home

Bagaimana kami boleh memperbaikinya?

close
chevron
Artikel ini mengandungi maklumat yang salah dan tidak tepat.
chevron

Sila beritahu kami apa yang salah.

wanring-icon
Anda tidak wajib mengisi maklumat ini. Sila klik Hantar Pendapat Saya di bawah untuk terus membaca.
chevron
Artikel ini tidak menyediakan info selengkapnya
chevron

Sila beritahu kami apa yang salah.

wanring-icon
Anda tidak wajib mengisi maklumat ini. Sila klik Hantar Pendapat Saya di bawah untuk terus membaca.
chevron
Hmm... Saya ada soalan!
chevron

Kami tidak boleh menawarkan khidmat nasihat kesihatan peribadi, tapi kami mengalu-alukan pendapat anda! Sila isi kotak di bawah.

wanring-icon
Jika anda mengalami kecemasan, sila hubungi pihak kecemasan atau lawati bilik kecemasan terdekat dengan kadar segera.

Adakah Dental Dam Dan Kondom Selamat Untuk Seks Oral?

Adakah Dental Dam Dan Kondom Selamat Untuk Seks Oral?

Adakah seks oral lebih selamat?

Seks oral mungkin lebih selamat berbanding seks faraj atau anal berkaitan HIV/AIDS. Walau bagaimanapun, jika anda tidak mengamalkan keselamatan seks, anda masih berisiko mendapat penyakit kelamin (STD) lain seperti CMV, gonorhea, hepatitis B, herpes, sifilis dan HPV. jika anda inginkan keselamatan yang pasti, anda perlu menggunakan dental dam atau kondom semasa seks oral.

Apakah itu dental dam?

Dari namanya, dental dam pada awalnya digunakan di dalam prosedur gigi untuk melindungi tekak. Ia adalah sejenis bahan kecil berbentuk segi empat sama yang diperbuat dari getah. Ia berfungsi sebagai dinding antara mulut dan alat kelamin. Ia membantu anda mengelakkan dari bersentuh dengan cecair badan pasangan anda yang mungkin mengandungi penyakit kelamin (STD).

Bagaimana ingin menggunakan dental dam dengan betul?

Ia harus digunakan untuk melindungi bahagian badan yang akan terlibat dalam seks oral. Untuk membuatkan ia berasa lebih baik, letakkan pelincir berasaskan air di atas kuling pasangan anda. Nada boleh menyelitkannya mengikut bentuk bahagian badan untuk rasa yang lebih realistik.

Bagaimana ingin membuat dental dam sendiri?

Ambil kondom yang tidak digunakan, potong bermula dari bahagian hujungnya sehingga ke pangkal untuk mendapatkan getah berbentuk segi empat sama untuk digunakan sebagai dental dam. Jika anda tidak mempunyai kondom, gunakan pembalut plastik yang tidak boleh digunakan di dalam gelombang mikro (non-microwavable) dan potong mengikut bentuk dan saiz yang anda inginkan.

Bagaimana ingin menggunakan kondom untuk seks oral?

Jika menggunakan dental dam untuk melindungi mulut dirasakan susah, anda boleh hanya gunakan kondom. Walau bagaimanapun, sila pastikan anda tidak menggunakan kondom yang mengandungi spermisida (pembunuh sperma) kerana rasanya adalah teruk dan ia boleh membuatkan lidah anda kebas. Jika anda tidak suka rasa getah, gunakan kondom berperisa.

Pastikan anda tidak menggunakan produk makanan berasaskan minyak bersama kondom sebagai pelincir. Minyak tersebut mungkin bertindak balas dengan getah dan merosakkan kondom tersebut sehingga menjejaskan perlindungannya. Selain itu, sila lihat label pelincir dengan teliti untuk mengetahui sama ada ia selamat untuk kegunaan dalaman. Sesetengah pelincir mengandungi gula yang mungkin selesa bagi lelangit tetapi boleh menyebabkan ketidakseimbangan kadar ranggi dan jangkitan faraj.

Bahkan permainan seks juga memerlukan kondom untuk memastikan ia bersih. Jika anda ingin memberikannya kepada pasangan anda, sila gunakan kondom baru. Jika anda tidak ingin menggunakan kondom pada permainan seks atau anda tidak ingin berkongsi dengan orang lain, adalah penting untuk membersihkannya dengan sempurna sebelum dan selepas setiap kali penggunaan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Sumber Rujukan

Safer Sex (‘Safe Sex’). https://www.plannedparenthood.org/learn/stds-hiv-safer-sex/safer-sex. Accessed April 17,2017.

DENTAL DAMS. http://teenhealthsource.com/sex/dental-dams/. Accessed April 17,2017.

How to Use a Condom for Oral Sex. http://www.onlymyhealth.com/how-use-condom-oral-sex-1316854574. Accessed April 17,2017.

Gambar penulis
Maklumat perubatan disemak oleh Hello Doktor Medical Panel
Ditulis oleh Fong Jiar Yi
Disemak pada 29/07/2018
x