Tidak mengejutkan, kata kunci gaya bercinta yang trendy sangat tinggi dalam carian laman web Google. Jika kalian juga adalah antara pasangan yang sudah bosan dengan posisi sama sahaja di saat berhubungan seks, artikel ini sangat sesuai dibaca.
Untuk mendapatkan lebih banyak informasi tentang Kesihatan Seksual, sila dapatkannya di sini.
Kepelbagaian posisi hubungan seks itu penting?
Bayangkan, anda dan pasangan sudah berkahwin bertahun lamanya namun hanya tahu sedikit gaya bercinta seperti missionary atau doggy style sahaja. Lambat-laun, akan bosan juga.
Dalam usaha untuk mengelakkan kebosanan dan kehambaran di kamar tidur, anda dan pasangan perlu menerapkan kepelbagaian dalam posisi hubungan seks agar aktiviti ini menyeronokkan.
Baca lagi artikel berkaitan:
- Prestasi Pasangan Di Ranjang Hambar & Bosan? Ini Cara Nak Beritahu Agar Si Dia Tak Terasa Hati
- 5 Posisi Berasmara Terbaik Untuk Pasangan Yang CHUBBY, Boleh Cuba Malam Nanti!
- Pasangan Tinggi Lampai, Anda Pula Kecil? Ini 4 Posisi Senggama Paling SESUAI Untuk Kalian!
Berkomunikasilah dengan pasangan masing-masing tentang posisi, lokasi, waktu serta macam-macam lagi aspek dalam hubungan intim. Sesungguhnya, kehidupan seksual yang sihat itu adalah salah satu kunci kebahagiaan di dalam rumah tangga!
Sebagai permulaan, anda mungkin boleh cuba pelbagai gaya bercinta yang trendy pada masa kini. Pastikan ia ideal dengan agama, budaya dan ideologi anda dahulu sebelum memulakannya, ya!
Variasi gaya bercinta yang trendy masa kini!
Selain untuk mengelakkan anda dan pasangan cepat bosan, variasi posisi dalam hubungan seks turut penting demi memastikan aksi di ranjang yang lebih sihat, selamat, panas dan puas.
Berikut adalah antara variasi gaya bercinta yang trendy serta boleh buat masing-masing menjerit:
Posisi seks panas #1. Standing
Kenapa perlu berbaring sahaja sedangkan anda juga boleh berdiri di saat menikmati tubuh badan masing-masing? Meskipun ia agak sukar direalisasikan, usaha untuk itu amat berbaloi.
Bagi memudahkan kemasukan zakar ke dalam faraj, isteri mungkin boleh bersandar pada dinding dan angkat sedikit sebelah kaki. Biarkan suami anda ‘bekerja’ serta nikmatilah saat ini.
Posisi seks hangat #2. Spooning
Kalau anda rasa agak malas atau penat selepas seharian mencari rezeki, posisi yang santai tetapi ghairah ini adalah sangat sesuai. Ia bukan sahaja mudah malah relaks untuk dilakukan.
Gaya bercinta ini hanya memerlukan kalian berbaring dengan si isteri membelakangi encik suami. Dari belakang, penetrasi boleh dilakukan dengan tangan kalian bebas untuk meneroka.
#3. Woman On Top
Asyik orang lelaki sahaja yang perlu berusaha lebih ketika beraksi, apa kata tukar peranan pula?
Merupakan antara gaya bercinta yang trendy, posisi wanita di atas juga sangat menarik dilakukan kerana ia akan membolehkan si isteri pula mengawal rentak dan ritma proses penetrasi.
Dalam pada itu, encik suami boleh berbaring dengan relaks dan bebas untuk menyentuh serta merangsang tubuh badan pasangan. Kesannya, kita boleh lihat siapa yang bakal menjerit.
#4. Reverse Cowgirl
Merupakan gabungan posisi di atas dengan doggy style, ia juga antara gaya bercinta yang hebat!
Cara untuk menjayakannya adalah dengan suami berbaring di bawah dan isteri pula duduk di atas tetapi pada posisi membelakangi. Ia adalah variasi doggy style dengan pesona berbeza.
Kekurangannya, mungkin kerana tiada eye contact ketika episod pelayaran ini berlangsung. Jadi, gunakan sentuhan serta usikan intim untuk menyemarakkan lagi aksi dengan posisi ini.
Gaya bercinta yang trendy #5. 69
Kadangkala, anda perlu fikir di luar kotak dan tidak hanya mengharapkan dayungan atau tusukan di antara dua kemaluan sahaja. Apa kata anda cuba minta pasangan untuk melakukan seks oral tetapi dalam masa serentak dengan posisi 69?
Buat anda yang masih belum pernah cuba, caranya adalah dengan kalian perlu berbaring secara berlawanan arah yakni kepala masing-masing perlu berada pada alat kelamin pasangan.
Kemudian, biarkan mulut, lidah dan mungkin gigi anda untuk ‘bertindak’. Lakukanlah ia dalam usaha untuk membuat pasangan mengerang, meronta, menjerit dan mencapai orgasma.
Posisi yang unik #6. Letter X
Namanya sahaja sudah menepati piawaian untuk gaya bercinta yang trendy. Sebenarnya, ia adalah variasi missionary dengan perbezaan pada kaki isteri yang perlu membentuk huruf ‘X’.
Seperti biasa juga, suami perlu memasukkan zakar ke dalam faraj dan memulakan penetrasi sambil memegang kaki pasangan untuk memastikan ia sentiasa berada dalam posisi bersilang.
Gaya bercinta yang trendy #7. Quickie
Akhir sekali, kalian yang selalu sibuk dengan urusan bekerja, belajar atau lain-lain boleh cuba posisi ini.