backup og meta

7 Tabiat Untuk Dapatkan Hubungan Intim Sihat, Suami Isteri Boleh Amalkan!

Disemak secara perubatan oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 06/06/2023

    7 Tabiat Untuk Dapatkan Hubungan Intim Sihat, Suami Isteri Boleh Amalkan!

    Setiap kali berbicara tentang hal hubungan seks yang sihat, segala tabiat pasangan suami isteri itu sudah pasti akan diungkit bukan?

    Manakan tidak, segala tabiat buruk seperti menghisap rokok atau mengambil alkohol diketahui ramai akan mendatangkan kesan kepada keintiman kalian!

    Jadi, sangatlah wajar untuk anda dan pasangan mengelakkan tabiat buruk dan mula mengamalkan tabiat sihat untuk mendapatkan seks yang sejahtera.

    Persoalannya, apakah tabiat yang dikaitkan dengan seks yang sihat ini? Ayuh sama-sama kita ikuti artikel ini dengan lebih lanjut!

    Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kesihatan Seksual, sila dapatkannya di sini.

    Tabiat untuk menggalakkan hubungan seks yang sihat

    hubungan seks yang sihat

    #1. Berhenti merokok segera

    Buat anda yang belum tahu, nikotin yang terdapat dalam tembakau rokok berisiko menyempitkan saluran darah khususnya yang terdapat pada zakar.

    Kesannya, hubungan seks kalian pasti akan terjejas. Makanya, jangan berdegil dan sila berhenti merokok segera.

    Ia bukan sahaja akan meminimumkan risiko ini malahan juga mampu meningkatkan libido anda dan pasangan.

    #2. Hadkan pengambilan alkohol

    Ya, tidak dinafikan bahawa pengambilan alkohol secara berkala mungkin boleh mendatangkan manfaat.

    Ini kerana kebanyakannya mengandungi flavonoid yang boleh membantu melawan penyakit jantung dan kanser.

    Pun begitu, ia juga boleh menyebabkan kegelisahan dan kemurungan jika diambil secara berlebihan.

    Jadi, sila hadkan pengambilan alkohol demi hubungan seks yang lebih terjamin.

    #3. Fleksibel terhadap hubungan seks

    Tidak terdapat sebarang garis panduan yang mengatakan berapa kali atau berapa kerap seks perlu dilakukan.

    Ini bermakna ia sudah pasti adalah berbeza mengikut individu masing-masing.

    Tahap libido seseorang itu juga sangat bergantung kepada faktor kesihatan, pekerjaan, usia atau tekanan kehidupan seharian.

    Jadi, usahlah kalian bersifat terlalu tertutup mengenai kehidupan seks anda.

    Sebaliknya, anda dan pasangan disarankan untuk lebih bersikap fleksibel.

    Dengan ini, kalian mampu bersikap lebih bertolak ansur, bertoleransi dan berkompromi agar hubungan seks yang sihat dapat dikecapi.

    hubungan seks yang sihat

    #4. Lebih banyak lakukan eksperimen

    Pasangan mana yang tidak akan bosan jika asyik melakukan hubungan intim dengan cara dan pada waktu yang sama sahaja bukan?

    Oleh itu, cuba untuk lebih banyak lakukan eksperimen!

    Lakukan posisi seks yang tidak pernah dicuba pada lokasi yang unik seperti di dapur atau tandas.

    Untuk lebih unsur kejutan, mungkin kalian boleh memperkenalkan alatan seks semasa aksi di ranjang.

    Dalam erti kata yang lebih mudah, jangan terperangkap dengan hubungan kelamin yang biasa sahaja.

    Cuba bawa kelainan dan keunikan terhadapnya agar hubungan seks yang sihat dapat dicapai.

    #5. Buang tabiat menonton pornografi

    Menonton video lucah selepas berkahwin mungkin boleh membantu pasangan untuk mempelajari pelbagai teknik berasmara yang baharu untuk dicuba bersama pasangan.

    Pun begitu, ia juga sebenarnya boleh mendatangkan mudarat kerana ia mungkin menjejaskan kemampuan lelaki untuk mengekalkan ereksi atau wanita untuk mendapatkan orgasma.

    Oleh itu, sila buang tabiat ini. Sebaliknya, berkomunikasi dengan pasangan untuk berbincang perihal hubungan seks kalian berdua!

    #6. Makan secara sihat untuk hubungan seks yang sihat

    Diet yang kaya dengan makanan tinggi antioksidan seperti buah-buahan dan sayur-sayuran adalah sangat penting untuk tahap kesihatan yang baik.

    Dalam masa yang sama, ia juga mampu meningkatkan libido sekali gus menghangatkan lagi perhubungan di kamar tidur kalian.

    Antara jenis diet yang dicadangkan adalah The Mediterranean Diet, yang berasaskan buah-buahan, sayur-sayuran serta pelbagai makanan yang kaya dengan asid omega-3.

    Jika ingin mengambil sebarang suplemen, sila dapatkan pandangan doktor terlebih dahulu.

    hubungan seks yang sihat

    #7. Kerap bertemu dengan pakar terapi hubungan seks

    Kadangkala, tidak semua masalah kehidupan ini dapat kita selesaikan sendiri dan masih memerlukan pendapat orang yang lebih pakar.

    Disebabkan itu, adalah wajar untuk kalian kerap bertemu dengan pakar terapi seks sekiranya terdapat masalah mengenai kehidupan seks kalian berdua.

    Ini dapat membantu kalian untuk berkomunikasi dengan lebih baik dan mencadangkan pelbagai nasihat, amalan dan senaman yang mampu menghangatkan lagi aksi di ranjang.

    Kesimpulannya, sila buangkan segala tabiat buruk dan amalkan tabiat baik untuk mendapatkan hubungan seks yang lebih sihat dan sejahtera.

    Lakukan ini dan kami jamin hubungan asmara kalian akan bertambah baik!

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Gabriel Tang Pei Yung

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 06/06/2023

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan