backup og meta

Wanita Usia 30-an, Buat Ujian Kanser Serviks Untuk Saringan Dan Pengesanan Awal

Setiap tahun, ribuan wanita didiagnosis dengan kanser serviks sejenis kanser yang sebenarnya boleh dicegah dan dikesan lebih awal. Salah satu langkah paling penting dalam pencegahan ialah menjalani ujian kanser serviks secara berkala. Namun malangnya, masih ramai wanita yang menangguhkan atau mengabaikan pemeriksaan ini kerana kurang kesedaran, rasa takut, atau menganggap diri mereka tidak berisiko.

Wanita Usia 30-an, Buat Ujian Kanser Serviks Untuk Saringan Dan Pengesanan Awal

Tahukah anda, kini anda hanya perlu lakukan ujian HPV sebagai ujian kanser serviks yang menggantikan pap smear? Namun, apakah yang dimaksudkan dengan ujian HPV? Teruskan membaca bagi ketahui lebih lanjut mengenainya!

Untuk mendapatkan lebih lanjut tentang Kesihatan Seksual, klik di sini.

Maksud sebenar HPV

Nama sebenar bagi HPV ialah human papilloma virus. Ia adalah sejenis virus yang biasa wujud pada tubuh badan manusia.

Terdapat lebih kurang 100 jenis virus HPV yang boleh menjejaskan beberapa bahagian tubuh anda.

Lebih kurang 30 jenis daripadanya pula adalah jenis virus yang sering menjejaskan bahagian kemaluan seperti skrotum, zakar, faraj dan juga serviks. 

ujian kanser serviks
Jenis kanser yang boleh berlaku jika dijangkiti HPV.

Apakah maksud kanser serviks pula?

Kanser serviks adalah keadaan kanser yang berlaku pada bahagian dinding serviks.

Serviks adalah saluran sempit yang membentuk hujung bawah rahim. Sel kanser pada bahagian serviks ini akan berkembang dengan pantas dan menyebabkan tumor.

Kanser serviks boleh berlaku pada semua kumpulan wanita, namun ia lebih berisiko kepada wanita yang berumur 40 tahun ke atas.

Kanser serviks merupakan kanser ketiga paling kerap berlaku dalam kalangan wanita. Ia juga adalah kanser ketujuh paling tinggi berlaku di Malaysia. 

Apakah kaitan antara virus HPV dan juga kanser serviks?

Tahukah anda, sesetengah strain virus HPV boleh menyebabkan perubahan pada sel yang berada di serviks. Keadaan ini disebut sebagai displasia serviks.

Sekiranya keadaan ini tidak dirawat, ia akan berkembang menjadi kanser serviks.

Boleh dikatakan bahawa virus HPV adalah punca dan penyebab utama kepada pembentukan kanser serviks.

Virus HPV ini biasanya mengambil masa yang agak lama iaitu sekitar 20 tahun atau lama untuk menukarkan sel normal menjadi sel kanser. 1

Namun, tidak semua wanita yang mempunyai virus ini akan mengalami kanser serviks. 

Ujian HPV sebagai ujian kanser serviks

Ujian HPV digunakan untuk mengesan kewujudan virus HPV pada serviks.

Ini kerana, virus HPV berisiko menyebabkan ketuat kelamin, sel serviks yang tidak normal serta kanser serviks.2

Doktor biasanya akan menyarankan penggunaan ujian HPV sebagai ujian kanser serviks jika: 2

Buat masa ini, ujian HPV hanya tersedia untuk golongan wanita sahaja. Tiada ujian HPV yang boleh digunakan untuk mengesan virus HPV dalam kalangan lelaki.

Namun, tidak bermakna orang lelaki tidak dijangkiti virus ini. Lelaki mungkin tidak menjalani ujian kanser rahim, tetapi mereka tetap boleh menjadi pembawa virus HPV dan menyebarkannya pada pasangan.  

Apa tanda lelaki dijangkiti HPV? 

Mesti anda tertanya-tanya sama ada tanda yang dialami oleh wanita dan lelaki yang dijangkiti HPV berbeza atau tidak. Jawapannya ya berbeza. Individu lelaki boleh melihat tanda-tanda seperti berikut: 3

  1. Ketuat kelamin 
  2. Ketuat biasa
  3. Ketuat leper
  4. Ketuat plantar

Pada peringkat awal, ketuat akan kelihatan seperti kulit kulit (skin tag). Ia akan muncul beberapa minggu, bulan atau bahkan bertahun-tahun selepas anda dijangkiti HPV berisiko rendah. 3

Buat pengetahuan anda juga, ketuat kelamin adalah berjangkit. Ia juga boleh menjadi gatal dan sangat tidak selesa. 3

Situasi ini akan menyebabkan anda akan alami situasi seperti: 3

  1. Ketuat kelamin
  2. Kanser zakar
  3. Kanser dubur
  4. Kanser tekak dan tonsil

Mengapa perlu guna ujian HPV sebagai ujian kanser serviks?

