backup og meta
Info Kesihatan
Alat Kesihatan
Tanya Doktor
Simpan

Berciuman Mungkin Tak Boleh Buat Isteri Hamil, Tetapi Boleh Jadi Punca 5 Infeksi Ini!

Disemak secara perubatan oleh Dr. Muhamad Firdaus Rahim · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 17/07/2023

Berciuman Mungkin Tak Boleh Buat Isteri Hamil, Tetapi Boleh Jadi Punca 5 Infeksi Ini!

Ramai golongan kanak-kanak gemar bertanya jika pasangan suami isteri itu cium bibir, adakah wanita boleh hamil? Mungkin bagi orang dewasa, jawapan kepada soalan ini adalah sangat mudah. Namun ada perkara yang anda perlu tahu tentang cium bibir.

Untuk mendapatkan lebih banyak informasi tentang Kesihatan Seksual, anda boleh klik di sini.

Bagaimanakah proses kehamilan itu berlaku?

Buat anda yang mungkin belum tahu, proses kehamilan itu hanya bakal berlaku apabila sperma si lelaki bertemu dan bersatu dengan telur si wanita. Tanpanya, tentu sahaja kehamilan mustahil boleh terjadi.

Ketika melakukan hubungan intim iaitu memasukkan zakar ke dalam faraj, air mani lelaki yang mengandungi sekitar 300 juta sperma akan keluar lalu berenang menuju ke telur di dalam rahim wanita.

Jika ada sperma yang berjaya masuk ke dalam telur, maka proses persenyawaan mula terjadi di mana terbentuk embrio atau janin. Kemudian, ia akan membesar kira-kira 9 bulan ibu mengandung.

cium bibir

Selain penetrasi zakar ke dalam faraj, kehamilan juga mungkin boleh berlaku secara artifisial yakni bayi tabung uji. Ia memerlukan sperma lelaki dan telur wanita dikeluarkan lalu disenyawakan di dalam makmal.

Persoalannya, adakah aktiviti seksual yang lain tidak akan menyebabkan kehamilan? Bagaimana dengan cium mulut?

Benarkah cium bibir tidak buat wanita hamil?

Sebenarnya, jawapan mudah untuk soalan ini adalah ya! Alasannya, berciuman itu tidak melibatkan proses kemasukan zakar ke dalam faraj lantas sudah tentu tiada pemindahan sperma ke telur.

Selain di bibir, berkucupan pada tempat lain termasuk pipi, leher atau alat kelamin sekalipun tidak bakal membuat wanita mengandung ekoran cecair yang terlibat itu hanya air liur dan bukan pula air mani.

Pun begitu, jangan pula kalian terkejut jika kami kata aktiviti cium bibir suami dan isteri itu masih boleh membawa kepada kehamilan kerana ada beberapa situasi jarang berlaku tertentu yang tidak mustahil menyebabkannya.

Tidak mustahil wanita hamil disebabkan bercium…

cium bibir

Bayangkan situasi di mana anda dan pasangan berciuman sambil melakukan rangsangan atau sentuhan seksual lain.

Si isteri mungkin masih boleh hamil jika suami memasukkan jari mereka ke dalam faraj selepas beronani. Maksudnya, ada kemungkinan untuk sisa air mani itu dipindahkan dari pasangan lelaki ke wanita.

Antara contoh yang lain pula adalah ejakulasi air mani berlaku ketika pasangan berciuman pada kedudukan yang amat rapat di mana zakar dan faraj itu bersentuhan sehingga wujud potensi bagi kehamilan.

Tetapi pasangan yang sedang merancang keluarga tidak perlu bimbang kerana potensi kehamilan dengan berkucupan sahaja ini sangat rendah ekoran sperma mungkin sudah mati di luar sebelum dapat masuk ke dalam rahim!

Sebaliknya, cium bibir boleh jadi punca infeksi!

Dalam pada itu, ada perkara lain berkaitan kucupan yang pasangan suami isteri perlu fikir selain kehamilan yakni risiko penyakit. Jika tidak kena pada cara, kalian mungkin berisiko untuk terkena infeksi berikut:

cium bibir

  1. Demam – Khususnya demam kelenjar atau grandula akibat virus jenis Epstein-Barr, ia boleh tersebar melalui aktiviti cium bibir di antara suami isteri yang sudah terjangkit.
  2. Flu @ Selesema Kondisi pada sistem pernafasan seperti flu, selesema, batuk atau mungkin COVID-19 turut berisiko untuk berpindah daripada individu kepada pasangan.
  3. Herpes – Virus herpes simplex juga mungkin boleh merebak dan menyerang pasangan akibat daripada kontak langsung tatkala berciuman.
  4. Hepatitis – Hepatitis jenis B masih boleh berpindah akibat berkongsi air liur ketika bercium namun lebih berbahaya jika ada pendarahan.
  5. Ketuat – Ketuat di mulut boleh muncul gara-gara air liur atau darah yang tersentuh dek aktiviti cium mulut.

Dalam pada itu, ada banyak lagi kesan cium mulut seperti HIV/AIDS dan lain-lain. Jadi, jangan ambil mudah ya!

Konklusinya, anda tidak boleh anggap aktiviti berciuman atau berkucupan ini satu perkara yang mudah kerana masih wujud risiko kehamilan luar jangka (walaupun ia sangat rendah) atau infeksi lain.

Namun, adalah dinasihatkan untuk kalian masih meneruskan aktiviti ini kerana ia boleh merapatkan lagi hubungan pasangan suami isteri. Cuma, anda perlu berwaspada ketika bercium untuk elak implikasi negatif.

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.



Disemak secara perubatan oleh

Dr. Muhamad Firdaus Rahim

Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 17/07/2023

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan