backup og meta

Boleh Ke Atasi Masalah Jerawat Dengan Pimple Patch? Jom Selidik Keberkesanannya

Disemak secara perubatan oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 21/08/2023

    Boleh Ke Atasi Masalah Jerawat Dengan Pimple Patch? Jom Selidik Keberkesanannya

    Betul ke fungsi acne patch untuk hilangkan jerawat? Ada yang kata ia berkesan. Jom ketahui sama ada ia berkesan atau tidak untuk hilangkan jerawat.

    Untuk mendapatkan lebih banyak informasi tentang Kesihatan Kulit, anda juga boleh klik di sini.

    Betul ke fungsi acne patch boleh hilangkan jerawat?

    Di Malaysia, mungkin tidak ramai yang menggunakan pimple patch ini. Ia juga boleh dikatakan sebagai 1 pilihan yang tidak begitu popular. 

    Tetapi apa sebenarnya fungsi acne patch atau pelekat jerawat ini?

    Ia adalah 1 produk yang semakin menjadi pilihan untuk mengatasi masalah dan hilangkan jerawat. 

    Pelekat kecil ini dicipta khusus untuk dilekatkan secara terus kepada jerawat untuk mengeringkannya dengan lebih cepat.

    Masalah jerawat tidak hanya memberi kesan kepada mereka yang mengalami akil baligh, tetapi turut dialami oleh individu dewasa.

    Mengatasi masalah jerawat bukan hanya untuk mendapatkan kulit yang bersinar tanpa cela. Bahkan secara tidak langsung ia turut akan mempengaruhi tahap kesihatan mental individu.

    Fungsi acne patch

    Penggunaan patch ini dikatakan dapat mengurangkan tekanan melibatkan harga diri serta keyakinan disebabkan cela yang ada pada wajah

    Persoalan utama, adakah ia benar-benar berkesan untuk hilangkan jerawat?

    Fungsi acne patch: Apakah yang sebenarnya?

    Secara umumnya, pelekat jerawat, yang turut dikenali sebagai pelekat penyembuh jerawat, adalah sticker kecil, tembus cahaya diletakkan pada jerawat.

    Pelekat tersebut adalah sejenis tampalan hidrokoloid – tampalan luka yang telah lama digunakan di dalam dunia perubatan.

    Tampalan hidrokoloid adalah sesuatu yang boleh memberikan kesembuhan pada kulit. Ia berfungsi untuk menyerap lebihan cairan dan mengeluarkan kekotoran pada jerawat.

    Terdapat sesetengah pelekat jerawat yang merupakan hanya tampalan hidrokoloid tanpa bahan aktif tambahan. 

    Tetapi ada juga pelekat yang mungkin mengandungi asid salisilat atau benzoil peroksida – yang memberikan kesan tambahan lain.

    Fungsi acne patch

    Sesetengah pelekat jerawat mempunyai microdart  atau microneedle, yang berperanan untuk membantu bahan aktif untuk menembusi kulit lebih dalam pada kawasan berjerawat. 

    Pelekat jenis ini, iaitu dengan microdart dikatakan sangat berguna untuk mengatasi masalah jerawat berpunca daripada hormon.

    Dalam bahasa mudah, pimple patch dengan microdart adalah seperti jarum halus yang akan menusuk ke jerawat bagai membolehkan bahan aktif meresap masuk.

    Adakah cara hilangkan jerawat dengan cepat ini efektif?

    Idea penghasilan dan cara pakai acne patch ini adalah untuk menyerap kekotoran dan dalam masa yang sama menyembuhkan jerawat. 

    Ia sesuatu yang bagus, tetapi tidak begitu berkesan. Cuma pemilihan dan penggunaan pelekat jerawat mungkin memberikan beberapa manfaat.

    1. Mengeringkan jerawat

    Sebagai permulaan, pemakaian dan penanggalan tampalan hidrokoloid ini secara sendirinya akan dapat membantu mengeluarkan kekotoran pada jerawat, selain dapat mengeringkannya.

    Proses tersebut mungkin akan kelihatan sedikit ‘menjijikkan’ apabila anda mungkin akan melihat nanah putih daripada jerawat terlekat pada patch semasa ditanggalkan.

    Sekiranya anda biasa dengan tabiat memicit jerawat – pastinya ramai yang melakukannya walaupun perbuatan tersebut akan memburukkan lagi keadaan – mungkin anda tidak begitu kisah tentang nanah tersebut.

    Baca juga:

    1. Elakkan sentuhan

    Secara purata kita akan menyentuh muka lebih 16x dalam sehari, bahkan mungkin lebih daripada itu. Ia 1 tindakan luar kawalan dan spontan yang dilakukan tanpa disedari.

    Dengan penggunaan fungsi acne patch ini, ia secara tidak langsung dapat mencegah anda daripada menyentuh jerawat dan memicitnya.

    Seperti yang dinyatakan di atas, tabiat memicit jerawat boleh menyebabkan ia menjadi lebih teruk. Begitu juga jika anda kerap menyentuhnya.

    Tabiat tersebut boleh menyebabkan peningkatan keradangan dan proses penyembuhan. Malahan ia juga berisiko untuk dijangkiti dan akan meninggalkan parut jerawat

    Sekiranya anda cenderung untuk memicit atau menyentuh jerawat, inilah antara manfaat pelekat jerawat.

    1. Kawasan terjejas

    Penggunaan sesetengah ubat jerawat mungkin akan terkena pada kulit atau bahagian muka yang tidak bermasalah. 

    Tetapi dengan penggunaan pelekat jerawat ini, hanya bahagian atau kawasan berjerawat sahaja yang akan ‘menerima’ bahan aktif daripada pelekat tanpa menjejaskan kulit yang normal. 

    Pakar dermatologi berpendapat penggunaan pelekat jerawat ini adalah sesuai buat mereka yang mempunyai masalah jerawat jenis ringan dan sederhana seperti papule dan pustule.

    Fungsi acne patch

    Manakala individu yang mempunyai masalah jerawat batu atau cystic acne, penggunaan pelekat jerawat walaupun dengan microdart sukar untuk memberikan impak berkesan.

    Fungsi acne patch, adakah anda ingin mencubanya?

    Sekiranya anda cenderung dengan tabiat untuk memegang atau memicit jerawat, sudah tentu penggunaan pelekat ini dapat membantu dalam mengurangkan kekerapan untuk menyentuhnya.

    Jika masalah jerawat yang dialami tidak begitu kronik, anda mungkin akan dapat melihat keberkesanannya.

    Tetapi seandainya masalah jerawat yang dihadapi adalah masalah jerawat batu, tiada salahnya untuk anda mencuba dan melihat hasilnya nanti.

    Walau bagaimanapun, anda harus ingat, sama ada fungsi acne patch atau penggunaan ubat jerawat lain, ia memerlukan masa untuk proses pemulihan, penyembuhan dan hilangkan jerawat anda.

    Hasilnya adalah berbeza bagi setiap individu. Ia mungkin memberikan hasil yang baik pada sesetengah individu tetapi bagi mereka yang lain, penggunaannya berkemungkinan tidak mendatangkan perubahan.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Gabriel Tang Pei Yung

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 21/08/2023

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan