backup og meta

Rimas Bulu Bawah Tumbuh Terlampau Cepat? Ini 5 Kaedah Nak Cukur Bulu Kemaluan Anda!

Rimas Bulu Bawah Tumbuh Terlampau Cepat? Ini 5 Kaedah Nak Cukur Bulu Kemaluan Anda!

Semua manusia yang lahir normal akan mempunyai bulu pada tubuh badan mereka termasuklah di bahagian alat kemaluan masing-masing. Mengetahui cara buang bulu kemaluan yang betul penting untuk mengelakkan ketidakselesaan.

Persoalannya, bagaimana cara betul untuk mengemaskannya? Jom ikuti artikel ini!

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kesihatan Kulit, sila dapatkannya di sini.

Mengapa wujud bulu alat kemaluan?

Pernahkah kalian terfikir dan tertanya-tanya mengenai kewujudan rambut pada kawasan sekitar alat sulit anda?

Ya, kehadirannya memang datang tidak diundang dan pergi tidak dihalau, namun ketahuilah bahawa ada sebab ia wujud pada alat kemaluan.

Untuk pengetahuan anda, bulu ini wujud bertujuan memberi perlindungan kepada alat sulit daripada sebarang patogen yang boleh menjangkiti.

cara buang bulu kemaluan

Selain itu, ia juga berfungsi sebagai pelindung alat sulit anda daripada geseran pakaian khususnya seluar dalam yang terlalu ketat.

Dalam erti kata yang lebih mudah, ia mempunyai fungsinya yang tersendiri sama seperti bulu-bulu yang wujud pada tubuh badan yang lain.

Namun jika ia terlalu banyak, maka akan menyebabkannya kelihatan kusut dan serabut pada empunya tubuh badan.

Jadi apa yang perlu dibuat? Tenang, kami akan berikan anda cara buang bulu kemaluan yang betul!

5 cara buang bulu kemaluan

Sekiranya anda sudah kering idea untk mengemaskan rambut pada sekitar kawasan ari-ari yang mengganggu kehidupan seharian, boleh cuba cara-cara berikut:

#1. Gunting

Sama seperti rambut di atas kepala, anda mungkin boleh mencuba cara paling mudah untuk mengemaskan bulu ari-ari iaitu hanya dengan mengguntingnya.

Apa yang kalian perlukan hanyalah gunting kecil dan juga sikat kecil untuk memudahkan proses pengguntingan.

Sikat adalah sangat perlu bukan sahaja untuk memudahkan malahan juga melindungi daripada gunting terkena kulit.

Caranya adalah dengan menyikat terlebih dahulu bulu tersebut dan gunting bulu yang terkeluar daripada gigi sikat dengan perlahan dan berwaspada.

Dalam pada itu, adalah penting untuk anda menggunakan gunting yang kecil serta tajam untuk mengelakkan kesakitan jika bulu tersebut tertarik.

#2. Cukur, antara cara buang bulu kemaluan

cara buang bulu kemaluan

Sekiranya anda tidak gemar kaedah menggunting kerana ia tetap akan meninggalkan bulu yang pendek, maka mencukurnya juga adalah pilhan terbaik.

Apa yang kalian perlukan hanyalah pisau cukur dan juga krim cukur untuk memudahkan proses yang juga boleh diganti dengan sabun mandi sahaja.

Cara cukur bulu kemaluan supaya tidak gatal yang pertama sekali, sila sapukan krim pada bahagian bulu yang hendak dicukur dengan baik sebelum memulakan proses mencukur tersebut.

Harus diingatkan agar kalian menggunakan pisau cukur yang baharu serta tidak dikongsi bersama orang lain untuk mengelakkan risiko jangkitan patogen.

#3. Trim

Bukan misai dan janggut sahaja yang boleh menggunakan kaedah ini malahan bulu alat kemaluan juga boleh dirapikan dengan cara trim.

Apa yang anda perlukan hanya alat atau mesin trim biasa yang digunakan untuk mencukur bulu pada bahagian muka kalian.

Sama seperti kaedah mencukur, kalian juga mungkin memerlukan krim sapuan untuk memudahkan serta melicinkan permukaan alat sulit anda.

Kemudian, anda boleh trim bulu alat sulit dengan perlahan agar ia menepati kehendak kalian sendiri.

Baca juga:

Cara buang bulu kemaluan #4. Wax

Kebiasaannya, kita akan mendengar orang melakukan kaedah waxing ini pada bahagian bulu seperti kaki, ketiak dan lain-lain bukan?

Apa yang mungkin agak mengejutkan adalah anda juga boleh melakukannya pada bulu di sekitar kawasan alat kemaluan anda juga!

Cara wax bulu kemaluan adalah sama seperti teknik waxing di bahagian lain yakni menggunakan krim pembuang atau peluntur bulu yang mungkin agak memedihkan.

Namun kesannya adalah sangat lama jadi sangat disarankan buat anda yang ingin melakukannya untuk merujuk kepada pakar di salun atau klinik.

cara buang bulu kemaluan

#5. Cara buang bulu kemaluan dengan laser

Akhir sekali, kalian juga mungkin boleh menggunakan kaedah yang paling moden, efektif namun sedikit berkos tinggi iaitu menggunakan laser.

Kaedah ini akan menggunakan cahaya yang berkonsentrasi tinggi untuk memusnahkan folikel rambut pada bulu alat sulit anda.

Dengan cara ini, maka ia akan terhapus secara kekal dan jika ia hendak tumbuh baru sekalipun akan mengambil masa yang sangat lama.

Ia mungkin agak berbahaya, jadi sila dapatkan khidmat pakar yang berdaftar okay?

Dengan 5 teknik ini, maka kalian tidak usah lagi risau dengan bulu alat kemaluan yang kusut dan serabut itu.

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. What’s the Best Way to Remove Excess Pubic Hair? https://kidshealth.org/en/teens/sideburns.html, Accessed on Nov 29, 2000
  2. Is It Safe to Shave Pubic Hair? https://kidshealth.org/en/teens/shaving-query.html, Accessed on Nov 29, 2000
  3. 7 WAYS TO PREVENT INJURIES WHILE TRIMMING PUBIC HAIR. https://www.aad.org/public/everyday-care/skin-care-basics/hair/trimming-pubic-hair, Accessed on Nov 29, 2000
  4. Removing Pubic Hair. https://youngmenshealthsite.org/guides/removing-pubic-hair/, Accessed on Nov 29, 2000
  5. Removing Pubic Hair. https://youngwomenshealth.org/2013/08/22/removing-pubic-hair/, Accessed on Nov 29, 2000

Versi Terbaru

05/11/2022

Ditulis oleh Ahmad Farid

Disemak secara perubatan oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung

Diperbaharui oleh: Asyikin Md Isa


Artikel Berkaitan

Rimas Dengan Bulu Kemaluan? Jangan Cukur Dulu, Ada Manfaatnya Pada Kesihatan

5 Teknik Tepat Untuk Mencukur Bulu Kemaluan Lelaki


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Gabriel Tang Pei Yung

Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 05/11/2022

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan