalah kulit seperti selulit juga mungkin akan dapat dikurangkan atau dipudarkan.

selulit paha

Cara buang selulit #4. Senaman

Senaman mungkin tidak akan dapat menghilangkan selulit secara total tetapi ia menjadikan kulit lebih anjal dan tegang sekali gus memudarkan penampilannya. Namun, ia mungkin memakan masa yang sedikit lama.

Tidak perlu senaman yang berat, aktiviti ringan seperti squat, berjalan, berjoging, berenang atau berbasikal memadai.

#5. Pengambilan Omega-3

Akhir sekali, anda juga perlu jaga pemakanan kalau ada masalah selulit dengan mengambil lebih banyak Omega-3!

Alasannya, diet yang tinggi dengan nutrisi ini bersama vitamin-vitamin larut lemak lain mampu membantu merawat masalah selulit dalam jangka masa panjang. Jadi, ikan salmon mungkin perlu jadi pilihan makanan utama.

Konklusinya, ada banyak sebab selulit paha berlaku berserta pelbagai cara untuk merawatnya. Sekiranya masalah anda itu terjadi dengan sangat teruk, dapatkan informasi dan nasihat daripada pakar dermatologi segera.

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. Cellulite, https://my.clevelandclinic.org/health/diseases/17694-cellulite, Accessed Mar 6 2023.
  2. What Is Cellulite and Can You Get Rid of It?, https://health.clevelandclinic.org/hate-your-cellulite-how-to-avoid-or-minimize-it/, Accessed Mar 6 2023.
  3. What Causes Cellulite?, https://www.news-medical.net/health/What-Causes-Cellulite.aspx, Accessed Mar 6 2023.
  4. Cellulite Treatments: What Really Works?, https://www.aad.org/public/cosmetic/fat-removal/cellulite-treatments-what-really-works, Accessed Mar 6 2023.
  5. Cellulite Reduction Treatments, https://www.americanboardcosmeticsurgery.org/procedure-learning-center/non-surgical-procedures/cellulite-treatments/, Accessed Mar 6 2023.
  6. Cellulitis. https://www.mayoclinic.org/diseases-conditions/cellulitis/diagnosis-treatment/drc-20370766#:~:text=Cellulitis%20treatment%20usually%20includes%20a,you%20start%20to%20feel%20better. Accessed Mar 7 2023.

Versi Terbaru

09/05/2024

Ditulis oleh Ahmad Farid

Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan

Diperbaharui oleh: Nurul Nazrah Nazarudin


Artikel Berkaitan

5 Petua Hilangkan Jeragat Dengan Baking Soda, Jom Cuba!

Ini 4 Cara Natural Hilangkan Panau Di Rumah, Tip No. 1 Sapu Bawang Putih, Berkesan Ke?


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Joseph Tan

Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 09/05/2024

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan