6. Hadkan aktiviti luar dan senaman

Cuba elakkan daripada melakukan senaman, berjemur, sauna, dan tab mandian panas buat sementara waktu sehingga kulit anda benar-benar pulih. Senaman akan menyebabkan ruam keatas kulit kerana pergeseran akan sentiasa berlaku keatas kulit yang mempunyai keradangan. Kulit yang mempunyai keradangan adalah sangat sensitif terhadap sebarang haba dan cahaya matahari, oleh itu aktiviti yang melibatkan penggunaan sebarang bentuk haba seperti berjemur dan tab mandian panas adalah tidak digalakkan.
7. Gunakan losyen calamine

Losyen calamine digunakan untuk merawat kegatalan dan membantu untuk merawat keradangan kulit. Calamine mengandungi bahan aktif zinc oxide, yang mengandungi sifat antiseptik untuk menghalang jangkitan selain memberi kelegaan kepada kita daripada sebarang kegatalan dan garuan. Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) menganggapnya sebagai salah satu ubat yang paling diperlukan, selamat dan berkesan dalam sistem kesihatan.
8. Jangan picit sebarang benjolan

Selepas aktiviti waxing, pada kebiasaannya benjolan akan muncul bagi sesetengah individu disebabkan oleh tekanan yang diberikan di sekitar kulit. Elakkan memicit atau memecahkan benjolan kerana bakterian akan lebih mudah memasuki bahagian dalam kulit melalui lian-liang dan meningkatkan jangkitan kulit.
9. Jauhi penggunaan produk penggelupasan AHAs dan BHAs

Fungsi alpha hydroxy acid (AHAs) dan beta hydroxy acid (BHAs) adalah untuk membuang kulit mati daripada permukaan kulit dan boleh dijumpai dalam produk pencuci, toner, pelembap, skrub, peels dan masks. Hydroxy acids ini boleh menjadikan kulit anda lebih nipis kerana ia menggelupaskan permukaan kulit dan memberi kesan kepada kulit untuk mengalami keradangan.
10. Gunakan antiseptik semulajadi

Cuka epal adalah salah satu antiseptik semulajadi yang boleh mempercepatkan proses penyembuhan kulit dan dalam masa yang sama, menghalang jangkitan kulit. Astringent dan sifat antiseptik daripada cuka epal adalah bermanfaat untuk merawat benjolan, menyeimbangkan pH kulit dan menghalang keradangan.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen