backup og meta

Ini 3 Petua Boleh Cuba Untuk Hilangkan Gatal Biji Air Di Tangan, Dah Tak Pedih Lagi!

Ini 3 Petua Boleh Cuba Untuk Hilangkan Gatal Biji Air Di Tangan, Dah Tak Pedih Lagi!

Ramai yang pasti belum tahu, bagaimana boleh muncul masalah biji air di tangan bukan? Jadi, apakah punca dan cara untuk menghilangkannya? Jom baca artikel!

Untuk mendapatkan lebih banyak informasi tentang Kesihatan Kulit, anda boleh klik di sini.

Apakah punca biji air di tangan?

Mungkin ramai daripada kita yang pernah mengalami keadaan punca biji air di badan ini.

Biasanya, biji air yang muncul akan menyebabkan rasa gatal dan juga pedih. Apatah lagi jika ia sudah pecah dan digaru.

Untuk pengetahuan anda, ada beberapa punca punca biji air di badan berlaku.

Antaranya ialah pendedahan kulit terhadap bahan kimia, sabun pencuci, sabun mandi dan juga bahan lain seperti lateks.

Pada kebiasaannya, ia akan sembuh dalam tempoh beberapa hari sahaja.

Namun, jika ia masih tidak sembuh dalam tempoh dua minggu, selain mengalami gejala lain seperti kemerahan atau kekeringan dan pecah, ia mungkin tanda ekzema dishidrotik.

biji air di tangan
Terapi untuk bantu kurangkan ekzema.

Sekiranya anda mengalami keadaan biji air yang bertambah buruk, ia perlu dirawat dengan segera. Ikuti petua hilangkan gatal biji air di bawah ini.

Cara hilangkan sakit biji air di tangan

Terdapat beberapa langkah sebagai cara hilangkan biji air di jari atau cara hilangkan biji air di kaki.

Langkah-langkah yang perlu anda lakukan adalah:

#1. Kenal pasti punca dan jauhinya

biji air di tangan
Pakai sarung tangan jika ada ekzema.

Kaedah pertama yang mesti anda lakukan adalah dengan mengenal pasti punca atau pemicu biji air di tangan.

Sekiranya tangan atau mana-mana bahagian kulit terasa gatal apabila menyentuh sesuatu, berkemungkinan objek atau bahan tersebut menjadi punca kepada biji air anda.

Sebagai contoh, apabila anda membasuh pinggan di dapur, anda menyedari timbulnya biji air yang disertai dengan rasa gatal. Ia juga berlaku setiap kali anda mencuci pinggan.

Oleh itu, boleh jadi sabun pencuci tersebutlah yang menjadi pemicu utama ekzema dishidrotik.

Sekiranya anda mengalami situasi seperti ini, amalkan pemakaian sarung tangan getah sebelum mencuci pinggan.

#2. Pastikan tangan sentiasa bersih dan lembap

Tangan yang kering dan juga kotor juga boleh menjadi faktor utama timbulnya biji air.

Untuk mencegah perkara ini daripada berulang, pastikan anda sentiasa menjaga kebersihan tangan selain mengekalkan kelembapannya.

Cuba elakkan tangan atau kulit anda menyentuh bahan-bahan yang berbahaya dan kotor seperti tanah, pasir, debu dan juga bahan-bahan kimia. 

Untuk menjaga kelembapan tangan, anda boleh menggunakan losyen atau krim pelembap kulit setiap hari.

Namun, anda perlu ingat untuk bersihkan tangan terlebih dahulu sebelum menyapu losyen pelembap.

Jadi, terdapat 3 langkah paling penting yang perlu anda buat jika terkena masalah biji air ini iaitu:

  • Kenal pasti punca dan jauhinya
  • Pastikan tangan sentiasa bersih dan lembap
  • Dapatkan rawatan daripada doktor

#3. Dapatkan rawatan daripada doktor

Sekiranya dua langkah sebelum ini masih tidak berkesan mengurangkan biji air di tangan yang dialami, anda boleh terus berjumpa dengan doktor bagi mendapatkan rawatan yang sewajarnya.

Doktor akan melakukan pemeriksaan terlebih dahulu sebelum menentukan rawatan yang sesuai untuk biji air gatal di badan yang dialami.

Rawatan bagi keadaan ini dibahagikan kepada dua iaitu untuk ekzema dishidrotik ringan dan juga ekstrem.

biji air di tangan
Ubat untuk masalah kulit ekzema.

Antara rawatan atau petua hilangkan gatal punca biji air di badan ialah:

Rawatan bagi ekzema dishidrotik ringan

  1. Rendamkan tangan dalam air sejuk. Anda boleh cuba merendam tangan yang mempunyai biji air ke dalam air yang sejuk selama 15 minit. Lakukannya antara 2 hingga 4 kali sehari. Selain itu, anda juga boleh menggunakan kompres sejuk.
  2. Guna krim kortikosteroid. Bagi mengurangkan rasa pedih dan juga gatal akibat biji air, anda boleh mendapatkan krim kortikosteroid atau pramoxine. Ia perlu disapu dengan kerap setiap hari selepas anda selesai mandi. 
  3. Ambil ubat gatal. Ubat gatal seperti antihistamin juga boleh diambil bagi mengurangkan rasa gatal yang dialami. Dengan itu, ia boleh mencegah anda daripada terus menggaru sehingga melecet pada kawasan kulit yang gatal.

Rawatan bagi ekzema dishidrotik ekstrem

  1. Terapi sinar UV. Berdasarkan kajian, terapi sinar UV ini dikatakan berkesan menghilangkan biji air di tangan sehingga 90%. Terapi ini perlu dilakukan dengan kerap dan ia akan mula menampakkan hasil dalam tempoh 6 hingga 8 minggu.
  2. Suntikan toksin botulinum. Suntikan ubat ini boleh mencegah tangan daripada berpeluh dan mengurangkan keradangan yang dialami. Selain itu, ia juga berkesan mengurangkan rasa pedih akibat kulit yang melepuh.
  3. Ambil makanan tinggi vitamin. Selain itu, anda juga disarankan untuk mengambil lebih makanan yang tinggi vitamin seperti vitamin A, C, dan E. Selain itu, pengambilan makanan yang tinggi kandungan antioksidan turut digalakkan. 

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. Dyshidrotic Eczema. https://www.cedars-sinai.org/health-library/diseases-and-conditions/d/dyshidrotic-eczema.html. Accessed on September 15, 2022.
  2. Hand eczema. https://eczema.org/information-and-advice/types-of-eczema/hand-eczema/. Accessed on September 15, 2022.
  3. Dyshidrotic Eczema. https://nationaleczema.org/eczema/types-of-eczema/dyshidrotic-eczema/. Accessed on September 15, 2022.
  4. Dyshidrotic Eczema (Dyshidrosis). https://my.clevelandclinic.org/health/diseases/17728-dyshidrotic-eczema. Accessed on September 15, 2022.
  5. Dyshidrotic Eczema Overview. https://www.aad.org/public/diseases/eczema/types/dyshidrotic-eczema. Accessed on September 15, 2022.

Versi Terbaru

03/09/2024

Ditulis oleh Muhammad Wa'iz

Disemak secara perubatan oleh Dr. Muhamad Firdaus Rahim

Diperbaharui oleh: Muhammad Wa'iz


Artikel Berkaitan

Awas, Kulit Gatal Simptom Penyakit Hati KRONIK! Atasinya Dengan 5 Tip Ini!

Kulit Gatal-Gatal Sampai Ada Biji-Biji Kecil? Jangan Garu! Ia Mungkin Penyakit Dishidrosis


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Muhamad Firdaus Rahim

Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Muhammad Wa'iz · Disemak pada 03/09/2024

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan