backup og meta

5 Jenis Kondom & 4 Cara Pemakaian Yang Tepat Ini Bantu CEGAH Kehamilan!

5 Jenis Kondom & 4 Cara Pemakaian Yang Tepat Ini Bantu CEGAH Kehamilan!

Kondom berduri? Kondom berperisa? Pelik betul rupa dan bentuk kondom yang terdapat di pasaran kini.

Persoalannya, adakah kondom yang aneh-aneh ini mampu merealisasikan hasrat pasangan suami isteri untuk merancang keluarga?

Jom ikuti artikel ini dengan lebih lanjut untuk tahu jenis kondom yang efektif dalam membantu mencegah kehamilan!

Pendidikan seks & masyarakat kita

Kita semua perlu akui bahawa topik berkenaan aktiviti di dalam kamar tidur adalah satu taboo dalam kalangan masyarakat kita.

Ini termasuklah topik pendidikan seks kerana ramai beranggapan bahawa ia adalah sesuatu yang sangat peribadi dan sulit untuk dibincangkan.

Pun begitu, ia sama sekali adalah tanggapan yang kurang tepat.

Ini kerana tanpa pengetahuan asas berkenaan seks, kita semua sudah tentu tidak akan faham kepentingan alat atau teknik kontrasepsi yang sangat penting, terutamanya kondom.

Kondom memainkan peranan yang sangat penting dalam usaha merancang keluarga.

Ini kerana ia adalah salah satu alat atau teknik kontrasepsi yang paling mudah, selamat dan efektif untuk digunakan dalam membantu mencegah kehamilan.

5 jenis kondom yang terdapat di pasaran

Setiap jenis kondom ada keupayaan yang tersendiri dalam membantu mencegah kehamilan. Berikut adalah antara jenis jenis kondom yang terdapat di pasaran:

#1. Thin and Ultra-Thin

Sesuai dengan namanya, kondom jenis ini adalah sangat nipis dari segi teksturnya. Oleh itu, ia akan memberikan ‘sensasi’ seakan sama seperti hubungan seks tanpa kondom.

Sudah tentu ini adalah jenis kondom yang paling disukai para suami, bukan? Pun begitu, jangan risau.

Walaupun kondom ini nipis, tidak bermakna ia kurang efektif!

#2. Spermicide

Kondom jenis ini dikatakan mampu membantu menghalang sperma lelaki dari terkeluar secara total.

Ini kerana ia mempunyai lapisan tambahan yang menambahkan lagi tahap keberkesanan kondom ini.

Namun begitu, penggunaan kondom ini agak ditakuti kerana ia mungkin menyebabkan iritasi pada zakar dan faraj jika digunakan lebih dari sekali dalam sehari.

#3. Climax Control

Kondom jenis ini dicipta kononnya untuk membantu si suami mengawal klimaks lalu melambatkan ejakulasi.

Benarkah ia mampu melakukannya? Sebenarnya, kondom ini berfungsi dengan cara membuat zakar pemakai menjadi kebas dengan bahan benzocaine atau lidocaine.

Jadi, ia mungkin dapat membantu melambatkan lelaki mencapai klimaks.

#4. Added Sensation

Kini, ada kondom yang dicipta dengan fitur seperti dingin atau hangat.

Kondom dengan fitur dingin misalnya, mengandungi menthol serta L-arginin, suplemen yang berfungsi meningkatkan aliran darah ke zakar sekali gus meningkatkan prestasi ereksi.

Jadi, ia mungkin dapat membuat anda tahan lebih lama di samping merealisasikan hasrat untuk merancang keluarga.

jenis kondom

Kondom berduri & berperisa

Sekali dengar mesti kedengaran lucu, bukan?

Akan tetapi, itulah hakikatnya. Kini, sudah terdapat banyak inovasi kondom yang mungkin agak pelik tetapi masih ada orang yang membeli dan menggunakannya bersama pasangan masing-masing.

Antara contoh inovasi tersebut adalah kondom berduri. Bentuknya memang berduri seakan buah durian. Tetapi, ia bukanlah setajam seperti duri raja buah ini.

Ia hanya mempunyai sedikit benjolan atau ketulan yang tidak tajam pada permukaan kondom (atau dikenali sebagai love dots) menjadikan teksturnya seperti bergerigi. 

Tujuan pemakaiannya adalah memberikan sensasi yang ‘ekstrem’ kepada isteri apabila suami menggunakannya semasa melakukan pentrasi zakar ke dalam faraj.

Ramai yang akan tertanya-tanya adakah ia akan mendatangkan rasa sakit atau tidak. Jawapannya, tidak. Namun, ia terpulang kepada individu itu sendiri juga.

