Bronkitis Kronik

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 27/11/2019 . 3 minit bacaan
Share now

Definisi

Apa itu Bronkitis Kronik?

Bronkitis ialah keradangan tiub bronkial. Terdapat saluran udara yang membawa udara ke dalam paru-paru. Pesakit bronkitis kebiasaannya mengalami batuk berkekalan yang mengeluarkan lendir pekat. Bronkitis boleh jadi samada akut atau kronik.

Bronkitis kronik adalah salah satu dari jenis COPD (penyakit pulmonari obstruktif kronik). Tiub bronkial yang mengalami keradangan menghasilkan banyak mukus. Ini menyebabkan batuk dan susah bernafas.

Apakah kebarangkalian Bronkitis Kronik?

Keadaan ini kerap berlaku. Ia melibatkan lelaki lebih dari wanita dan berlaku di semua peringkat umur. Ia boleh diuruskan dengan mengurangkan faktor risiko. Sila berbincang dengan doktor untuk maklumat lanjut.

Simptom-simptom

Apakah simptom-simptom Bronkitis Kronik?

Simptom-simptomnya ialah:

  • Batuk;
  • Lendir berwarna putih, kelabu kekuningan atau hijau;
  • Letih;
  • Sesak nafas;
  • Sedikit demam dan menggigil
  • Ketidakselesaan dada.

Mungkin terdapat beberapa tanda atau simptom yang tidak disenaraikan di atas. Jika anda mempunyai sebarang kebimbangan tentang simptom-simptom tersebut, sila berjumpa dengan doktor anda.

Bila saya harus berjumpa doktor?

Anda harus menghubungi doktor jika anda mengalami mana-mana perkara berikut:

  • Berkekalan melebihi 3 minggu;
  • Menghalang anda dari tidur;
  • Disertai dengan demam melbihi 38°C;
  • Menghasilkan lender yang berubah warna;
  • Disertai dengan nafas berbunyi atau sesak nafas.

Punca

Apakah Punca Bronkitis Kronik?

Ia kebiasaannya disebabkan oleh virus, selalunya virus yang sama menyebabkan demam dan selsema (influenza. Antibiotik tidak membunuh virus. Jadi, ubat jenis ini tidak berguna dalam kebanyakan kes bronkitis.

Sebab paling kerap ialah merokok. Pencemaran udara atau dan habuk atau gas toksik di dalam persekitaran atau tempat kerja juga boleh menyumbang kepada keadaan ini.

Faktor-faktor Risiko

Apakah yang meningkatkan risiko saya kepada Bronkitis Kronik?

Terdapat banyak faktor risikonya seperti:

  • Merokok. Mereka yang merokok atau hidup bersama perokok adalah berisiko untuk bronkitis akut dan kronik.
  • Ketahanan diri lemah. Ini mungkin disebabkan oleh penyakit akut lain seperti demam, atau keadaan kronik yang melemahkan sistem imun anda. Dewasa tua, bayi dan kanak-kanak muda lebih cenderung kepada jangkitan.
  • Terdedah kepada bahan rengsa di tempat kerja. Risiko anda menghidapi bronkitis adalah lebih tinggi jika anda bekerja sekitar bahan rengsa paru-paru tertentu seperti gandum atau tekstil atau terdedah kepada wap kimia.
  • Refluks perut. Serangan pedih ulu hati yang berterusan boleh merengsa tekak anda dan membuatkan anda lebih cenderung untuk mendapat bronkitis.

Diagnosis dan Rawatan

Maklumat yang diberikan bukan pengganti untuk sebarang nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor anda untuk maklumat lanjut./strong>

Bagaimana pesakit Bronkitis Kronik didiagnosis?

Pemeriksaan fizikal sentiasa menjadi yang pertama. Doktor akan menggunakan stetoskop untuk mendengar secara dekat paru-paru anda semasa bernafas. Dalam sesetengah kes, doktor mungkin mencadangkan:

  • X-ray dada. X-ray dada boleh membantu menentukan jika anda mengalami pneumonia atau keadaan lain yang mungkin menjelaskan batuk anda. Ini secara khususnya penting jika anda sedang atau pernah menjadi perokok.
  • Ujian kahak. Ia boleh diuji untuk melihat jika anda menghdapi batuk kokol (pertussis) atau penyakit lain yang boleh dirawat dengan antibiotik. Kahak juga boleh diuji untuk melihat tanda-tanda alergik.
  • Ujian fungsi paru-paru. Ujian ini melihat tanda-tanda asma atau emfisema.

Bagaimana pesakit Bronkitis Kronik dirawat?

Kebanyakan kes bronkitis kronik akut pulih tanpa rawatan ubat dalam tempoh 2 minggu. Dalam sesetengah keadaan, doktor mungkin mempreskrip ubat seperti antibiotik, ubat batuk atau inhaler jika perlu.

Perubahan gaya hidup & rawatan sampingan

Apakah perubahan gaya hidup dan rawatan sampingan yang boleh saya ambil untuk menangani Bronkitis Kronik?

Gaya hidup dan kaedah pengubatan sampingan berikut mungkin membantu anda mengatasi bronkitis kronik:

  • Jangan merokok. Pakai penutup muka jika udara tercemar atau anda terdedah kepada bahan perengsa seperti cat atau bahan pencuci rumah dengan wap yang kuat.
  • Gunakan pelembap udara. Udara yang panas dan lembap membantu mengurangkan batuk dan mencairkan lender di dalam saluran udara anda dan berishkannya mengikut rekomendasi syarikat pengeluar bagi mengelakkan perkembangan bakteria dan fungus di dalam bekas airnya.
  • Pertimbangkan untuk memakai penutup muka di luar. Jika udara sejuk membuatkan batuk anda semakin teruk dan menyebabkan sesak nafas, guanakan penutup muka udara sejuk sebelum keluar rumah.

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila berunding dengan doktor bagi memahami rawatan terbaik untuk anda.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Baca juga:

    Adakah artikel ini membantu anda?
    happy unhappy"

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Cendawan Ulat / Kulat Beluncas Cina (Caterpillar Fungus)

    KegunaanApakah kegunaan Cendawan Ulat / Kulat Beluncas Cina (Caterpillar Fungus)? Cendawan Ulat, Kulat Beluncas Cina atau Kulat Ulat Beluncas adalah sejenis kulat yang hidup di atas ulat-ulat tertentu di kawasan ...

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhammad Ikraam Abdul Latif
    Ubat/Herba A-Z, Herba A-Z 25/05/2018 . 3 minit bacaan

    Asid Pangamik

    KegunaanApakah kegunaan Asid Pangamik? Asid pangamik biasanya digunakan untuk: Memperbaik ketahanan senaman. Asma. Ekzema  dan penyakit kulit yang lain. Penyakit paru-paru. Sakit saraf dan masalah sendi. Alkoholisme. Kelesuan. Kolesterol ...

    Fakta Perubatan Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel
    Ditulis oleh Nur Hadirah Mustafa
    Ubat/Herba A-Z, Herba A-Z 22/05/2018 . 3 minit bacaan

    Apa yang Berlaku Apabila Habuk Disedut

    Di mana sahaja anda tinggal, habuk adalah sebahagian daripada kehidupan seharian anda. Secara semula jadi, habuk terbentuk daripada hakisan semula jadi tanah, pasir dan batu. Hidupan liar juga menyumbang kepada ...

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Helma Hassan
    Tips Kesihatan, Gaya Hidup Sihat 19/04/2018 . 3 minit bacaan

    Emfisema

    Kenali apa itu Emfisema. Apakah simptom-simptom, punca dan rawatannya.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel
    Ditulis oleh Firdaus Rahim
    Kesihatan A-Z, Kesihatan A-Z 28/03/2018 . 3 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    jangkitan kuman paru paru

    Pneumonia Atau Bronkitis, Mana Satu Lebih Berbahaya Untuk Paru-paru Anda?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nana Muhammad
    Diterbitkan pada 08/09/2020 . 3 minit bacaan
    paru-paru kotor

    10 Pekerjaan Yang Membahayakan Paru-paru, Cuba Periksa Adakah Kerja Anda Tersenarai?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nana Muhammad
    Diterbitkan pada 07/09/2020 . 3 minit bacaan
    paru paru berair

    Benarkah Jika Kerap Mandi Malam Boleh Buat Paru-paru Berair? Ini Jawapannya!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Fatin Zahra
    Diterbitkan pada 17/08/2020 . 3 minit bacaan
    bronkitis

    Bronkitis

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 09/12/2019 . 4 minit bacaan