
Setiap kali menonton drama cinta di kaca televisyen, sudah pasti kita akan disajikan dengan drama ‘orang ketiga’ bukan? Hakikatnya, ia juga berlaku di dalam dunia nyata! Persoalannya, kenapa wujudnya orang ketiga dalam hubungan?
Ramai yang mengatakan ia berpunca dari aspek perasaan dendam dan dengki kepada pasangan bercinta di luar sana sehingga ada yang sanggup menghancurkan kebahagian orang lain. Namun, ia sebenarnya adalah jauh lebih rumit daripada itu!
Jadi, apa punca sebenar ia berlaku? Kenapa wujudnya orang ketiga dalam kehidupan seharian kita? Jom sama-sama kita ikuti artikel ini untuk tahu jawapannya!
Kenapa wujudnya orang ketiga dalam hubungan?
Kewujudan orang ketiga dalam suatu hubungan tentu sahaja akan dibenci oleh masyarakat sekeliling. Ini kerana golongan ini mudah dilabelkan sebagai perosak rumah tangga serta perampas kebahagian orang lain!
Menurut Kevin Darne yang merupakan Pengarang Buku My Cat Won’t Bark! (A Relationship Epiphany), kehadiran orang ketiga yang sangat sinonim dengan perkataan curang dan selingkuh ini sudah sangat biasa berlaku kini.
Disebabkan itu, kita semua pasti mengenali orang yang sedang dalam kisah cinta tiga segi atau diri sendiri yang mengalaminya. Ini adalah satu fakta yang sangat membimbangkan.
Sebenarnya, orang ketiga memang tidak patut wujud di atas muka bumi ini. Pun begitu, mereka masih berkeliaran sebagai igauan ngeri sehingga ke hari ini. Apa punca sebenarnya?
Kenapa wujudnya orang ketiga? Adakah masalah ini ada kaitan dengan otak?
Ia berlaku akibat aktiviti pada otak orang ketiga!
Ya, tidak dinafikan orang ketiga memang ada masalah otak mereka kerana tidak mampu berfikir secara rasional. Namun, ia bukanlah satu masalah mental sehingga memerlukan rawatan psikiatri. Ia cuma sekadar apa yang berlaku dalam otak di saat sedang berselingkuh!
Disebabkan itu, segala kelakuan, keputusan dan apa-apa sahaja yang dilakukan oleh orang ketiga ini adalah tidak betul dan hanya dilakukan mengikut perasaan, bukannya pemikiran.
Kenapa wujudnya orang ketiga juga mungkin didasari oleh prinsip mate-choice copying
Apa itu prinsip mate-choice copying? Ia adalah sejenis proses biologi yang mungkin wujud pada setiap entiti bernyawa di dunia ini.
Proses biologi ini sebenarnya bukan hanya wujud dalam diri makhluk bernama manusia, malahan juga setiap spesies yang ada di muka bumi.
Proses ini akan terjadi apabila seekor betina daripada sebarang spesies tertarik kepada jantan dalam kalangan spesiesnya apabila si jantan itu sudah mempunyai pasangan.
Mungkin bagi haiwan, proses biologi ini tidak akan memberikan kesan yang terlalu mendalam. Paling teruk pun, akan berlaku pergaduhan atau perebutan pasangan yang bagi mereka memang merupakan asas kehidupan.
Namun bagaimana pula halnya jika ini terjadi kepada manusia? Kenapa wujudnya orang ketiga dalam kehidupan kita?
Sebagaimana yang kita semua tahu, manusia adalah spesies yang mempunyai peradaban paling sempurna di muka bumi ini. Kita ada akal dan fikiran. Namun, kita juga ada nafsu yang mungkin boleh membutakan mata dan hati kita.
Oleh itu, keperluan untuk kita memiliki pasangan bukan sahaja mesti didasari oleh nafsu semata-mata, malahan juga rasa cinta dan kasih sayang. Pendek kata, istilah orang ketiga ini tidak harus wujud dalam kehidupan manusia!
Konklusi
Kesimpulannya, faktor psikologi adalah punca utama kenapa wujudnya orang ketiga dalam hubungan. Ya, ia mungkin normal untuk kita menyukai, mengasihi, menyayangi dan mencintai orang lain. Namun, bukan orang yang sudah berkahwin!
Sekiranya anda sedang terfikir atau masih tersepit dengan drama cinta tiga segi dengan pasangan orang lain, fikirkan semula masak-masak. Adakah anda mahu membina mahligai di atas air mata orang lain?
Hello Health Group tidak menyediakan nasihat perubatan, diagnosis, atau rawatan.
Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.