7 Jenis Batuk Yang Anda WAJIB Tahu, Tak Semuanya Tanda Jangkitan COVID-19!

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 09/12/2020 . 2 minit bacaan
Share now

Untuk mendapatkan info tentang coronavirus di Malaysia, sila dapatkannya di sini.

Batuk adalah tindak balas normal badan anda terhadap sebarang kesan daripada faktor-faktor luaran.

Ia juga tanda amaran bahawa sesuatu yang tidak kena sedang berlaku kepada kesihatan anda.

Walau bagaimanapun, ramai orang masih tidak mengambil berat tentang batuk dan simptom yang datang bersamanya. Artikel ini akan memberikan maklumat berguna tentang 7 jenis batuk.

Apakah itu batuk?

wabak virus korona

Batuk adalah tindak balas badan untuk membersihkan tekak dan saluran pernafasan jika benda asing, mikrob, perengsa, cecair atau lendir tersekat.

Walau bagaimanapun, jika batuk serius dan berterusan, ia boleh menjadi tanda keadaan perubatan yang lebih rumit.

Proses batuk termasuk 3 fasa utama:

  • Penyedutan (pernafasan ke dalam)
  • Tekanan meningkat di tekak dan paru-paru dengan pita suara ditutup
  • Pelepasan udara yang mendadak (sewaktu pita suara terbuka), memberikan bunyi batuk.

Apakah punca-punca batuk?

  • Selesema biasa: ini adalah keadaan apabila hidung dan tekak anda mengalami jangkitan
  • Influenza (Selesema): ini adalah jangkitan virus kepada sistem pernafasan anda seperti hidung, tekak dan paru-paru. Influenza lebih dikenali sebagai flu
  • Penyedutan sebarang punca keradangan
  • Otot abdomen tegang atau ditarik
  • Batuk kokol: Pertussis adalah jangkitan saluran pernafasan yang mudah berjangkit. Dalam kebanyakan orang, ia disifatkan dengan batuk yang teruk diikuti dengan pengambilan nafas dengan bunyi nyaring seperti “whoop”

Tanda-tanda batuk kronik

Batuk kronik boleh berlaku dengan tanda-tanda dan simptom-simptom lain, termasuklah:

  • Hidung berair atau tersumbat
  • Perasaan seperti cecair menitis ke belakang tekak anda (titisan postnasal)
  • Kerap menelan dan sakit tekak
  • Suara parau
  • Berdehit (wheezing) dan sesak nafas
  • Pedih hulu hati atau rasa masam dalam mulut anda
  • Dalam kes-kes yang jarang berlaku, terdapat darah yang keluar dengan batuk

7 jenis batuk dan maksudnya

coronavirus terhadap ibu hamil

Senarai di bawah menunjukkan 7 jenis batuk biasa dan apa yang anda perlu tahu tentangnya.

  • Batuk basah: sebab biasa batuk basah adalah bronkitis yang berlaku apabila saluran pernafasan membengkak dan menghasilkan mukus. Simptom ini biasanya berkaitan dengan virus dan boleh berlaku selepas anda mengalami selesema.
  • Batuk perokok: ini adalah tanda popular dalam COPD. Pesakit COPD mempunyai masalah dengan pernafasan disebabkan sekatan saluran pernafasan. Satu lagi simptom yang berkaitan dengan COPD adalah rasa sesak, nafas berdehit dan sesak nafas.
  • Batuk masam: Batuk selama lebih daripada 2 bulan dengan rasa masam adalah tanda GERD (penyakit gastroesophageal reflux). Ia biasanya berlaku apabila asid perut masuk ke dalam tekak.
  • Batuk kering: Jika anda selalu batuk pada waktu malam tanpa mukus dalam masa yang lama, ini adalah tanda asma. Simptom-simptoma asma bagi kebanyakan orang adalah sesak dada, nafas berdehit dan sesak nafas.
  • Batuk berdarah: batuk ini mungkin datang dari paru-paru atau saluran pernafasan. Jika anda batuk darah, ia boleh menjadi tanda penyakit lain yang berbahaya seperti kanser paru-paru.
  • Batuk dengan simptom selesema: batuk jenis ini merupakan simptom selesema disebabkan perubahan cuaca; ia disertai dengan hidung tersumbat, sakit badan atau sakit tekak.
  • Batuk basah dengan demam: Ini kadangkala tanda radang paru-paru (pneumonia) yang termasuklah demam, menggigil, dan sesak nafas. Kahak anda mungkin berwarna hijau, kuning atau berdarah.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy
Rujukan

Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

Batuk kronik

Kenali apa itu Batuk kronik . Apakah simptom-simptom, punca dan rawatannya.

Fakta Perubatan Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel
Ditulis oleh Fariha Zakaria
Kesihatan A-Z, Kesihatan A-Z 19/04/2018 . 5 minit bacaan

Kenali Batuk Kokol: Punca, Simptom-Simpton Dan Rawatannya

Adakah anda merasakan batuk anda aneh? Anda mungkin mengalami batuk yang dikenali sebagai batuk kokol! Apakah simptom-simptom, punca dan rawatannya?

Fakta Perubatan Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel
Ditulis oleh Muhammad Basheer Yahya

Tuberkulosis

Kenali apa itu Tuberkulosis. Apakah simptom-simptom, punca dan rawatannya.

Fakta Perubatan Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel
Ditulis oleh Nur Lyna Alfira Jamal Mohamed
Kesihatan A-Z, Kesihatan A-Z 28/03/2018 . 5 minit bacaan

Artikel lain untuk anda

batuk kering

Tuberkulosis Bukan Kanser Paru-Paru. Ini Perbezaan Di Antara Kedua-Duanya

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
Diterbitkan pada 27/10/2020 . 3 minit bacaan
vaksin bcg

Perasan Parut di Lengan Kiri Anda? Ini Sebab Kenapa Dulu Kita Kena Suntik BCG

Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
Diterbitkan pada 14/10/2019 . 2 minit bacaan
ubat batuk

Kasihan Tengok Anak Batuk Tak Henti-Henti, Cuba 10 Ramuan Ubat Semulajadi Dari Rumah Ini, Berkesan!

Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
Ditulis oleh Farah Aziz
Diterbitkan pada 01/05/2019 . 4 minit bacaan
TB

Ujian Baru TB Boleh Menyelamatkan Beratus Ribu Kanak-kanak

Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Amy
Ditulis oleh Farah Aziz
Diterbitkan pada 14/03/2019 . 2 minit bacaan