Ketahui Bagaimana Terjadinya Kulit Merekah

Ditulis oleh

Kemas kini Tarikh 12/07/2020 . 4 minit bacaan
Share now

Kulit merekah adalah satu masalah biasa yang berlaku akibat kulit kering. Akan tetapi, rekahan kulit juga boleh terjadi disebabkan trauma, kecederaan atau jangkitan. Tidak kira bayi  mahupun individu dewasa; semuanya adalah berisiko untuk mengalami masalah kulit ini tetapi dalam kapasiti yang berbeza. Oleh itu, cara yang terbaik adalah untuk mengetahui apa sebenarnya masalah kulit merekah.

Memahami fisiologi kulit merekah

Sebelum membincangkan secara terperinci mengenai kulit merekah, kita perlu lebih memahami konsep kulit brick and mortar. Brick merujuk kepada corneocytes (korneosit – sel kulit), manakala mortar merujuk kepada lipid bilayer di antara korneosit. Kulit yang sihat dan kuat membolehkan kita dilindungi daripada pendedahan alam sekitar yang tidak sihat, seperti sabun, bahan kimia, bahan pengawet, radiasi UV, bahan pencemaran dan microbiome. Jadi, sekiranya struktur brick and mortar kulit terjejas atau rosak dalam apa juga keadaan, ia akan mendedahkan kulit kita kepada kemudaratan.

Pendedahan kepada kesan buruk akan mempengaruhi keupayaan pengekalan air dalam kulit, ini sekali gus akan menyebabkan dehidrasi korneosit. Keadaan ini yang mengakibatkan berlakunya kulit kering dan merekah, sekali gus menjejaskan keupayaan kulit untuk melindungi anda daripada agen-agen alam sekitar. Keadaan ini akhirnya akan menyebabkan wujudnya keradangan pada kulit, seperti ekzema.

kulit merekah

Apa yang menyebabkan kulit merekah?

Kulit kering dan merekah sebenarnya berlaku disebabkan banyak faktor dan ia adalah berbeza pada bayi dan individu dewasa. Bagi bayi, kulit kering dan merekah mungkin disebabkan oleh pre-deposisi genetik kepada penyakit atopik (alahan rinitis, ekzema atopik, asma bronkial, alahan konjunktivitis), atau tindak balas tidak normal terhadap organisma komensal, seperti Malassezia furfur.

Ia mungkin juga disebabkan oleh agen-agen alam sekitar seperti pendedahan kepada bahan pencuci yang kuat, kekurangan pelembap, penggunaan tisu basah yang kerap, kerengsaan disebabkan najis dan air kencing kerana jarang menukar lampin.

Manakala bagi individu dewasa pula, golongan ini lebih berpotensi terdedah kepada pelbagai perengsa atau alergen, disebabkan penglibatan fizikal berkaitan pekerjaan atau hobi. Oleh sebab itu, individu yang pernah mengalami masalah ekzema ketika zaman kanak-kanak dan telah stabil, berkemungkinan besar mengalami masalah ekzema yang berulang disebabkan pendedahan kepada agen-agen tersebut. 

Kira-kira 40 hingga 50 peratus individu dewasa yang lebih berusia mungkin mengalami sedikit kekeringan dan rekahan kulit yang disebabkan oleh penuaan fisiologi atau terjejas akibat pengumpulan pendedahan sepanjang hidup kepada radiasi UV, pencemaran dan bahan kimia. 

Bahagian badan yang berisiko mengalami rekahan

Risiko untuk mengalami kulit merekah adalah bergantung kepada punca yang mendasari, dan ia adalah berbeza bagi setiap individu. Sebagai contoh, bahagian badan seperti tangan dan kaki mungkin akan lebih terdedah kepada rekahan disebabkan geseran akibat melakukan aktiviti harian atau pendedahan kepada kerengsaan atau alergen

Di samping itu, bayi yang menderita dermatitis atopik akan cenderung mengalami masalah rekahan kulit pada bahagian pipi, ekstensor tangan dan kaki. Walau bagaimanapun, seiring pertambahan usia, bahagian yang mungkin terjejas mungkin lebih setempat seperti di dahi, siku, lutut, belakang paha dan punggung.

Rekahan kulit: Bagaimana untuk mencegahnya?

Pengamalan rutin penjagaan kulit yang tertumpu kepada mencuci dan melembapkan kulit dengan betul adalah penting, untuk mencegah kulit kering dan merekah. Oleh itu, pemahaman mengenai paras pH pencuci dan pelembap sangat penting.

Individu yang mempunyai kulit sensitif dan kering perlu membersihkan kulit mereka menggunakan pencuci ringan yang mengandungi bahan pengawet dan pewangi yang minimum. Paras pH pencuci perlu berada antara 5-7 untuk mengekalkan lapisan asid kulit. Pencuci umumnya dikelaskan kepada tiga jenis asas, iaitu sabun, detergen sintetik dan kombo. 

kulit merekah

Seterusnya, penggunaan pelembap, digunakan untuk mengurangkan kehilangan air dari kulit. Pelembap yang baik harus mengandungi tiga bahan utama – emollient, occlusive dan humectant. 

Emollient berfungsi sebagai pelicin kulit dengan mengisi ruang antara kulit yang merekah. Pelembap occlusive pula bertindak untuk mengatasi kehilangan air dari kulit. Manakala humectant, akan menarik dan mengikat air dari epidermis yang lebih dalam kepada permukaan kulit.

kulit
* Trans epidermal water loss (TEWL), stratum corneum (SC), natural moisturising factor (NMF)

Bagaimana merawat kulit merekah?

Rawatan bagi mengatasi kulit kering dan merekah melibatkan dua langkah utama iaitu kawalan keradangan dan pengekalan fungsi kulit sebagai penghalang kepada kemasukan anasir luar. Pelaksanaan langkah-langkah ini harus memfokuskan kepada mengekalkan fungsi penghalang kulit (skin barrier function). Ia melibatkan prosedur pembersihan dan pelembapan yang betul, yang memainkan peranan utama.

Jika fungsi penghalang kulit ini terjejas, ia akan mengakibatkan keradangan. Oleh sebab itu, pengguna amat disyorkan untuk menggunakan pelembap yang mengandungi bahan-bahan seperti asid glisirrensenik, palmitamide MEA, atau lichochalcone. Ini kerana, bahan-bahan seperti ini dapat membantu mengurangkan keradangan sama seperti penggunaan kortikosteroid potensi rendah. Alternatifnya, penggunaan kortikosteroid topikal atau perencat calcineurin turut boleh membantu mengawal keradangan.

Selain daripada bahan-bahan dalam penyediaan topikal, penting untuk anda memahami komposisi yang berbeza dalam penyediaan topikal. Ia kebiasaannya terdiri daripada air, petrolatum atau gabungan kedua-duanya (lihat gambar rajah di bawah).

lembapan

Air secara semula jadinya merupakan sumber pelembap yang lemah, kerana ia cenderung untuk menyejat dengan cepat. Pada penghujung spektrum yang lain, petrolatum adalah bahan yang mempunyai keupayaan untuk mencegah 99 peratus kehilangan air dari epidermis. Disebabkan kelikatannya, ia merupakan bahan yang menyekat pertumbuhan bakteria. Maka, ia tidak memerlukan campuran bahan kimia dan bahan pengawet yang tinggi membuatkan kadar keiritasiannya rendah.

Walau bagaimanapun, disebabkan konsistensi berminyak petrolatum, sesetengah individu mungkin tidak dapat bertoleransi terhadap penggunaannya ke atas kulit yang mungkin menyumbang kepada penutupan folikel rambut dan akhirnya menyebabkan keradangan.

Oleh itu, losyen dan krim adalah lebih sesuai untuk digunakan di negara panas dan lembap seperti Malaysia. Walau bagaimanapun, losyen dan krim memerlukan tambahan bahan pengawet untuk memastikan kestabilannya. Keadaan ini sekali gus menyebabkan wujudnya risiko tindak balas yang lebih tinggi berbanding penggunaan salap. 

Pada akhirnya, tiada satu produk yang boleh dianggap terbaik. Tetapi memilih produk yang bersesuaian dengan kulit dan akan digunakan secara konsisten, akan dapat memberikan anda tahap keberkesanan yang maksimum. 

Untuk mencegah berlakunya sebarang masalah berkaitan kulit, dapatkan nasihat profesional pada peringkat awal. Ini kerana ia dapat membantu anda untuk mengambil dan mengamalkan langkah pencegahan yang betul. 

Selain itu, jangan amalkan ubat-ubatan semula jadi sebagai satu kaedah rawatan melainkan ia disarankan oleh profesional perubatan. Ini kerana, kaedah perubatan tanpa kawalan ini mungkin meningkatkan peluang untuk mengakibatkan lebih kerosakan pada kulit berbanding merawatnya.

Hello Health Group tidak menyediakan nasihat perubatan, diagnosis, atau rawatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Baca juga:

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy

DARI PAKAR Dr. How Kang Nien

Ketahui Bagaimana Terjadinya Kulit Merekah

Kulit merekah adalah satu masalah biasa yang berlaku. Tetapi apakah yang menyebabkan rekahan kulit berlaku dan siapa berisiko untuk mengalaminya?

Ditulis oleh Dr. How Kang Nien
kulit merekah

Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

Atasi Masalah Tumit Kaki Merekah Dengan 5 Bahan Dapur Di Rumah, Boleh Cuba, Ya!

Masalah tumit merekah bukan lagi perkara asing buat kita dan mampu mencacatkan penampilan seseorang. Justeru, apakah rawatan terbaik bagi merawatnya?

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Nisreen Nadiah
Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Kulit 30/11/2020 . 3 minit bacaan

Kulit Melecur Terkena Air Panas Di Rumah? Jangan Bimbang, Rawat Guna 10 Cara Ini

Kulit terkena air panas kerana air kopi tertumpah di tangan? Jangan panik. Ikuti 10 cara merawat kulit melecur ini untuk kurangkan kecederaan luka terbakar

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
Gaya Hidup Sihat, Pertolongan Cemas 24/11/2020 . 3 minit bacaan

Kongsi Produk Penjagaan Muka Dengan Pasangan, Punca Utama Kulit ‘Breakout’? Betul Ke?

Bolehkah produk penjagaan muka wanita digunakan oleh lelaki atau sebaliknya? Apakah kesannya terhadap kulit anda? Ketahuinya dalam artikel ini!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Nana Muhammad
Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Kulit 20/11/2020 . 3 minit bacaan

Tiada Lagi Luka Akibat Bercukur Bulu Jika Anda Bertukar Kepada Waxing! Ini Manfaatnya

Kini, terdapat banyak sekali kaedah untuk buang bulu yang boleh dipilih sama ada bercukur, menggunakan waxing, krim membuang bulu dan banyak lagi.

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Nisreen Nadiah
Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Kulit 09/11/2020 . 3 minit bacaan

Artikel lain untuk anda

dermatitis atopik dan ekzema

Dua-Dua Gatal, Tapi Apa Beza Kulit Dermatitis Atopik Dan Ekzema? Ini Jawapannya!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Nisreen Nadiah
Diterbitkan pada 22/01/2021 . 3 minit bacaan
kulit kering sekitar mulut

Ada Masalah Kulit Kering Di Sekitar Mulut? Ini Punca & Tip Merawatnya

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Nisreen Nadiah
Diterbitkan pada 14/01/2021 . 3 minit bacaan
tips muka glowing

Basuh Muka Dengan Air Panas? Eh, Jangan! Ini Tabiat Yang Boleh Rosakkan Kulit Muka

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Fatin Zahra
Diterbitkan pada 05/01/2021 . 3 minit bacaan
kondisi kulit yang sihat

Apakah Maksud Kulit Cantik & Sihat? Ini Rahsia Mendapatkannya!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Nisreen Nadiah
Diterbitkan pada 30/12/2020 . 5 minit bacaan