Selain itu, ada lagi contoh inovasi kondom yang pelik iaitu kondom berperisa.

Buat pengetahuan anda, kondom jenis ini memang mempunyai rasa dan bau unik, mengikut perisa yang tertera pada pek pembungkusan.

Persoalannya, macam mana rasa dan bau tersebut boleh dinikmati sedangkan kondom digunakan di dalam faraj?

Tidak, ia tidak bermaksud perisa kondom tersebut dapat dinikmati melalui penetrasi. Ciptaan ini dibuat khas untuk seks oral. Posisi seks ini akan membenarkan isteri menikmati rasa dan bau kondom menggunakan lidah mereka.

Namun, ia juga boleh digunakan untuk kemasukan zakar ke faraj. Bayangkan, ada kondom berperisa nasi lemak! Bagaimana rasanya, ya?

Cara pemakaian kondom juga penting!

Sebenarnya, bukan jenis kondom sahaja yang memainkan peranan penting dalam usaha mencegah kehamilan.

Hakikatnya, cara pemakaian kondom juga penting! Namun, ramai pasangan suami isteri kini yang kadang kala tidak tahu cara yang betul lalu melakukan kesalahan dalam penggunaannya.

Berikut adalah kesalahan yang sering dilakukan oleh pasangan:

  • Salah pilih saiz kondom

Kondom ada banyak saiz dan anda perlu memilih saiz yang sesuai dengan saiz zakar.

Jika anda memilih saiz yang terlalu kecil, ia akan menghentikan aliran darah kepada zakar sekali gus menghalang kebolehan untuk berereksi secara penuh.

Jika terlalu besar pula, ia berisiko untuk terlucut dari zakar sewaktu hubungan seks dilakukan.

  • Pakai 2 kondom sekali gus

Mesti ramai yang percaya pakai 2 pasang kondom dapat memberikan perlindungan berganda, bukan? Ia salah.

Ini kerana memakai satu kondom di atas kondom lain akan menjadikannya terlalu ketat sekali gus menyebabkannya terkoyak.

Akibatnya, air mani yang terpancut berisiko untuk keluar daripada kondom lalu meningkatkan peluang kehamilan

  • Pakai kondom terlalu awal

Bagi pasangan suami isteri yang kurang berpengalaman, mereka mungkin akan terlebih berhati-hati sehingga memakai kondom terlalu awal.

Sebaliknya, cara yang betul untuk memakai kondom adalah tunggu sehingga zakar benar-benar mengalami ereksi maksimum bagi memastikan ia terpasang dengan baik dan sempurna terlebih dahulu.

  • Pakai kondom terbalik

Tidak semua orang pernah melihat atau mendengar cara pemakaian kondom yang betul.

Sama seperti baju, kadang-kadang kita juga mungkin akan keliru di mana bahagian depan dan di mana bahagian belakangnya, bukan? Ia sama seperti kondom.

Jadi, sila baca arahan yang terdapat pada pek pembungkusannya terlebih dahulu. Atau untuk lebih mudah, google sahaja.

Konklusi

Kondom

Kesimpulannya, memang terdapat banyak jenis kondom yang efektif dalam membantu mencegah kehamilan. Namun, tahap keupayaannya adalah bukan 100% dan kehamilan mungkin boleh berlaku jika berlaku salah jenis atau cara pemakaiannya. Selain itu, kita hanya mampu merancang, dan tuhan yang akan menentukan semuanya, bukan?

 

Hello Health Group tidak menyediakan nasihat perubatan, diagnosis, atau rawatan.

[embed-health-tool-ovulation]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

https://www.menshealth.com/sex-women/a19535290/perfect-condom/. Accessed on December 19, 2019.

https://www.cosmopolitan.com/sex-love/advice/a224/best-condom-to-use/. Accessed on December 19, 2019.

https://greatist.com/play/how-pick-best-condom#6. Accessed on December 19, 2019.

https://www.healthline.com/health/why-are-condoms-flavored. Accessed on December 19, 2019.

 http://www.everydayhealth.com/erectile-dysfunction/condom-mistakes-you-dont-want-to-make. Accessed on December 19, 2019.

Versi Terbaru

25/06/2020

Ditulis oleh Ahmad Farid

Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan

Diperbaharui oleh: Muhammad Wa'iz


Artikel Berkaitan

Ambil Tahu 4 Perkara Ini Sebelum Beli Kondom! Baru Lebih Nikmat & Sedap Dipakai

Kondom Untuk Wanita Pun Ada! Ini Beza Antara Kondom Lelaki & Kondom Perempuan


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Joseph Tan

Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 25/06/2020

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan