backup og meta

Nak Cari Pasangan Sejiwa TillJannah? Pilihlah Lelaki Dengan 11 Ciri Ini, Mesti Bahagia!

Nak Cari Pasangan Sejiwa TillJannah? Pilihlah Lelaki Dengan 11 Ciri Ini, Mesti Bahagia!

Apakah sifat dan ciri ciri suami yang baik? Adakah mereka dengan kerjaya tetap, kewangan stabil dan penuh dedikasi?

Artikel ini adalah untuk wanita bujang mencari pasangan, isteri ingin membantu suami menjadi lebih baik serta buat kaum Adam yang mahu memperbaiki diri.

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kesihatan Mental, sila dapatkannya di sini.

Ciri ciri suami yang baik

Berikut disenaraikan beberapa sifat penting untuk seorang suami yang baik. Mengetahui kualiti ini boleh membantu menentukan jika anda telah menemui lelaki idaman.

Sudah tentu, pasangan pilihan anda boleh memiliki lebih daripada kualiti yang disenaraikan. Namun apa yang dikongsikan adalah beberapa ciri biasa digambarkan untuk lelaki idaman.

#1 Pandai berkomunikasi

Komunikasi adalah asas untuk mana-mana hubungan yang hebat. 

Pasangan yang boleh berkomunikasi tahu bagaimana untuk meluahkan perasaan, keinginan dan keperluan mereka tanpa marah atau kecewa.

Komunikasi membantu mengurangkan tahap tekanan, meningkatkan keintiman emosi, mengeratkan hubungan dan membuatkan diri rasa didengari dan difahami pasangan.

#2 Melihat diri anda sebagai pasangannya, ciri ciri suami yang baik

ciri ciri suami yang baik

Apabila berkahwin, secara automatik kalian menjadi pasangan seumur hidup.

Kualiti suami yang baik adalah apabila si dia melihat anda sebagai pasangan dan setaraf dengannya.

Dia mahu bersama-sama dalam membuat keputusan, menghargai pandangan tentang matlamatnya dan berkongsi hidupnya dengan anda.

#3 Keinginan untuk bersama anda

Petunjuk bahawa pasangan adalah husband material adalah apabila dia menyatakan dengan jelas keinginannya untuk bersama anda.

Lelaki yang baik tidak akan memainkan hati wanita. Dia sudah bersedia untuk cinta sejati sekiranya anda menjadi satu-satunya wanita yang dilayan secara romantik.

#4 Boleh dipercayai

Kepercayaan adalah salah satu ciri ciri lelaki limited edition

Memiliki pasangan yang boleh dipercayai membuatkan anda berasa lebih puas dalam perhubungan.

Lelaki boleh dipercayai membuatkan anda yakin untuk berkongsi apa sahaja dengannya tanpa dihakimi. 

#5 Berkongsi nilai teras

Carilah seseorang yang mempunyai minat sama dengan diri, terutamanya berkaitan prinsip-prinsip akhlak.

Pasangan yang berkongsi kepercayaan ini lebih cenderung untuk melihat hubungan mereka sebagai istimewa

ciri ciri suami yang baik

Antara ciri ciri suami yang baik #6 Tahu cara selesaikan konflik

Jika anda seorang lelaki yang membaca artikel ini untuk mencari tip menjadi suami lebih baik, mulakan dengan mempelajari kemahiran menyelesaikan konflik secara sihat.

Penyelesaian konflik sihat bermakna kalian bersama-sama sebagai satu pasukan menyelesaikan masalah yang timbul.

Mendengar sama pentingnya dengan berkomunikasi apabila melibatkan penyelesaian masalah, jadi ketahui masanya untuk bercakap dan mendengar luahan pasangan.

Jangan jadikan pertengkaran sebagai alasan untuk melemparkan kesalahan lalu kepada pasangan. 

#7 Hormatkan isteri

Menghormati wanita merupakan ciri ciri calon suami yang baik, ini kerana mereka akan menyokong matlamat dan impian anda.

Hormat bermakna si dia tidak akan memaksa anda melakukan sesuatu yang membuatkan diri berasa tidak selesa.

Pasangan dengan rasa hormat dan penyayang tidak akan mengatakan perkara yang menyakiti hati secara sengaja.