Ujian ini adalah ujian saringan bagi mengesan potensi seseorang wanita mendapat kanser serviks. Ia tidak mengesan sekiranya anda mempunyai kanser atau tidak.

Ia hanya akan mengesan kewujudan virus HPV pada serviks anda. Ini kerana, sesetengah jenis virus HPV boleh menjadi punca kepada pembentukan kanser serviks kelak.

Sekiranya anda menjalani ujian HPV dan ia adalah positif , sample yang sama akan digunakan untuk mengesan perubahan sel atau sel yang tidak normal. 4

Pemeriksaan awal seperti ini dapat memberikan anda peluang lebih awal untuk mencegah kanser serviks daripada berlaku. 4

Selain itu, ujian kanser serviks yang menggunakan ujian HPV ini adalah kaedah terbaharu untuk mengesan risiko kanser serviks. 4

Ia memberikan lebih banyak kebaikan kepada golongan wanita kerana ujian ini boleh dibuat sendiri oleh mereka.

Selain itu, ujian ini tidaklah menyakitkan berbanding pap smear dan ia mudah dan pantas untuk dilakukan.

Ujian ini juga telah terbukti sangat berkesan dalam mengesan virus HPV penyebab kanser.

Ujian HPV juga hanya perlu dilakukan lima tahun sekali berbanding ujian pap smear yang perlu dilakukan setiap tahun. 

Ujian HPV sebagai ujian kanser serviks: Bagaimana pula dengan hasilnya?

Sekiranya anda melakukan ujian kanser rahim ini, anda akan mendapat dua keputusan, sama ada ia akan menunjukkan positif attau negatif. 

Jika ujian kanser serviks ini menunjukkan HPV positif: 5

Ini bermakna anda mempunyai sejenis virus HPV yang berisiko tinggi menyebabkan kanser serviks.

Ia tidak menunjukkan bahawa anda sudah mempunyai kanser serviks, namun ia bertindak sebagai amaran awal mengenai risiko yang akan anda dapat.

Dengan itu, langkah berjaga-jaga boleh diambil lebih awal untuk memastikan virus ini tidak boleh berkembang dan menyebabkan kanser. 

Jika ujian kanser serviks menunjukkan HPV negatif: 5

Jika keputusan menunjukkan negatif, ia bermakna anda tidak mempunyai strain virus hpv yang boleh menyebabkan kanser serviks.

Kesimpulan

Bagi wanita yang sudah melepasi umur 30 tahun, anda amat disarankan untuk menjalani ujian HPV. Diharapkan lelaki mengambil berat akan perubahan yang berlaku pada badan anda.

Ini bagi menilai risiko anda untuk mendapat kanser serviks.

Jangan bimbang kerana prosedur ujian HPV adalah lebih mudah, pantas dan tidak menyakitkan berbanding pap smear

[embed-health-tool-ovulation]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. HPV infection. https://www.mayoclinic.org/diseases-conditions/hpv-infection/symptoms-causes/syc-20351596. Accessed 25 Feb 2026
  2. HPV test. https://www.mayoclinic.org/tests-procedures/hpv-test/about/pac-20394355. Accessed 10 June 2022.
  3. HPV (Human Papillomavirus). https://my.clevelandclinic.org/health/diseases/11901-hpv-human-papilloma-virus . Accessed 25 Feb 2026
  4. HPV Infection in Men.
    https://www.webmd.com/sexual-conditions/hpv-genital-warts/hpv-virus-men  . Accessed 25 Feb 2026
  5. HPV. https://www.cochrane.org/ms/CD008587/GYNAECA_ujian-papillomavirus-manusia-hpv-berbanding-dengan-ujian-papanicolaou-pap-untuk-saringan-kanser. Accessed 10 June 2022
  6. HPV Testing. https://www.cancer.org/cancer/risk-prevention/hpv/hpv-and-hpv-testing.html . Accessed 25 Feb 2026
  7. HPV. https://www.cancer.org/cancer/cervical-cancer/detection-diagnosis-staging/how-diagnosed.html. Accessed 10 June 2022

Versi Terbaru

26/02/2026

Ditulis oleh Muhammad Wa'iz

Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan

Diperbaharui oleh: Norhanan Abdul Latip


Artikel Berkaitan

Selain Jangkitan HPV, Ini Punca Lain Yang Boleh Menyebabkan Kanser Serviks, Anda Wajib Tahu

Cara Untuk Mencegah Kanser Serviks, Salah Satunya Pakai Kondom!


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Joseph Tan

Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


Ditulis oleh Muhammad Wa'iz · Disemak pada 4 hari lalu

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan