Alamak! Angkat Kaki Lepas Seks Adalah KARUT, Ini 4 Cara BENAR Untuk Mudah Hamil

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 14/10/2020 . 3 minit bacaan
Share now

Bermacam-macam teknik yang dilakukan oleh pasangan suami isteri dalam usaha untuk mudah hamil.

Ada yang kata posisi semasa melakukan hubungan intim memainkan peranan yang penting.

Ada juga yang berpendapat bahawa angkat kaki lepas seks boleh memudahkan kehamilan! Adakah ini satu petua yang betul atau karut?

Kenapa orang kata angkat kaki lepas seks boleh mudah hamil?

angkat kaki lepas seks

Mengikut kepercayaan orang-orang lama, perbuatan angkat kaki lepas seks adalah untuk memastikan air mani yang telah terpancut ke dalam faraj tidak meleleh keluar. 

Ini kerana mereka beranggapan sperma yang telah terkeluar dari lubang faraj itu tidak mampu untuk berenang ke telur wanita yang terdapat di dalam rahim.

Mungkin kedengaran logik, namun adakah kepercayaan ini benar dari segi fakta?

Menurut Dr Mohamed Iqbal Cassim yang merupakan Pakar Kesuburan, air mani yang meleleh dari lubang faraj selepas melakukan hubungan seks adalah normal.

Ia juga sebenarnya bermakna air mani yang telah memasuki lubang faraj sudah lebih daripada mencukupi.

Namun, adakah perbuatan angkat kaki lepas seks ini boleh membantu untuk memudahkan kehamilan terjadi?

Adakah isteri perlu angkat kaki lepas suami pancut?

Tidak mengejutkan, ramai pasangan yang melakukannya kerana bimbang air mani tertumpah keluar dari faraj sekali gus meminimumkan potensi untuk mengandung.

Tapi sebenarnya, tiada kajian yang dapat membuktikan anda perlu angkat kaki lepas senggama untuk cepat hamil. Doktor ada menggalakkan anda berbaring sebentar selama 15 minit selepas seks.

Ia untuk memberi sperma “lebih masa” untuk menuju ke arah yang tepat.

Petua untuk mudah hamil yang anda boleh amalkan!

angkat kaki lepas seks

Jadi, apa petua lain yang anda dan pasangan boleh amalkan untuk berjaya mengandung?

#1. Lakukan pemeriksaan kesuburan secara berkala

Sebelum mencuba, sila pastikan anda dan pasangan sudah membuat pemeriksaan kesuburan dengan doktor secara berkala

Bertanyalah kepada doktor juga tentang vitamin pranatal yang boleh anda ambil seperti asid folik, yang sangat membantu perkembangan janin semasa peringkat awal kehamilan.

Bukan itu sahaja, anda juga perlu tahu bahawa asid folik ini dikatakan mampu melindungi janin dari kecacatan ketika hamil seperti spina bifida.

Jelas Paula Hillard yang merupakan seorang Profesor dalam bidang Obstetrik dan Ginekologi di Stanford University, berjumpa doktor sebelum mencuba untuk hamil adalah satu kemestian tanpa mengira anda mempunyai sebarang masalah kesihatan atau tidak.

#2. Ketahui kitaran menstruasi anda agar mudah hamil

Timing yang tepat memainkan peranan yang besar dalam usaha anda untuk mudah hamil.

Ini kerana, dengan mengetahuinya membolehkan anda dan pasangan merancang masa untuk melakukan hubungan kelamin di waktu anda sedang subur.

Perhatikan tanda-tanda anda sedang subur dengan melihat kepada perkara berikut:

  • Mukus serviks atau cecair pada faraj akan kelihatan sedikit jernih, likat dan licin, seumpama putih telur
  • Sesetengah wanita mungkin akan berasa sedikit sakit atau pedih pada sebelah bahagian di sekitar rahim

Dalam pada itu, ambil tahu waktu ovulasi anda setiap kali kitaran haid. Waktu ovulasi adalah masa terbaik untuk melakukan hubungan seks agar mudah hamil. 

Jadi, isteri mungkin boleh goda suami ketika waktu ‘ajaib’ ini ya?

#3. Usah khuatir dengan posisi seks

Ramai orang yang beranggapan bahawa posisi seks akan memainkan peranan untuk lebih cepat ‘melekat’.

Sebenarnya tidak betul. Ini kerana tiada sebarang kajian saintifik yang mengatakan posisi missionary lebih memudahkan kehamilan berbanding posisi woman on top

Namun, faktor seperti graviti mungkin akan menyebabkan air mani terkeluar dari lubang faraj.

Pun begitu, ia tidaklah menjadi faktor utama kesukaran untuk mengandung.

Jadi, jangan terlalu risau tentangnya. Anda dan pasangan masih boleh menikmati hubungan seks dalam segala posisi yang anda berdua tahu.

Jika tiada sebarang masalah kesuburan lain, kemungkinan anda untuk hamil adalah tinggi jika kena pada caranya. 

#4. Jalani kehidupan yang sihat untuk mudah hamil

Paling penting, anda dan pasangan perlu bersama-sama menjalani kehidupan yang sihat.

Hentikan tabiat yang tidak sihat seperti menghisap rokok, meminum alkohol dan jauhi stres!

Selain itu, kawal juga pemakanan anda.

Adalah lebih baik jika anda ambil makanan dan minuman yang bernutrisi tinggi untuk memastikan tubuh badan anda sentiasa kekal sihat. 

Dengan mengamalkan kehidupan yang lebih sihat, tahap kesuburan pasti akan menjadi lebih baik dan berkemungkinan besar potensi untuk hamil juga akan menjadi lebih tinggi.

Konklusi

Kesimpulannya, perbuatan angkat kaki lepas seks ini tidak akan membuat anda lebih mudah hamil. Jadi, usah terlalu percaya dengan petua yang karut ini.

Sebaiknya, sila berjumpa doktor untuk melakukan pemeriksaan kesihatan untuk berbincang masalah kesuburan yang mungkin dialami anda dan pasangan.

Hello Health Group tidak menyediakan nasihat perubatan, diagnosis, atau rawatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy

Baca juga:

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Ini Kesan Diabetes Masa Hamil Kepada Bayi Dalam Kandungan, Mak Buyung MESTI Tahu!

    Adakah bahaya kencing manis semasa hamil benar-benar serius? Adakah kesan penyakit diabetes semasa hamil boleh mempengaruhi bayi dalam kandungan?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Komplikasi Diabetes 22/02/2021 . 3 minit bacaan

    Kalau Nak ‘Family Planning’, Kena Tahu Waktu Subur Isteri Tau! Jom Fahami Kitaran Haid

    Semasa cuba hamil, mengetahui waktu subur perempuan memainkan peranan yang amat penting untuk membolehkan persenyawaan berlaku. Ini cara untuk kenal pasti!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Haid 17/02/2021 . 3 minit bacaan

    Ibu Hamil Sudah Tahu Apa Itu GDM? Jika Belum, Baca Ini Sekarang, PENTING!

    Anda tahu apa itu kencing manis? Adakah anda juga tahu apa itu GDM? Kedua-duanya sangat berkait rapat dengan ibu hamil. Inilah maksud GDM...

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Kencing Manis 15/02/2021 . 3 minit bacaan

    Berapa Hari Selepas Bersama Boleh Mengandung? (Klu: Lebih Dari Seminggu)

    Anda terfikir dan tertanya berapa hari selepas bersama boleh mengandung? Untuk tahu jawapannya, jom klik dan baca artikel ini dengan lebih mendalam lagi!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Petua Seks 11/02/2021 . 3 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    beza air mazi dan air mani

    Benarkah Air Mazi TIDAK Menyebabkan Kehamilan? Ini Tanggapan Yang Harus Diperbetulkan

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 04/03/2021 . 3 minit bacaan
    info ibu mengandung

    Ini Antara Perubahan Tubuh & Emosi Sepanjang Kehamilan, Wanita Hamil WAJIB Ambil Tahu

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 04/03/2021 . 5 minit bacaan
    hubungan suami istri

    Kajian Kata Warga Emas Cenderung Lebih Aktif Bersetubuh, Ini Rupanya Sebabnya!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 01/03/2021 . 3 minit bacaan
    bila boleh buat pregnancy test

    Jika Alami 9 Tanda Ini, Anda PATUT Buat Ujian Kehamilan, No. 1 & 5 Paling Biasa Terjadi

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 24/02/2021 . 3 minit bacaan