Kadangkala, orang ramai sering salah erti akan apa maksud keintiman yang sebenar. Mereka mungkin hanya sangka ia berkaitan dengan hubungan intim selepas kahwin sahaja sedangkan ia lebih daripada itu.
Untuk mendapatkan lebih banyak informasi tentang Kesihatan Seksual , anda boleh klik di sini.
Apa maksud keintiman yang sebenar?
Orang sering keliru antara keintiman dengan seks. Akan tetapi, perlu diketahui bahawa seseorang juga boleh bersetubuh tanpa ada elemen keintiman.
Contohnya seperti hubungan pasangan untuk kepentingan tertentu atau seks tanpa cinta, yang merupakan antara tindakan fizikal semata-mata tanpa melibatkan kemesraan.
Ia sekadar apa yang mereka inginkan, tidak memupuk kehangatan, kedekatan atau kepercayaan.
Apa maksud keintiman itu berkaitan dengan amat mengenali seseorang (pasangan) dan berasa sangat dikenali oleh pasangan anda.
Situasi ini kebiasaannya tidak akan berlaku seperti yang dipertonton dalam drama yang mana terjumpa pasangan di kafe atau pantai, malah tidak juga berlaku pada minggu dan bulan pertama perkenalan yang baru.
Keintiman ini memerlukan pengendalian yang penuh kelembutan dan kesabaran.
Ia juga boleh mengambil risiko atau kesanggupan untuk saling melakukan kesilapan dan memaafkan pasangan masing-masing dalam proses pembelajaran ini.
Berikut antara elemen yang ada dalam keintiman
- Keintiman emosi
Intim secara beremosi dengan pasangan bermakna anda boleh bercakap dengan mereka tentang pemikiran yang paling mendalam, kata Michael A. Giordano, LICSW, ahli psikoterapi, yang pakar dalam pasangan, terapi seks dan hubungan yang bukan tradisional di Washington, D.C.
Anda boleh berkongsi kegembiraan dan kesakitan anda dengan pasangan anda. Sesungguhnya memahami pasangan dan berkongsi perasaan adalah kunci keintiman emosi.
- Keintiman intelektual
Ini termasuk bertukar-tukar idea dan pemikiran tentang perkara-perkara yang anda fikirkan dan peduli.
Sebagai contoh, untuk memperdalam keintiman intelektual, anda mungkin berkongsi lagu, puisi atau buku kegemaran anda.
Malah, boleh juga berkongsi pengetahuan mengenai kehidupan secara umum seperti aktiviti intim bersama.
- Keintiman fizikal
Sebenarnya, apa maksud keintiman fizikal tidak sama dengan apa maksud keintiman seksual.
Ini pada asasnya menjadi penyayang antara satu sama lain, yang boleh merangkumi segalanya daripada memeluk hingga memegang tangan untuk mencium dan dakapan.
Sebagai contoh, jika pasangan anda cuba mengurut leher anda, tetapi anda terangsang, pertimbangkan di mana tindak balas ini datang.
Beri perhatian kepada pemikiran dan tindak balas anda kepada sentuhan pasangan anda.
- Keintiman pengalaman
Pasangan tidak perlu melakukan segala-galanya bersama-sama, tetapi penting untuk berkongsi beberapa pengalaman bersama tanpa sebarang gangguan, seperti alat elektronik.
Kaitan di antara keintiman dan bersetubuh
Berdasarkan kajian The associations of intimacy and sexuality in daily life, pengalaman keintiman emosi dianggap memainkan peranan yang sangat besar dalam mengekalkan keinginan seksual dan aktiviti seksual dalam hubungan romantik dalam tempoh yang lama.
Adalah tidak jelas apa maksud keintiman dan kesannya terhadap seksual berkait antara pasangan adalah secara terus dan tidak terus.
Emosi dan kehidupan seks anda
Fokus kepada kualiti, bukannya kuantiti
Jangan bimbang jika anda tidak selalu bersama dengan pasangan anda kerana daripada seks yang kerap, berikan lebih perhatian kepada hubungan emosi, keintiman, kenikmatan dan juga cuba untuk memuaskan kedua-dua pihak untuk pengalaman yang lebih bermakna.
Mendefinisikan semula foreplay
Foreplay bermaksud menghasilkan rangsangan seksual bagi menaikkan minat untuk bersetubuh.
Selain itu, ianya juga melibatkan perbuatan membina mood seksual yang membawa kepada berlakunya hubungan seks.
Justeru, anda boleh menjadikan suasana yang menyeronokkan dan merancakkan dengan mencuba tip foreplay seperti menari, mandi bersama, menghantar gambar menggoda atau mesej nakal kepada satu sama lain.
Letakkan keseronokan baru sebagai sasaran
Menambah elemen seronok yang baru boleh menjadi kunci dalam menyemarakkan kehidupan seks anda agar setiap kali bersama, hubungan tersebut tidak menjadi bosan.
Anda boleh mencuba memainkan watak orang asing yang baru berkenalan. Risiko ini akan menyebabkan anda rasa teruja, membara dan akhirnya seronok.
Kehidupan seks yang sihat bermula dengan anda. Jaga badan dan kesihatan anda, perbaiki dan tambah baik seksualiti anda dan luangkan masa untuk hubungan seks yang memuaskan anda dan pasangan.
[embed-health-tool-ovulation]