Ada Benjolan Pada Alat Sulit, Ini Jerawat Atau Tanda Herpes? Sila Peka Perubahan Ini

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 14/10/2020 . 3 minit bacaan
Share now

Keadaan, kebersihan dan kesihatan alat kemaluan merupakan sesuatu yang sangat penting buat semua individu.

Disebabkan itu, kita semua wajarlah menjaga bahagian sulit ini agar ia kekal berada dalam kondisi yang baik.

Namun kadang-kadang, anda mungkin akan perasan timbul sesuatu pada zakar atau faraj yang tidak dapat diketahui punca, kesan dan asal-usulnya.

Lebih menakutkan, jika yang timbul itu adalah benjolan berwarna merah atau putih menyerupai jerawat.

Adakah ia memang benar jerawat atau petanda penyakit jangkitan kelamin (STD) seperti herpes?

Usah khuatir dahulu, jom sama-sama kita ikuti artikel ini untuk mengetahui dengan lebih lanjut!

Apa itu herpes dan jerawat?

Sebelum itu wajarlah untuk kita tahu definisi sebenar tentang apa itu herpes dan jerawat terlebih dahulu.

Herpes ia adalah salah satu dari jenis penyakit jangkitan kelamin yang sangat mudah berjangkit melalui hubungan seks akibat virus herpes simplex (HSV).

Jerawat  ia adalah kondisi kulit yang menyebabkan timbul benjolan berwarna merah atau putih akibat liang roma tersumbat dengan minyak dan sel kulit mati.

Untuk pengetahuan anda, kedua-dua kondisi ini memang kelihatan sangat serupa dari luaran. Bagaimana untuk membezakannya?

alat kemaluan

Ini panduan membezakan jerawat dengan herpes!

Selain berjumpa doktor untuk mendapatkan diagnosis, anda mungkin boleh menilai sendiri alat kemaluan kalian di rumah dengan berpandukan 3 aspek utama ini:

#1. Ciri-ciri

Herpes

Benjolan yang timbul pada alat kelamin berwarna merah atau putih serta berisi cairan likat menyerupai nanah.

Untuk membezakannya, tekstur benjolan yang diakibatkan oleh herpes adalah lebih lembut berbanding jerawat.

Berbeza dengan jerawat, benjolan herpes biasanya akan rasa sakit walaupun tidak disentuh lebih-lebih lagi jika ia telah pecah.

Gejala ini juga akan menyebabkan pelbagai lagi simptom lain seperti sakit kepala, demam panas dan kelenjar limpa membengkak.

Jerawat

Benjolan yang timbul pada alat kelamin juga berwarna merah dan putih serta berisi cecair, sama seperti herpes.

Untuk membezakannya, ia kebiasaannya akan muncul satu demi satu namun juga boleh muncul banyak sekali gus.

Berbeza dengan herpes, benjolan jerawat biasanya tidak akan rasa sakit kecuali disentuh namun akan mengakibatkan rasa gatal.

Gejala ini bukanlah satu kondisi yang perlu kalian bimbangkan kerana ia boleh hilang dalam masa beberapa hari sahaja.

zakar

#2. Penyebab

Herpes

Benjolan herpes pada alat kemaluan disebabkan oleh penularan penyakit jangkitan seksual akibat virus herpes simplex (HSV).

Di atas tadi, kami sudah menceritakan tentang apa itu herpes, berikut pula adalah jenisnya:

  • HSV-1: Disebarkan melalui luka, ulser atau air liur ketika seks oral
  • HSV-2: Disebarkan melalui penetrasi zakar ke dalam faraj ketika seks

Untuk mengelakkannya, penggunaan kondom ketika bersenggama adalah sangat disarankan.

Jerawat

Benjolan jerawat pada alat kemaluan disebabkan oleh penyumbatan liang pori kulit, sel kulit mati atau sebarang kotoran.

Dalam beberapa kes, ia juga mungkin disebabkan oleh beberapa sebab yang lain termasuklah:

  • Alahan terhadap sesuatu jenis pakaian
  • Cukuran bulu yang tidak kena cara
  • Jangkitan kulat pada folikel rambut

Demi mengelakkannya, sila amalkan penjagaan kebersihan alat sulit anda dengan cara yang betul.

faraj

#3. Rawatan

Herpes

Untuk kondisi ini, tiada rawatan di rumah yang boleh dilakukan sebaliknya ubatan moden sangat diperlukan.

