Seperti mana yang mungkin kita semua sudah tahu, setiap agama pasti melarang individu daripada melakukan seks bertiga atau threesome. Persoalannya, benarkah ia akan menjejaskan aspek keselamatan dan kesihatan seksual individu? Terus baca artikel ini!
Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kesihatan Seksual , sila dapatkannya di sini.
Apa dia definisi tepat seks threesome?
Seks bertiga atau lebih popular dengan istilah threesome ini adalah satu kelakuan aktiviti seksual lebih daripada satu pasangan secara serentak, sesuai dengan nama istilah itu.
Kelakuan ini biasa dilakukan oleh 1 lelaki bersama 2 wanita atau 1 wanita bersama 2 lelaki. Lebih mengejutkan, ada juga yang mungkin melakukan aktiviti seksual ini dengan 3 jantina sama.
Buat anda yang mungkin fikir ia ‘jijik’ atau ‘gila’, anda tidak keseorangan. Namun, wujud individu dengan fantasi seksual ini yang bagi mereka itu lebih mengghairahkan dan menyeronokkan.
“Menurut soal selidik terhadap 4,000 individu di Amerika Syarikat, majoriti jumlah responden pernah atau masih berfantasi tentang seks lebih daripada seorang pasangan!” menurut Pakar Seks, Dr Justin Lehmiller.
Maka, tidak hairan jika kami kata wujud juga masyarakat kita dengan persepsi dan fantasi serupa. Cuma, ia mungkin terpaksa disorokkan dan dilupakan kerana telah termasuk kategori taboo.
[embed-health-tool-ovulation]
Kenapa ada orang minat seks threesome?
Untuk pengetahuan anda semua, sesuatu fantasi aktiviti seksual itu akan bermula sejak individu memasuki usia akil baligh. Ia juga sangat bergantung kepada persekitaran dan pendedahan.
Sebagai contoh, individu mungkin akan berminat dengan seks bertiga akibat pengaruh daripada bahan pornografi yang ditonton di usia remaja dan ia terus kekal sehingga usia dewasa.
Dalam pada itu, beberapa faktor lain yang buat individu berminat dengan threesome termasuk:
- Terasa diingini dan disayangi oleh ramai orang dalam waktu sama
- Mencapai keterujaan dan kepuasan seksual yang maksimum
- Mempunyai pasangan untuk hubungan seks yang agak ramai
- Kurang didikan atau dorongan dalam aspek budaya serta agama
Mereka juga mungkin kurang tahu atau peduli dengan kesan yang boleh terjadi akibat hubungan seks lebih daripada seorang pasangan. Atau jika tidak, individu sudah pasti tidak mahu lagi untuk cuba dan ulang aktiviti seksual berbahaya yang ini!
Bahaya seks bertiga yang anda kena tahu!
Ada sebab kenapa setiap agama termasuk Islam melarang umatnya untuk buat threesome. Berikut adalah antara bahayanya:
#1. Risiko penyakit jangkitan kelamin tinggi
Pertama dan paling penting, ketahuilah bahawa seks berdua itu sahaja sudah wujud risiko penyakit jangkitan kelamin atau STD. Bayangkan pula jika anda aktif buat seks bertiga?
Risikonya juga sudah pasti akan bertambah berkali ganda bergantung jumlah pasangan ketika hubungan anda itu. Ini akan jadi lebih berbahaya jika anda tidak amalkan seks sihat dan selamat!
Selain HIV atau HPV yang memang popular, ada banyak lagi jenis STD tinggi risiko akibat seks bertiga seperti gonorea, klamidia, sifilis, herpes, trikomoniasis serta pelbagai lagi penyakit lain yang anda mungkin tidak pernah tahu tentangnya.
#2. Pasangan mudah cemburu dan sakit hati
Lihat pasangan bertepuk tampar dengan orang lain sahaja sudah buat anda rasa cemburu, apatah lagi jika bersenggama? Tabiat luar biasa ini boleh meruntuhkan institusi rumah tangga anda.
Meskipun anda percaya diri berlaku ‘adil’ dan ‘saksama’ pada waktu kejadian, mana mungkin perasaan cemburu dan sakit hati itu dapat dikawal lantas dipendam dalam hati milik pasangan.
Bahaya threesome #3. Ketagihan
Sekali cuba mungkin akan buat anda dan pasangan itu jadi ketagih untuk kali kedua, ketiga dan seterusnya. Ketagihan ini bukan sahaja bakal merosakkan mental malah juga fizikal individu.
Akibatnya, anda mungkin termasuk dalam golongan individu yang ‘gila seks‘. Dapatkan khidmat kaunseling, rawatan atau ubatan jika perlu demi menyelamatkan diri dengan kadar segera.
Baca lagi artikel berkaitan:
Ternyata, seks berdua itu jauh lebih baik
Dalam erti kata lebih mudah seks berdua itu jauh lebih baik berbanding seks bertiga kerana ini adalah lumrah kejadian dan kehidupan manusia yang telah dicipta berpasang-pasangan.
Bukan sahaja dapat merendahkan risiko STD, malah boleh menjauhkan rasa tidak puas hati dan mengelakkan diri daripada ketagih aktiviti seksual di luar tabii yang tidak sihat serta selamat.
Konklusinya, tidak salah untuk aktif berhubungan dan bereksperimen dalam hubungan intim. Cuma anda juga perlu menitikberatkan aspek budaya dan agama agar tidak terpesong atau terjerumus ke dalam aktiviti seksual yang boleh bawa bahaya pada diri!