Kecurangan kepada pasangan bukan bererti hubungan seksual sahaja, membina hubungan emosi dan melaburkan masa dengan orang lain juga merupakan kecurangan yang pasti menyesakkan dada siapa sahaja. Tetapi, bagaimana jika pasangan anda benar-benar menyesal dengan kecurangannya. Bahkan berjanji untuk kembali setia, dan jauh di sudut hati, anda masih mencintainya?
Walaupun perit untuk memaafkannya dan melupakan setiap luka dalam hati anda disebabkan episod hitam ini, anda sendiri mungkin masih tertanya, patutkah anda memberikan peluang kedua kepadanya? Setelah luka sembuh dan anda mampu memaafkannya, patutkah cinta disemai kembali?
Tiada siapa yang dapat memberikan jawapannya melainkan diri anda sendiri. Hanya anda yang tahu apa yang anda telah lalui dan apa yang anda sanggup untuk lalui dan perjuangkan selepas ini.
Dalam menimbang keputusan yang berat ini, berikut adalah lima sebab anda TIDAK patut memberikan peluang kedua kepada pasangan yang curang:
- Kecurangan berlaku dengan bekas kekasih
- Hubungan tersebut serius dan berlaku dalam tempoh masa yang lama
- Pasangan anda tidak menunjukkan penyesalan atau tidak meminta maaf
- Kecurangan tersebut berlaku seawal hubungan anda dan pasangan
- Kecurangan tersebut berulang atau merupakan tingkah laku kerap pasangan
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen