Bagaimana Ingin Memastikan Bilik Tidur Sentiasa Kemas?

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 13/07/2020 . 2 minit bacaan
Share now

Bilik tidur ialah ruang peribadi bagi setiap individu. Di sinilah tempat anda tidur dan berehat. Selepas penat bekerja, anda tentu ingin mendapatkan suasana yang kondusif untuk merehatkan otot. Tetapi kalau katil tidak teratur, lantai penuh dengan kain, dan semuanya tunggang-langgang, keletihan bakal berubah menjadi tekanan.

Bagaimana ingin menjadikan bilik tidur anda kekal bersih? Cuba dua langkah mudah ini.

1. Kurangkan barang di dalam bilik

Anda tahu mengapa bilik anda menjadi sempit dan sentiasa bersepah? Antara sebabnya ialah barang yang terlalu banyak.

Cuba lihat almari baju, berapa banyak pakaian lama yang sudah tidak dipakai? Sebahagiannya mungkin sudah rosak dan sepatutnya dibuang tapi kerana terlalu “sayang”, ia terus disimpan. Akhirnya hanya akan membuatkan almari penuh.

Katil pula, anda tidak perlu terlalu banyak bantal. Satu untuk kepala, satu bantal peluk, dan selimut. Itu sudah cukup. Lagi banyak bantal, lagi banyak barang yang perlu dikemas.

Tandas, buang semua berus gigi, ubat gigi, pisau cukur, dan botol sabun lama yang sudah tidak digunakan. Tinggalkan barang yang anda sedang guna sahaja. Selebihnya, buang atau simpan di tempat khas.

Simpel dan kemas

Contohi budaya “minimalis” masyarakat Jepun yang hanya membeli barang mengikut keperluan. Berhenti membeli barang hanya kerana ada promosi sedangkan belum tentu akan menggunakannya. Apabila ada keperluan, baru cari dan beli. Jika ada promosi, itu bonus!

2. Buat rutin kemas bilik

Rutin sangat membantu bagi sesetengah individu. Anda tidak semestinya perlu buat jadual bertulis, simpan dalam minda sahaja sudah cukup baik.

Contoh rutin ialah:

  • Kemas katil setiap pagi selepas bangun dari tidur.
  • Basuh dan lipat baju dua hari dalam seminggu.
  • Sapu dan mop bilik seminggu sekali.
  • Tukar cadar tilam dan bantal setiap dua minggu.
  • Lakukan pembersihan atau clearance pada barang-barang lama yang sudah tidak dipakai.

Mungkin agak susah pada awalnya tetapi lama kelamaan, ia akan menjadi satu kebiasaannya.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy

Baca juga:

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Sukar Nak Lelap? Cuba Teknik Ini Untuk Tidur Lena Dalam Masa 10, 60 & 120 SAAT

    Manusia bukan mesin yang boleh terus berfungsi selagi mempunyai bateri, tubuh badan kita memerlukan tempoh masa untuk rehat dengan cara tidur waktu malam.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Tidur Berkualiti, Tidur Nyenyak 29/12/2020 . 3 minit bacaan

    Selalu Tak Cukup Tidur? Ini Sebab Mengapa Tidur Malam Penting Untuk Kesihatan

    Tidur malam sememangnya penting untuk kesihatan manusia. Tetapi, sejauh manakah anda mengetahui akan kepentingan tidur terhadap kesihatan?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Tidur Berkualiti, Tidur Nyenyak 29/12/2020 . 4 minit bacaan

    Jangan Amalkan Minum Air Sebelum Tidur! Jika Tak Kena Gayanya, Boleh Ganggu Tidur

    Air, seperti yang kita tahu, adalah sumber penghidratan yang penting buat tubuh manusia. Tetapi, apakah manfaat atau keburukan minum air sebelum tidur?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Tidur Berkualiti, Tidur Nyenyak 17/12/2020 . 3 minit bacaan

    AWAS, Ada 7 Bahaya Jika Terlebih Tidur, Boleh Sampai Hilang Nyawa!

    Tidur malam berkualiti baik untuk proses pemulihan tubuh. Tapi wujud masalah kesihatan jika tidur berlebihan. Tak percaya? Hello Doktor ada penjelasannya.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Gangguan Tidur, Tidur Berkualiti 26/11/2020 . 3 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    manfaat posisi tidur

    Posisi Tidur Mana Yang Paling Sihat? Cara Tidur Ini Boleh Buat Awet Muda Juga, Tau!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Diterbitkan pada 19/01/2021 . 3 minit bacaan
    tak cukup tidur

    Berapa Jumlah Tidur Yang Mencukupi? Tidur 5 Jam Sehari Tingkatkan Risiko Osteoporosis!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Diterbitkan pada 15/01/2021 . 3 minit bacaan
    apa punca tidur berdengkur

    Tidur Berdengkur Tanda Tidur Lena? SALAH! Ada Kajian Kata Ia Berkait Dengan Genetik!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 12/01/2021 . 3 minit bacaan
    melelapkan mata

    Masih Tak Tidur Lagi? Cuba 5 Teknik Bernafas Ini, Bantu Anda Mudah Tidur & Lebih Lena

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 08/01/2021 . 3 minit bacaan