Fakta Disemak oleh Nurul Halifah
Mononukleosis atau mono adalah jangkitan virus yang menyebakan hilang selera makan, demam, sakit tekak, dan bengkak pada kelenjar limfa, kebiasaanya berlaku pada kawasan leher.
Jangkitan mono biasanya disebut sebagai penyakit bawaan ciuman.
Virus yang menyebabkan mono dibawa melalui air liur, jadi anda boleh terkena melalui ciuman, tetapi anda juga boleh terkena sekiranya terdedah kepada batuk atau bersin, atau berkongsi perkakasan makanan atau minuman oleh individu lain yang mempunyai mono.
Komplikasi yang paling teruk bagi mono ialah pembengkakan pada limfa.
Walaubagaimanapun, keadaan ini biasanya tidak membimbangkan dan akan pulih dengan sendirinya.
Mono berlaku lebih kerap kepada individu yang berumur diantara 16 sehingga 17 tahun, tetapi jangkitan boleh berlaku kepada semua peringkat umur.
Anda boleh mengurangkan menghidap penyakit ini dan benjolan dengan mengurangkan faktor risiko.
Sila berjumpa dengan doktor anda untuk maklumat lanjut.
Simptom biasa bagi mono termasuklah:
Mungkin terdapat beberapa tanda atau simptom yang tidak disenaraikan di atas.
Jika anda mempunyai sebarang kebimbangan tentang simptom-simptom tersebut, sila berjumpa dengan doktor anda.
Jika anda mempunyai tanda atau simptom mono, seperti hilang selera makan atau mempunyai soalan yang lebih lanjut, sila berjumpa dengan doktor.
Setiap individu mempunyai kesan yang berbeza-beza.Jadi sangat tepat untuk berbincang dengan doktor apakah yang bersesuaian dengan situasi anda.
Penyebab mono adalah Epstein-Barr Virus (EBV). Virus ini dibawa melalui air liur, jadi anda boleh terkena melalui ciuman, tetapi anda juga boleh terkena sekiranya terdedah kepada batuk atau bersin, atau berkongsi perkakasan makanan atau minuman oleh individu lain yang mempunyai mono.
Ketika ini maklumat masih tidak mencukupi untuk menentukan faktor-faktor spesifik yang meningkatkan risiko mono.
Maklumat yang diberikan bukan pengganti untuk sebarang nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor anda untuk maklumat lanjut.
Doktor akan mengambil maklumat rekod perubatan terdahulu dan melakukan pemeriksaan, dengan tumpuan pada kawasan leher, tekak, dan bahagian perut.
Ujian darah dan kawasan kerongkong akan dilakukan untuk memastikan diagnosis dan ia bukan penyakit lain.
Matlamat rawatan adalah untuk melegakan simptom. Ubat steroid (prednisone) mungkin akan diberikan sekiranya simptom teruk.
Untuk melegakan simptom yang biasa seperti hilang selera makan, anda seharusnya
Anda seharusnya mengelakkan sukan yang berunsurkan sentuhan sekiranya limpa anda bengkak bagi mengelakkan ia pecah.
Gaya hidup dan kaedah pengubatan sampingan berikut mungkin membantu anda mengatasi mononucleosis:
Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila berunding dengan doktor bagi memahami rawatan terbaik untuk anda.
Penafian
Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Fakta Disemak oleh
Nurul Halifah
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen