backup og meta

5 Cara Hadapi Stigma Perceraian - Nombor 4 Paling Menarik Untuk Dicuba

Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan · Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 12/06/2020

    5 Cara Hadapi Stigma Perceraian - Nombor 4 Paling Menarik Untuk Dicuba

    Stigma perceraian kesan perkahwinan yang berakhir sukar dielakkan, walaupun pada hakikatnya tiada pasangan mahukan perpisahan.

    Jom ketahui 5 cara menghadapinya.

    Impian musnah

    Bagi setiap pasangan yang berkahwin, sudah tentu berharapkan agar hubungan itu akan kekal berpanjangan hingga ke akhir hayat. Namun siapa yang mampu menduga apa yang bakal berlaku, bukan?

    Menempuhi fasa perpisahan, pastinya sesuatu tempoh yang mencabar. Rasa malu dan segan dengan kisah perceraian itu bersama stigma perceraian daripada individu lain, membuatkan kebanyakan pasangan, khususnya wanita, tidak gemar membicarakan soal ini.

    stigma perceraian, kesan perkahwinan yang berakhir

    Antara faktor yang mendorong berlakunya perpisahan pada sesebuah hubungan perkahwinan adalah:

  • Curang
  • Adakalanya pasangan yang berkahwin itu tidak langsung mempunyai masalah. Tetapi apabila hati terlalu mudah memberi kasih sayang kepada individu lain dan wujud rasa tidak cukup dengan seorang, maka akan timbulnya masalah kecurangan.

    Ia bukan sahaja wujud dalam kalangan individu lelaki yang bergelar suami, tetapi individu wanita juga boleh berlaku curang. Isu ini seolah-olah menjadi 1 trend dalam masyarakat kita. Apabila kecurangan mula terbongkar, perceraian menjadi pilihan utama.

    Menempuhi stigma perceraian

    Malu untuk berdepan dengan stigma perceraian daripada individu sekeliling, antara isu yang perlu dihadapi selepas perpisahan terjadi. Namun, pastinya ada cara untuk anda yang mungkin baru melalui perpisahan, menghadapi situasi tersebut. 

    1. Menjaga diri sendiri

    Mementingkan penjagaan diri sendiri merupakan cara terbaik yang boleh anda lakukan untuk diri anda selepas bercerai. Ia pastinya dapat membantu meningkatkan keyakinan diri terutamanya untuk berhadapan dengan stigma perceraian daripada individu sekeliling anda.

    Fokus kepada diri juga dapat membantu anda untuk lebih menghargai diri sendiri, lebih-lebih lagi apabila anda memulakan 1 fasa hidup baru. Beri peluang kepada diri anda dengan bercuti atau paling tidak kunjungilah spa.

    1. Menyertai kumpulan sokongan

    Jika anda malu untuk berkongsi dengan rakan baik atau keluarga tentang apa yang anda lalui, anda boleh mendapatkan sokongan daripada individu yang pernah melalui situasi sama seperti anda.

    Terdapat banyak kumpulan sokongan yang boleh anda temui secara atas talian. Jika anda rasa tidak yakin, anda boleh mendapatkan kaunseling. Paling penting, jangan malu dengan apa yang anda lalui.

  • Mengetahui kekuatan sendiri
  • Perceraian bukan mudah untuk dilalui. Namun, percayalah dugaan yang anda hadapi ini akan menguatkan lagi diri anda. Jangan pernah berasa malu dengan perpisahan tersebut. 

    Tiada individu yang mahukan perkahwinan itu berakhir, namun sudah suratan takdir, bukan? Laluinya dengan tabah. Apatah lagi jika anda mempunyai zuriat. Kuatkan diri anda untuk si kecil.

  • Berkahwin sekali lagi
  • Berakhirnya sesuatu perkahwinan tidak bermakna anda tidak boleh berkahwin lagi. Bukankah kebahagiaan adalah milik setiap individu? Maka anda juga berhak mencari kebahagiaan buat diri anda.

    Jika anda menemui pasangan yang boleh menerima dan menyayangi diri dan anak (jika ada), tiada salahnya untuk anda kembali berkahwin. Mungkin ia adalah sebuah perkahwinan yang akan berkekalan sehingga ke akhir hayat anda. Jangan berputus asa, okay?

    stigma perceraian, kesan perkahwinan yang berakhir

    1. Mengabaikannya

    Mulut tempayan tidak boleh ditutup. Jadi sekiranya ada yang bercakap di belakang mengenai perpisahan anda, abaikan sahaja. Mereka tidak mengetahui kisah sebenar yang perlu anda tempuhi sepanjang perkahwinan anda.

    Kesimpulannya

    Stigma perceraian, adalah sesuatu yang tidak boleh dielakkan. Tetapi anda tidak perlu malu untuk menghadapinya. Teruskan hidup anda seperti biasa dan percayalah setiap yang berlaku itu ada hikmahnya.

    Walau bagaimanapun, sebelum melalui penceraian, sebaik-baiknya, pasangan perlu menjalani sesi kaunseling bagi menjernihkan kembali hubungan dan mencari jalan untuk mengatasi konflik.

    Hello Health Group tidak menyediakan nasihat perubatan, diagnosis, atau rawatan

    Anda mungkin berminat untuk membaca artikel:

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Joseph Tan

    Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


    Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 12/06/2020

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan