Ramadan sudah tiba. Setiap daripada kita pasti ingin menyediakan diri untuk memperbanyakkan lagi amal jariah di bulan mulia ini. Bagaimana dengan soalan mengenai waktu sesuai untuk melakukan hubungan seks ketika bulan puasa? Adakah anda tahu waktu sesuai jimak malam puasa? Adakah batal puasa jika bersetubuh?
Pasti ramai pasangan suami isteri yang ingin tahu mengenai perkara ini bukan?
Jom sama-sama kita selami artikel ini dengan lebih mendalam lagi!
Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kesihatan Seksual, sila dapatkannya di sini.
Hukum melakukan seks ketika bulan puasa
Pertama sekali, kita haruslah ambil tahu perkara penting ini terlebih dahulu – Hukum jimak dengan pasangan bukanlah sesuatu yang dilarang dalam agama Islam.
Pun begitu, ada beberapa aturan yang wajib diikuti.
Antaranya adalah pasangan suami isteri dilarang sama sekali untuk melakukan hubungan intim pada waktu siang kerana ia akan membatalkan puasa.
Atau lebih tepat lagi, ketika waktu kalian sedang berpuasa iaitu dari terbit fajar sehingga terbenam matahari.
Berhubungan badan di antara suami isteri adalah salah satu perlakuan yang termasuk dalam perkara membatalkan puasa selain makan dan minum. Jadi, patuhilah ia dengan baik.
Sekiranya pasangan suami isteri sudah tidak boleh bersenggama pada waktu siang, ini bermakna kalian berdua hanya boleh melakukannya pada waktu malam atau waktu pagi sebelum sahur.
Persoalannya, pukul berapa yang merupakan waktu sesuai seks ketika bulan puasa?
Waktu sesuai seks ketika bulan puasa menurut pakar
Ramai pasangan suami isteri yang masih berteka-teki dengan perkara ini.
Adakah waktu malam selepas berbuka?Atau waktu pagi sebelum bersahur? Atau kedua-duanya sekali?
Tenang, kami ada jawapannya.
Menurut Profesor Dr. Wimple Pangkahila, Pakar Andrologi dan Seksologi, waktu yang paling sesuai untuk bermesra ketika berpuasa adalah sejurus selepas berbuka puasa.
Dalam erti kata yang lebih mudah, beliau menyarankan suami isteri untuk berhubungan intim kira-kira pada pukul 8 malam ke atas.
Ini kerana beliau percaya anda dan pasangan pasti sudah bertenaga kerana sudah berbuka. Namun, terdapat juga pendapat pakar yang lain.
Menurut Dr. Boyke Dian Nugraha yang merupakan seorang Pakar Psikologi, waktu yang paling tepat untuk jimak malam puasa dengan pasangan ketika Ramadan adalah pada jam 3 pagi ke atas.
Ini kerana beliau beranggapan bahawa ia adalah waktu di mana suami isteri sedang punya waktu terluang.
Selain itu, beliau turut menjelaskan bahawa ia adalah waktu paling sesuai kerana kalian berdua boleh terus bangun untuk mandi wajib dan bersahur selepas itu.
Selamat menunaikan ibadah puasa di bulan mulia ini!
Jadi, terdapat 2 pendapat yang berbeza mengenai waktu melakukan hubungan intim ketika bulan puasa iaitu:
- Pada waktu malam selepas berbuka
- Pada waktu pagi sebelum bersahur
Sebenarnya, kedua-dua waktu ini adalah sesuai.
Walau bagaimanapun, ini adalah sangat bergantung kepada individu itu sendiri.
Oleh itu, sila bertanya dan berbincang dengan pasangan mengenai perkara ini.
Selepas mencapai kata sepakat, ia tidak lagi akan menjadi masalah.
Junub bulan puasa
[embed-health-tool-ovulation]