Si dia akan mengambil kira tentang perasaan anda bukan sahaja semasa bercakap tetapi juga ketika membuat keputusan.

Baca juga:

#8 Setia, salah satu ciri ciri suami yang baik 

Kesetiaan penting untuk hubungan yang bahagia.

Jika tiada atau kurang kesetiaan, anda akan berasa bimbang apabila tidak berada di sisi pasangan. Muncul persoalan apa yang dilakukan dan dengan siapa mereka bergaul.

Pasangan yang setia membuatkan diri berasa selamat dan terjamin serta terjaga dari aspek emosi dan fizikal.

#9 Kematangan emosi

Sifat paling sweet seorang suami adalah untuk mengetahui bagaimana menjadi ‘bodoh’ dan membuat diri anda ketawa, namun masih mempunyai kematangan emosi.

Apakah kematangan emosi? Ia adalah seorang lelaki yang:

  • Boleh menguruskan emosi walau apa pun berlaku
  • Tahu bagaimana bersikap tenang walaupun dalam keadaan sukar
  • Akui kesilapan dan meminta maaf
  • Cuba untuk memahami dengan lebih baik apabila anda kecewa

#10 Boleh memaafkan, ciri ciri suami yang baik

Ini bukan sahaja sifat suami baik tetapi keperibadian yang perlu dipupuk pada semua individu.

Tiada pasangan yang boleh lari daripada salah faham. Namun sebagai seorang suami, mereka harus mendorong diri untuk memaafkan anda.

Ia bukan sahaja melancarkan hubungan tetapi dengan kemaafan akan menyumbang ke arah kesihatan mental lebih baik dalam perhubungan. 

#11 Hubungan bersama anda sebagai keutamaan

ciri ciri suami yang baik

Lelaki sejati adalah seseorang yang menjadikan hubungan kalian sebagai keutamaan.

Jika wujud masalah, mereka akan cuba menyelesaikan dengan segera. Apabila mempunyai kelapangan masa, dia memilih untuk meluangkan masa bersama anda. Sekiranya ada keputusan perlu dibuat, si dia akan berunding dengan anda terlebih dahulu.

Akhir kata

Apa yang menjadikan seorang lelaki itu sebagai suami yang baik? Adakah wujud kualiti menjadikan lelaki sejati dan ciri ciri suami yang baik?

Sifat-sifat suami yang baik seperti kesetiaan, berkomunikasi, rasa hormat dan cinta, sudah semestinya harus ada!

Pasangan anda tidak perlu memiliki semua sifat yang disenaraikan di atas. Paling penting, haruslah komited terhadap perhubungan dan berusaha menjadi yang terbaik.

[embed-health-tool-ovulation]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. Qualities of a Good Husband. https://vaisnavafamilyresources.org/qualities-of-a-good-husband/, Accessed on March 6, 2023
  2. 25 Qualities in a Partner That You Should Cherish. https://www.lifehack.org/articles/communication/25-qualities-the-person-you-should-marry.html, Accessed on March 6, 2023
  3. Lord, Please Give Me a Good Husband! https://www.soencouragement.org/articles2013/LORDPLEASEGIVEME%20A%20GOOD%20HUSBAND.pdf, Accessed on March 6, 2023
  4. 13 Successful Marriage Tips for a New Husband and Wife. https://bahaiteachings.org/successful-marriage-tips-for-new-husband-wife/, Accessed on March 6, 2023
  5. Five Ways to Be A Successful Husband. https://www.lwf.org/articles/five-ways-to-be-a-successful-husband-article, Accessed on March 6, 2023
  6. 10 Tips for a Healthy Marriage. https://www.wespath.org/health-well-being/health-well-being-resources/social-well-being/10-tips-for-a-healthy-marriage, Accessed on March 6, 2023 

 

Versi Terbaru

14/09/2023

Ditulis oleh Asyikin Md Isa

Disemak secara perubatan oleh Dr. Ahmad Wazir Aiman

Diperbaharui oleh: Nurul Nazrah Nazarudin


Artikel Berkaitan

Rasa Aneh Jika Keinginan Melampau Kepada Seksual? Ini Tanda Penyakit, Semak Simptom Ini

Selalu Resah Gelisah? Ketahui 10 Perkara Yang Buat Kita Rasa Kosong & Tak Gembira


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Ahmad Wazir Aiman

Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 14/09/2023

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan