Sebagai contoh, mereka yang berisiko tinggi adalah golongan yang suka mengamalkan seks bebas.
Pun begitu, wujud juga golongan yang berisiko tinggi dan ia berkaitan dengan beberapa faktor risiko.
Berikut merupakan faktor risiko terkena penyakit HPV:
- Berjantina lelaki
- Sering melakukan seks oral dengan pasangan
- Sering berciuman atau berkucupan dengan pasangan
- Cenderung berganti pasangan
- Menghisap rokok
- Meminum alkohol
Dalam pada itu, ada juga kepercayaan yang mengatakan ibu hamil juga berisiko tinggi terkena HPV! Benarkah?

Ibu hamil pun boleh terkena penyakit ini?
Semasa sedang hamil, terdapat banyak risiko mengandung yang ditakuti oleh si ibu seperti keguguran janin, kecacatan janin dan lain-lain.
Pun begitu, tidak ramai yang menyangka atau menduga bahawa dijangkiti HPV juga adalah antara risiko mengandung yang boleh berlaku.
Ini kerana mungkin ramai yang menganggap bahawa ia banyak berlaku kepada golongan lelaki sahaja seperti mana tercatat dalam faktor risiko.
Tidak! Wanita hamil juga boleh dijangkiti penyakit ini lantas menimbulkan persoalan selanjutnya iaitu apakah risiko mengandung dengan HPV?
Apa risiko mengandung dengan HPV?
Bagi penderita HPV dalam kalangan wanita hamil, mereka pasti akan berasa sangat risau dan takut bahawa virus itu akan menyerang kandungan.
Untuk pengetahuan anda, virus ini mungkin tidak akan menjejaskan janin anda atau menyebarkannya dari si ibu kepada bayi.
Pun begitu, adalah wajar untuk kalian memaklumkan kepada doktor mengenai keadaan kesihatan anda agar tiada sebarang komplikasi kelak.
Meskipun tiada rekod yang mengatakan HPV akan menyebabkan keguguran, kecacatan atau komplikasi kehamilan yang lain, tapi ada kemungkinan komplikasi lain akan berlaku.
Antara kemungkinan yang diperkatakan itu adalah risiko si ibu terkena kanser serviks. Kenapa?
Ini kerana HPV akan mengakibatkan perubahan tisu serviks yang menjadi pencetus kanser ini!
Lantaran itu, akan wujud risiko mengandung di mana berlakunya kelahiran bayi pramatang akibat perubahan tisu pada serviks ini.

Bagaimana dengan risiko pada saat kelahiran bayi?
Baiklah, mungkin kita semua sudah difahamkan bahawa risiko berlaku sebarang komplikasi kehamilan adalah rendah jika si ibu menghidap HPV.
Bagaimana pula ketika tiba saat kelahiran nanti?
Untuk pengetahuan anda, risiko penyebaran virus ini dari si ibu kepada bayi adalah sangat rendah sehingga boleh dikatakan hampir mustahil untuk berlaku.
Dan jika virus ini tersebar sekali pun, ibu bapa tidak perlu risau kerana antibodi tubuh badan bayi mampu membunuhnya secara semula jadi.
Dalam erti kata yang lebih mudah, virus ini mungkin tidak akan menjejaskan janin di dalam kandungan ibu yang menderita penyakit ini.Pun begitu, adalah tidak wajar untuk kalian bersikap sambil lewa dan tidak mengamalkan kehidupan seksual yang sihat dan selamat. Ini kerana masih wujud pelbagai penyakit jangkitan kelamin selain HPV yang boleh berlaku kepada ibu hamil dan menjejaskan kandungan.
Oleh itu, sila sentiasa berwaspada dan gunakan perlindungan ketika melakukan sebarang aktiviti seksual sebagai langkah berjaga-jaga ya!