backup og meta

4 Cara Lipat Baju Yang Paling Senang Dan Cepat, Tak Sampai 5 Minit Sudah Siap!

Disemak secara perubatan oleh Dr. Ahmad Wazir Aiman · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 14/12/2022

    4 Cara Lipat Baju Yang Paling Senang Dan Cepat, Tak Sampai 5 Minit Sudah Siap!

    Sakitnya mata dan hati lihat banyak sungguh kain yang bersepah lagi berlonggok di lantai! Apa yang anda boleh buat dengan semua kain itu? Teruskan baca artikel ini untuk tahu cara lipat baju yang senang lagi cepat agar rumah sentiasa kemas dan selesa.

    Untuk mendapatkan lebih banyak informasi tentang Habit Sihat, anda juga boleh klik di sini.

    Kenapa penting untuk anda cuci dan lipat baju?

    Pakaian termasuk dalam barang keperluan individu, yang amat penting di dalam kehidupan kerana ia diperlukan pada setiap masa dan situasi. Meskipun berada di rumah sendiri, bertelanjang bukanlah pilihan yang tepat.

    Jadi, individu sudah pasti memerlukan sejumlah pakaian yang bersih untuk digunakan setiap hari.

    Supaya penggunaan baju itu tidak berulang, maka sila basuh setiap kali selepas anda memakainya.

    cara lipat baju

    Ini adalah sangat penting bukan sahaja demi menjaga kecantikan pakaian malahan dari sudut kebersihan dan kesihatan tubuh badan. Siapa sahaja yang akan memakai pakaian yang kotor?

    Jangan pula anda hanya rajin untuk mencuci tetapi malas melipat baju lalu dibiarkan berselerak di ruang tamu. Persekitaran baju yang berterabur itu sudah pasti akan buat mata dan hati anda sakit!

    Oleh itu, kita semua perlu tahu bagaimana cara lipat baju yang betul, senang serta cepat agar dapat membuat individu lebih gemar melipat dan mengemas pakaian yang bertimbun di rumah.

    Berikut cara lipat baju paling senang lagi cepat!

    Kadangkala, perkara ini mungkin mudah sahaja bagi kebanyakan orang namun turut ada individu yang rasa ia agak sukar untuk dilakukan ekoran rasa malas, tidak tahu atau kurang peduli.

    Menurut laman web Real Men Real Style, berikut adalah beberapa cara lipat baju anda boleh cuba:

    #1. Lipatan asas (Basic Fold)

    pakaian
    Sumber gambar: Real Men Real Style

    Pertama, anda boleh gunakan cara paling asas seperti tertera di dalam gambar di atas yang begitu mudah, cepat dan selalu digunapakai oleh para pekerja di stor pakaian untuk menyimpan stok.

    Apa yang menariknya, lipatan sebegini mampu membuat baju anda itu disusun secara bertingkat-tingkat ke atas lantas memberi lebih ruang di dalam almari untuk menyimpan baju yang lain.

    Cara lipat baju #2. Lipatan marin (The Marine Fold)

    pakaian
    Sumber gambar: Real Men Real Style

    Kedua, anda juga mungkin boleh cuba melipat baju cara marin atau askar laut yang tampak lebih kepada gulungan berbanding lipatan namun ia bukan hanya sekadar menggulung semata.

    Anda masih perlu melipat bahagian lengan dan tepi baju itu ke dalam agar ia menjadi lebih ‘kecil’ lalu mudah untuk digulung. Berbanding cara asas, kaedah ini jauh lebih menjimatkan ruang.

    #3. Lipatan 2 saat (The 2-Second Fold)

    cara lipat baju
    Sumber gambar: Real Men Real Style

    Ketiga, anda turut boleh cuba cara yang paling menjimatkan masa: cuma 2 saat diperlukan! Cara ini memerlukan skil dan teknik yang agak mencabar dengan pergerakan tangan amat pantas.

    Tetapi jika individu berjaya menguasai cara ini, maka aktiviti melipat pakaian bukan sahaja akan lebih pantas dan mudah malah seronok untuk dilakukan terutama ketika sedang berseorangan di rumah.

    Cara lipat baju #4. Penyangkut pakaian

    pakaian
    Sumber gambar: Real Men Real Style

    Akhir sekali, di atas ini adalah cara yang mungkin paling ‘malas’ namun efektif buat semua orang!

    Kenapa perlu pening memikirkan cara melipat pakaian sedangkan apa yang anda perlu buat hanya sangkutkan baju pada penyangkut dan letakkan di atas palang, besi atau dawai di dalam almari.

    Sebagai tambahan, anda turut mungkin boleh menggunakan produk yang boleh membantu seperti papan dan mesin pelipat pakaian di pasaran. Ia mungkin memakan kos, namun sangat berbaloi.

    Wujudkah lagi manfaat lain aktiviti lipat baju ini?

    Pertama dan paling penting, pakaian individu sudah tentu sentiasa bersih dan sedia untuk dipakai pada setiap masa. Maka, tidak ada lagi isu baju atau seluar kegemaran anda itu belum kering.

    Baca lagi artikel berkaitan:

    Selain itu juga, ia secara tidak langsung mungkin akan membantu individu membentuk disiplin di dalam diri sekali gus menyemai tabiat menepati masa, yang sangat penting di masa hadapan.

    Dalam pada itu, anda juga boleh menjadikan aktiviti ini sebagai panduan atau latihan buat si kecil anda di rumah. Siapa tahu jika aktiviti yang mudah ini boleh buat anak anda lebih mementingkan aspek kebersihan dan kesihatan diri mereka kelak?

    Konklusinya, cara lipat baju yang betul, senang dan cepat sangat penting untuk kita semua supaya kehidupan yang sebelum ini kurang terurus akan lebih teratur, bersih, kemas serta selesa!

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Ahmad Wazir Aiman

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 14/12/2022

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan