backup og meta
Info Kesihatan
Alat Kesihatan

1

Tanya Doktor
Simpan

Gemar Melampiaskan Nafsu Pada Patung Seks @ Robot Seks? Ini Mudaratnya!

Disemak secara perubatan oleh Dr. Muhamad Firdaus Rahim · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 07/11/2022

    Gemar Melampiaskan Nafsu Pada Patung Seks @ Robot Seks? Ini Mudaratnya!

    Benarkah seks kini telah maju dengan wujud teknologi? Adakah ia bakal memainkan peranan penting di dalam hal ini? Ya, iaitu dengan salah satu inovasi penciptaan patung atau robot seks!

    Untuk mendapatkan lebih banyak informasi tentang Kesihatan Seksual, sila dapatkannya di sini.

    Boneka seks, inovasi teknologi terkini

    Tahukah kalian bahawa di negara maju seperti Jepun dan Amerika Syarikat telah wujud patung atau robot yang dicipta khas untuk memuaskan nafsu syahwat?

    Ya, ia dikenali sebagai sexbot dan boleh berupa jantina lelaki atau wanita serta memiliki tubuh badan yang hampir serupa seperti seorang manusia normal!

    Berita baiknya adalah boneka seks ini masih lagi belum wujud di dalam pasaran negara kita kerana kewujudannya menimbulkan banyak tanda tanya.

    patung seks

    Namun adalah tidak mustahil satu hari nanti ia akan menembusi pasaran dunia yang seterusnya akan mendatangkan pelbagai impak negatif terhadap kehidupan kita semua.

    Samantha yang boleh bercakap dan menyanyi!

    Buat anda yang tertanya-tanya siapakah Samantha ini, ia merupakan nama yang diberikan kepada boneka seks baharu yang boleh bercakap dan menyanyi.

    Dicipta oleh Sergi Santos, inovasi terkini ini bukan sekadar patung yang statik kerana ia adalah lebih kepada robot yang boleh berinteraksi dengan pemiliknya.

    Pembuat robot ini menyatakan bahawa ia boleh menggoda pemiliknya dan mempunyai tubuh badan yang serupa dengan seorang wanita normal.

    Dari muka, tangan, kaki, dada serta kemaluannya, ia diciptakan khas dengan bahan yang hampir menyerupai tekstur kulit yang lembut.

    Apa yang mungkin ‘menarik’ mengenai Samantha adalah ia boleh bercakap, menyanyi bahkan tersenyum!

    Meskipun masih di dalam proses penciptaan, adalah sangat diharapkan bahawa ‘benda’ ini tidak akan mudah didapati agar tidak merosakkan masyarakat sejagat.

    patung seks

    Ada yang sanggup berkahwin dengan patung seks?

    Tidak cukup dengan berita penciptaan Samantha, ada juga cerita gila di mana seorang lelaki sanggup melangsungkan perkahwinan dengan boneka seks miliknya.

    Lelaki yang bernama Yuri Tolochko itu telah melafazkan ikrar perkahwinan bersama ‘Margo’ di sebuah majlis tertutup di Kazakhstan pada Disember 2020.

    Alasan yang diberi oleh seorang agalmatofilia ini adalah dia percaya bahawa pasangan berkahwin perlu kurang bercakap dan lebih berhubung.

    Walaupun mungkin telah berjaya mencapai hasratnya itu, namun dia mungkin tidak sedar akan fakta di mana ia adalah satu perbuatan yang tiada nilai dan moral.

    Dibimbangi akan menjadi trend ikutan masyarakat di seluruh dunia, peristiwa ini haruslah dijadikan ikhtibar agar ia tidak lagi berulang dan berlaku.

    Ketahuilah bahawa terdapat banyak mudarat yang akan datang dengan penciptaan dan penggunaan boneka seks ini!

    Mudarat yang dibawa oleh patung @ robot seks ini!

    patung seks

    Para pencipta sexbot ini percaya bahawa dengan kewujudan patung atau robot seks ini, ia boleh menyelesaikan masalah perhubungan tanpa mendatangkan kemudaratan.

    Hakikatnya, pemikiran ini tidak begitu tepat kerana ia hanya akan melahirkan golongan gila seks atau hiperseksual akibat kewujudan sesuatu yang tidak patut wujud.

    Sama ada individu tersebut bujang atau tidak, perbuatan melampiaskan nafsu terhadap objek, haiwan atau apa sahaja selain manusia sudah melanggar fitrah dunia.

    Akibatnya, ia akan membuat manusia tidak lagi memerlukan ikatan perhubungan atau perkahwinan kerana sudah boleh menyalurkan nafsu syahwat terhadap sesuatu yang tidak bernyawa.

    Dari aspek kesihatan fizikal dan mental pula, sudah tentu risiko penyakit jangkitan kelamin serta kecelaruan minda akan terjadi akibat ketagihan ‘bermain’ bersama patung seks.

    Akhir kata, boneka seks dan robot seks ini memang tidak patut dicipta dan dijual di dunia ini.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Muhamad Firdaus Rahim

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 07/11/2022

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan