backup og meta

Susah Hamil Kembar Sebab Tak Ada Keturunan? 4 Cara Ini Mungkin Boleh Bantu!

Susah Hamil Kembar Sebab Tak Ada Keturunan? 4 Cara Ini Mungkin Boleh Bantu!

Mungkin ramai pasangan suami isteri yang teringin namun tidak tahu cara buat anak kembar yang mampu tingkatkan potensinya.

Ramai yang percaya bahawa sejarah keluarga atau genetik merupakan faktor paling utama dalam usaha hamil anak lebih daripada seorang.

Ya, ia memang merupakan sesuatu yang tidak dapat disangkal lagi, namun ada beberapa lagi tip lain seks hamil anak kembar.

Ingin tahu dengan lebih lanjut? Jom sama-sama kita semua ikuti artikel ini!

Baca lebih lanjut tentang Kesihatan Seksual di sini.

Faktor terjadinya kehamilan kembar ini

Menurut kepercayaan orang lama, anda harus mempunyai susur galur keturunan yang pernah mengalami kehamilan kembar untuk mendapatkannya.

Ya, ia memang benar namun wujud juga faktor-faktor lain yang mempengaruhinya termasuklah:

  • Sejarah keluarga – Peratusan hamil anak kembar adalah tinggi jika ada ahli keluarga yang berketurunan kembar terutamanya daripada sebelah ibu
  • Etnik – Etnik yang berkulit gelap seperti dari Afrika dikatakan lebih cenderung untuk mengandung dan lahirkan anak kembar
  • Usia – Wanita berusia 35 tahun ke atas dipercayai lebih tinggi peluang mempunyai anak kembar terutamanya jenis tidak seiras
  • Diet – Wanita yang mengambil diet rendah lemak kurang cenderung hamil kembar berbanding yang mengambil diet tinggi lemak
  • BMI – Wanita yang mempunyai BMI lebih tinggi mempunyai lebih peluang untuk mendapat kehamilan kembar
  • Kehamilan terdahulu – Jika wanita pernah lahirkan bayi kembar sebelum ini, maka peluang untuk mengandung bayi kembar lebih tinggi

cara buat anak kembar

Sekiranya anda dan pasangan langsung tidak mempunyai faktor-faktor di atas, bolehkah kalian mencuba untuk mengandung anak kembar?

Cara buat anak kembar yang boleh dicuba!

Sesungguhnya hal berkaitan kehamilan ini adalah bersangkut dengan soal rezeki, jadi kuasa alam semula jadi inilah penentu segala.

Pun begitu, adalah tidak salah untuk kita berikhtiar sebelum bertawakal di dalam usaha mencapai impian untuk hamil anak kembar.

Persoalannya, bagaimana cara buat anak kembar yang boleh dicuba? Wujudkah sebarang cara seks hamil lebih daripada seorang bayi?

#1. Ambil ubat kesuburan

Pertama sekali, anda mungkin boleh cuba ambil ubat kesuburan yang mampu meningkatkan tahap kesuburan serta merangsang pengeluaran sperma atau telur.

Apabila lebih banyak sperma dan telur yang berjaya dihasilkan, maka wujud kecenderungan untuk lebih daripada 1 sperma dan 1 telur untuk disenyawakan.

Antara ubat kesuburan yang popular dan sering digunakan adalah Clomiphene dan Gonadotropin.

#2. Jaga diet pemakanan

Kajian saintifik menunjukkan bahawa ada makanan tertentu yang mampu meningkatkan peluang anda hamil zuriat kembar.

Antara jenis makanan yang dimaksudkan itu adalah seperti berikut:

  • Ubi kayu
  • Ubi keladi
  • Produk tenusu
  • Karbohidrat kompleks
  • Empulur nenas

Selain makanan, pengambilan suplemen tambahan seperti asid folik juga sangat penting untuk sebarang jenis kehamilan ya?

cara buat anak kembar

#3. Jarak kehamilan

Antara cara buat anak kembar lain adalah dengan mempunyai jarak yang cukup di antara satu kehamilan dengan yang seterusnya.

Sekiranya anda hamil kembali terlalu cepat setelah melahirkan dan mempunyai anak, peluang untuk hamil kembar adalah rendah.

Cara buat anak kembar #4. IVF

Akhir sekali, anda juga mungkin mahu cuba prosedur rawatan kesuburan in-vitro (IVF).

Baca lagi artikel berkaitan:

Prosedur ini akan melibatkan doktor mengekstrak telur dan mengambil sperma yang kemudiannya digabungkan secara manual di dalam makmal.

Setelah berjaya disenyawakan, embrio tersebut kemudiannya akan dipindahkan ke dalam rahim si ibu itu.

cara buat anak kembar

Wujudkah cara buat anak kembar yang lain?

Ada yang berpendapat wujud cara melakukan seks hamil zuriat kembar namun sehingga kini ia masih belum dapat dibuktikan secara saintifik.

Konklusinya, kehamilan kembar itu sesuatu yang pasti akan menerujakan namun tidak semua pasangan yang berpeluang memilikinya.

Sekiranya gagal, ia tidak bermakna kalian perlu menyalahkan diri sendiri, pasangan atau takdir kerana zuriat itu adalah kurniaan Tuhan kepada kita.

[embed-health-tool-ovulation]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. How You Get Pregnant with Twins: 5 Factors that Increase the Odds of Getting Pregnant with Twins, https://flo.health/getting-pregnant/trying-to-conceive/how-to-get-pregnant-with-twins, Accessed Feb 17 2021.
  2. Pregnant with twins, https://www.nhs.uk/pregnancy/finding-out/pregnant-with-twins/, Accessed Feb 17 2021.
  3. Expecting Twins or Triplets, https://my.clevelandclinic.org/health/articles/9710-expecting-twins-or-triplets, Accessed Feb 17 2021.
  4. Twin Pregnancy: Answers from an Expert, https://www.hopkinsmedicine.org/health/conditions-and-diseases/staying-healthy-during-pregnancy/twin-pregnancy-answers-from-maternal-fetal-medicine-specialist, Accessed Feb 17 2021.
  5. BEING PREGNANT WITH TWINS, TRIPLETS AND OTHER MULTIPLES, https://www.marchofdimes.org/complications/being-pregnant-with-twins-triplets-and-other-multiples.aspx, Accessed Feb 17 2021.

Versi Terbaru

05/04/2023

Ditulis oleh Ahmad Farid

Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor

Diperbaharui oleh: Nurul Nazrah Nazarudin


Artikel Berkaitan

Tiada Lagi Masalah Tewas Awal Dengan 4 Petua Ini, Tip No. 4 Guna Kondom Ketika Beraksi!

Betul Ke Pelincir Faraj Dapat Kurangkan Rasa Pedih Ketika Bersama? Ini Jawapannya!


Disemak secara perubatan oleh

Panel Perubatan Hello Doktor


Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 05/04/2023

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan