backup og meta
Info Kesihatan
Alat Kesihatan

1

Tanya Doktor
Simpan

Gangguan Kegelisahan Boleh Jejaskan Hubungan Seks? No. 4 Paling Perlu Elakkan!

Disemak secara perubatan oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 03/07/2023

    Gangguan Kegelisahan Boleh Jejaskan Hubungan Seks? No. 4 Paling Perlu Elakkan!

    Kegelisahan adalah salah satu dari masalah mental yang sering dialami oleh penduduk dunia. Ia tentu sahaja akan membuat kehidupan menjadi lebih mencabar dalam pelbagai aspek – termasuklah hubungan seks! Ini kerana kesan anxiety itu sendiri akan menjejaskan keinginan dan kemampuan seseorang itu untuk berasmara dengan pasangan.

    Hakikatnya, ia bukan hanya akan memberi kesan kepada mental malahan fizikal juga.

    Persoalannya, bagaimana kegelisahan jejaskan hubungan seks?

    Adakah ia akan mengakibatkan masalah seksual seperti mati pucuk?

    Jom sama-sama kita ikuti artikel ini untuk mengetahui jawapannya.

    Bagaimana kesan anxiety jejaskan hubungan seks?

    kesan anxiety

    Tidak dinafikan, memang ramai pasangan suami isteri di luar sana yang sebenarnya menghidapi masalah kegelisahan – sama ada salah seorang atau kedua-duanya.

    Menurut kajian yang dijalankan terhadap beberapa pasangan suami isteri dan diterbitkan dalam laman sesawang huffpost.com, ini adalah bagaimana kesan anxiety jejaskan hubungan seks:

    #1. Sukar untuk terangsang atau turn on

    Perkara paling utama perlu dilakukan sebelum mengajak pasangan melakukan hubungan seks adalah memastikan mereka mempunyai mood.

    Jadi, adalah penting untuk pastikan mereka turn on terlebih dahulu.

    Pun begitu, ini adalah cabaran yang agak sukar jika anda mempunyai pasangan yang mempunyai masalah kegelisahan.

    Ini kerana mereka cenderung untuk berfikir terlalu banyak sehingga sukar untuk menumpukan perhatian terhadap satu perkara yang penting sahaja – seks.

    Akibat kesan anxiety ini, mereka sangat sukar untuk terangsang. Ini seterusnya akan membuat pasangan menjadi bosan atau penat untuk menggoda pasangan lantas merosakkan kehidupan seks kalian.

    Kesan anxiety #2. Terlalu memikirkan penampilan diri

    Seks adalah aktiviti yang memerlukan anda dan pasangan berkongsi tubuh badan dalam usaha memuaskan nafsu syahwat masing-masing.

    Namun, apakah yang akan terjadi jika pasangan anda mempunyai masalah kegelisahan?

    Mereka mungkin terlalu memikirkan penampilan diri sendiri.

    Ini seterusnya akan membuat mereka hilang keyakinan diri kerana berasa tubuh badan mereka tidak menarik di pandangan mata anda.

    Hakikatnya, cinta itu bukanlah kepada rupa semata-mata.

    Ketahuilah bahawa setiap parut, kedut, gelebeh, selulit atau segala macam cela pada tubuh badan anda itu tidak wajar membuat anda berasa rendah diri.

    kesan anxiety

    #3. Apa akan jadi selepas lakukan hubungan seks?

    Persoalan ini pasti akan menghantui pemikiran individu yang mempunyai masalah kegelisahan setiap kali diajak untuk bersenggama oleh pasangannya.

    Dalam pada itu, mereka juga mungkin akan berfikiran seperti ini:

    “Adakah dia benar-benar suka dan sayang pada aku?”

    “Adakah dia hanya mahu gunakan aku untuk seks semata-mata?”

    “Adakah dia akan tinggalkan aku selepas dapat lakukan hubungan seks?”

    Persoalan yang bermain-main di fikiran mereka ini sudah pasti akan membuat sesuatu hubungan seks itu menjadi hambar atau kaku kerana berlaku tanpa kerelaan 100%. Ini adalah perkara yang tidak wajar berlaku.

    #4. Tidak menikmati saat berjimak dengan pasangan

    Cuba anda bayangkan, di saat anda sedang seronok mendayung pasangan, tiba-tiba sahaja si dia meminta anda berhenti kerana perasaan gelisah yang dialaminya. Sudah pasti ia akan membunuh mood anda bukan?

    Namun, itulah perkara yang biasa terjadi kepada individu yang mengalami masalah kegelisahan.

    Mereka secara tiba-tiba sahaja boleh meminta kalian berhenti melakukan apa-apa kerana berasa tidak senang dengannya.

    Ia mungkin disebabkan mereka tidak mampu fokus atau menikmati saat kalian sedang melakukan sesuatu – contohnya berjimak.

    Jika ini terjadi kepada anda mahupun pasangan, segera dapatkan rawatan pakar okay!

    Apa yang individu dengan masalah kegelisahan perlu buat?

    kesan anxiety

    Sekarang, kita sudah tahu bagaimana kegelisahan jejaskan hubungan seks.

    Persoalannya, apa yang boleh dibuat untuk mengelakkan perkara ini dari terus terjadi atau berulang?

    Pertama sekali, sudah semestinya kalian perlu mengambil ubatan dari doktor untuk merawat masalah ini.

    Namun, ketahuilah ubatan untuk merawat masalah mental juga boleh mendatangkan banyak kesan negatif.

    Oleh itu, sila berbincang dengan doktor anda. Minta mereka tukarkan dos atau jenis ubatan yang sedang anda ambil untuk mengelakkan sebarang kesan sampingan lain yang tidak diingini.

    Selain itu, perkara yang perlu kalian lakukan adalah berjumpa dengan pakar terapi atau kaunseling untuk membincangkan tentang masalah yang anda hadapi.

    Jika kurang selesa dengan mereka, jangan malu untuk berkomunikasi dengan pasangan.

    Ceritakanlah segala-galanya agar mereka tahu keadaan anda. Ketahuilah bahawa kesan anxiety ini boleh dikawal dan dirawat asalkan anda tidak memendamnya seorang diri.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Gabriel Tang Pei Yung

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 03/07/2023

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan