Apa yang mungkin akan memeranjatkan berkaitan dengan pencarian tentang masalah kulit di laman Google adalah kata kunci jerawat di kemaluan lelaki Malaysia agak tinggi.
Ini menunjukkan bahawa mungkin ramai dalam kalangan lelaki di negara kita yang pernah atau sedang mengalami masalah tumbuh jerawat di sekitar kawasan alat sulit mereka.
Persoalannya, apa dia punca dan bagaimana cara rawat masalah jerawat di kemaluan lelaki Malaysia? Jom teruskan baca artikel ini untuk tahu tentangnya dengan lebih lanjut!
Benarkah ia juga boleh tumbuh di alat sulit?
Untuk pengetahuan anda semua, jerawat itu boleh muncul di mana-mana bahagian pada tubuh badan individu terutama wajah, dada dan belakang termasuk pada alat kelamin.
Bagi kaum lelaki, jerawat itu mungkin akan tumbuh di sekitar kawasan ari-ari, batang zakar serta buah zakar dan ia tidak pula jauh berbeza berbanding jerawat lain yang biasa.
Umumnya, jerawat di bahagian ini tidak bahaya namun tetap akan mengakibatkan rasa gatal, sakit atau tidak selesa terutama apabila ia asyik terperap di dalam seluar dalam.
Disebabkan itu juga, kaum Adam perlu untuk tahu apa dia punca dan bagaimana cara rawat masalah jerawat di kemaluan lelaki Malaysia agar ia tidak lagi akan berlaku dan berulang.
Apa punca jerawat di kemaluan lelaki Malaysia?
Apabila mula muncul jerawat pada alat kemaluan, sudah tentu lelaki akan mula rasa bimbang serta takut. Ini kerana mereka sendiri tidak tahu kenapa masalah kulit itu boleh terjadi.
Sebagai jawapan kepada soalan ini, berikut adalah antara sebab kenapa masalah jerawat ini terjadi:
#1. Folikulitis
Folikulitis adalah masalah keradangan pada kulit angkara terjangkit daripada bakteria atau kulat.
Salah satu daripada faktor yang akan meningkatkan risiko masalah kulit ini adalah lelaki itu salah cara atau waktu ketika cukur bulu kemaluan sehingga kulit jadi meradang.
Selain itu, penggunaan pisau cukur yang tumpul atau tidak bersih juga akan mengakibatkan iritasi dan infeksi pada kulit sekali gus menyebabkan jerawat timbul di alat sulit.
#2. Dermatitis
Dermatitis adalah masalah keradangan pada kulit akibat terdedah kepada zat atau bahan tertentu.
Salah satu daripada faktor yang akan meningkatkan risiko masalah kulit ini adalah lelaki itu telah menggunakan alat atau bahan pencuci tertentu yang tidak sesuai dengan kulit.
Sebagai contoh, jerawat mungkin akan muncul pada alat kelamin jika ia terdedah pada sabun, losen, kondom, minyak pelincir atau ubat penguat yang boleh jadi pencetus alergi.
Punca jerawat di alat sulit #3. STD
Apabila mula muncul jerawat pada alat kemaluan, sudah pasti lelaki akan fikir sama ada ia adalah akibat jenis jerawat yang biasa atau angkara jangkitan penyakit kelamin.
Sebenarnya, wujud juga kemungkinan bahawa STD seperti herpes, sifilis, klamidia, gonorea, trikomoniasis dan lain-lain akan jadi punca masalah jerawat di kawasan sulit itu.
Jadi, adalah sangat penting untuk anda jumpa doktor untuk diagnosis masalah itu dengan segera!
Penyakit yang lain yang boleh jadi punca…
Dalam pada itu, ada juga beberapa jenis penyakit lain yang boleh jadi punca masalah jerawat di kemaluan lelaki Malaysia seperti Molluscum contagiosum dan Hidradenitis suppurativa.
Molluscum contagiosum itu adalah sejenis penyakit angkara infeksi virus di dalam kulit sehingga boleh menyebabkan kemunculan benjolan atau ketulan yang seakan jerawat.
Hidradenitis suppurativa pula adalah sejenis penyakit akibat infeksi bakteria pada kelenjar peluh sehingga juga menyebabkan kemunculan benjolan atau ketulan yang seakan jerawat.
Kedua-dua penyakit ini mudah untuk dikawal dan dirawat hanya dengan penggunaan ubat oral atau ubat topikal bergantung kepada tahap keterukan ia berlaku pada anda.
Bagaimana rawat jerawat di kemaluan lelaki Malaysia?
Dalam kebanyakan kes yang berlaku, jerawat pada alat kelamin ini mungkin bersifat ringan dan sederhana sahaja. Jadi, ia mungkin akan hilang secara sendiri seiring masa.
Pun begitu, ada juga keadaan di mana ia tidak boleh pulih malah semakin memburuk. Disebabkan itu pula, sila segera berjumpa doktor untuk mendapatkan diagnosis, rawatan dan ubatan.
Bergantung kepada punca kenapa ia terjadi, doktor mungkin hanya akan beri anda ubat oral untuk dimakan atau ubat topikal untuk disapu dalam bentuk minyak, krim serta gel.
Jika ia sudah di tahap terlalu teruk, anda mungkin perlu untuk menjalani prosedur pembedahan minor yang khusus untuk membuang jerawat ini daripada alat kemaluan.