Berikut merupakan perubatan yang mungkin diperlukan untuk melawan HSV, bergantung kepada preskripsi doktor:

  • Valacyclovir
  • Famciclovir
  • Asiklovir

Sekiranya doktor mengesahkan anda menghidapi kondisi ini, sila tangguhkan atau berhenti daripada melakukan seks dengan pasangan untuk mengelakkan ia tersebar.

Jerawat

Bagi kondisi ini, anda tidak perlu khuatir kerana ia boleh sembuh dengan sendiri dalam masa beberapa hari.

Pun begitu, penjagaan kebersihan alat kelamin adalah sangat diperlukan untuk mengelakkan ia berulang kembali.

Jika kalian sudah terlalu rimas atau terganggu dengan kewujudannya, ia mungkin boleh dihilangkan dengan menggunakan sabun yang mengandungi benzoil peroksida.

Herpes & jerawat tidak sama!

Baiklah, sekarang kita sudah tahu apa itu herpes dan jerawat. Konklusinya, kedua-dua kondisi yang boleh berlaku pada alat kemaluan ini tidak sama!

Jika masih keliru, sila dapatkan konsultasi daripada doktor sekiranya kalian memerlukan rawatan lanjutan atau tidak.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy
Rujukan

Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

Sakit Saat Bersetubuh Akibat Endometriosis? Ikut Tip Ini Untuk Pengalaman Seks Yang Lebih Baik!

Endometriosis adalah antara penyakit wanita dan berisiko mempengaruhi kualiti hidup malah seks pesakit. Justeru, apa boleh dilakukan? Jom baca artikel ini!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Nisreen Nadiah
Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Wanita 14/12/2020 . 3 minit bacaan

Selepas Seks, Kena Meruang? Barulah Faraj Tidak Longgar, Busuk & Berbau! Betul Ke?

Ada wanita yang akan melakukan perbuatan meruang selepas seks bersama pasangan! Benarkah ia perlu untuk dilakukan? Jom klik artikel untuk tahu!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Ahmad Farid
Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Seksual 11/12/2020 . 3 minit bacaan

Kulit Zakar Jadi Kering Sampai Mudah Tercedera & Berdarah? Ada 7 Sebab Ia Berlaku!

Pernah mengalami kulit zakar kering tapi tidak tahu sebabnya? Ini kami senaraikan punca sebenar keadaan ini berlaku! Jom klik untuk tahu.

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Ahmad Farid
Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Lelaki 09/12/2020 . 3 minit bacaan

Zakar Boleh Membesar Sampai Umur Berapa? Ini Jawapan Bila Proses Ini Akan Tamat!

Pernahkah anda terfikir dan tertanya alat sulit lelaki membesar sampai bila? Jom klik artikel ini untuk mengetahuinya dengan lebih lanjut!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Ahmad Farid
Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Lelaki 02/12/2020 . 3 minit bacaan

Artikel lain untuk anda

penyakit kulit sopak

Jangan Terkejut, SOPAK Bukan Hanya Di Badan, Tapi Juga Boleh Ada Pada ZAKAR!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Nisreen Nadiah
Diterbitkan pada 04/01/2021 . 3 minit bacaan
kondisi kulit yang sihat

Apakah Maksud Kulit Cantik & Sihat? Ini Rahsia Mendapatkannya!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Nisreen Nadiah
Diterbitkan pada 30/12/2020 . 5 minit bacaan
kepentingan tidur untuk kesihatan

Selalu Tak Cukup Tidur? Ini Sebab Mengapa Tidur Malam Penting Untuk Kesihatan

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Nisreen Nadiah
Diterbitkan pada 29/12/2020 . 4 minit bacaan
bisul di kemaluan

Tumbuh Bisul Pada Faraj Wanita? Usah Risau, Ini Cara Mudah Merawat, Hanya Di Rumah!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Nisreen Nadiah
Diterbitkan pada 21/12/2020 . 3 minit bacaan