backup og meta
Info Kesihatan
Alat Kesihatan

7

Tanya Doktor
Simpan
Senarai kandungan

Perut Berangin Petanda Gastrik! Ikut 7 Pantang Larang Ini Elak Gastrik Angin

Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan · Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 13/02/2024

Perut Berangin Petanda Gastrik! Ikut 7 Pantang Larang Ini Elak Gastrik Angin

Pernahkah anda ‘skip’ waktu makan dan rasa perut masuk angin, kerap sendawa dan sering loya? Jika ya, ia bermakna anda mengalami masalah gastrik angin. Namun, apa sebenarnya ia dan apa cara hilangkan gastrik?

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Sistem Penghadaman, sila dapatkannya di sini.

Gastrik angin dalam perut itu sebenarnya wujud ke?

Istilah gastrik angin selalunya merujuk kepada masalah perut berangin, namun ia sebenarnya kurang tepat.

Perkataan ‘gastrik’ dalam istilah perubatan didefinisikan sebagai ‘perut’. Jadi istilah tepat bagi penyakit ini adalah gastritis.

Namun, disebabkan penggunaan nama tersebut amat meluas di Malaysia, doktor turut menggunakan istilah sama bagi memudahkan pemahaman pesakit dan untuk mengelak timbul kekeliruan. 

Jadi apakah sebenarnya gastrik jenis ini?

Gastrik atau gastritis merujuk kepada keradangan yang berlaku pada lapisan dalam perut. Keadaan ini berlaku apabila terjadinya penurunan pada tahap perlindungan lapisan dalam perut.

Fungsi normal perut adalah mengeluarkan asid (gastric juice) yang berfungsi mencerna makananan dan membunuh kuman mahupun bakteria yang masuk melalui mulut, ketika anda sedang makan, bernafas dan sebagainya.

Disebabkan tahap keasidan dalam perut tinggi, terdapat satu mekanisme terbentuk yang dirujuk sebagai protective mechanism.

Ia berperanan melindungi dan mencegah dinding perut daripada terhakis.

Mekanisme ini akan menghasilkan sejenis lapisan cecair atau mukus yang menjadi penghalang (protective layer) kepada asid daripada mengenai dinding perut.

Jadi seandainya anda mengalami masalah gastrik, ia bermakna berlaku atau terdapat sesuatu yang telah mengganggu penghasilan lapisan ini. 

  • Gastritis ringan: Terdapat keradangan atau pembengkakan disebabkan iritasi pada bahagian lapisan perut yang bersentuhan dengan makanan
  • Gastritis berat: Berlaku kecederaan seperti luka pada bahagian lapisan perut yang bersentuhan dengan makanan, lalu menyebabkan gastritis berat
  • Ulser gastrik (peptic ulcer): Satu masalah ulser perut. Ulser adalah luka terbuka. Terdapat darah yang boleh dikesan dalam analisis muntah atau najis

4 faktor penyebab gastrik angin wajib diketahui

Antara punca gastritis disebabkan oleh gangguan pada penghasilan mukus di dalam perut sehingga mewujudkan keradangan, seperti:

#1 Jangkitan bakteria ‘Helicobacter pylori’, antara punca gastrik angin

Bakteria ini boleh menjangkiti manusia melalui pengambilan makanan yang tercemarBakteria ini akan bergerak masuk ke lapisan mukus yang melindungi dinding perut.

Apabila berjaya melepasi lapisan ini, bakteria H.pylori akan bersarang dan mengeluarkan bahan kimia yang boleh menghakis lapisan perlindungan dalam perut, lalu mengakibatkan rasa pedih dan sakit pada perut.

Penyebab gastrik angin #2 Pengambilan ubat tahan sakit NSAIDs

NSAIDs adalah Non-steroidal Anti-inflammatory Drugs. Ia ubat tahan sakit yang sering diberi doktor.

Ubat ini untuk individu dengan masalah sakit sendi (keradangan) atau sakit otot kerana ia berfungsi menghalang pembentukan prostaglandin yang mengakibatkan rasa sakit dalam badan.

Tapi dalam masa sama, bahan kimia prostaglandin diperlukan untuk penghasilan mukus. 

Pengambilan ubat ini menyebabkan penghasilan mukus berkurang kerana prostaglandin tak cukup menampung keperluan dalam proses penghasilan mukus.

Keadaan ini akan mengakibatkan asid perut menghakis dinding perut.

Kenapa gastrik angin terjadi #3 Tahap tekanan tinggi

Masalah ini juga boleh berlaku apabila tahap tekanan yang tinggi membebani badan.

Antara penyebab tekanan ini seperti pembedahan major disebabkan masalah kesihatan lain, atau sebarang kecederaan teruk yang boleh merangsang penghasilan asid yang tinggi dalam perut. 

4. Pengambilan alkohol berlebihan

gastrik angin
Penyebab gastrik terjadi.

Minuman beralkohol dipercayai mampu mendatangkan kerengsaan dan mengikis lapisan perut, sekali gus menyebabkan ia terdedah kepada asid.

Antara punca lain gastrik adalah:

  • Tindak balas dengan makanan atau ubat
  • Tindak balas dengan bahan kimia
  • Merokok
  • Peningkatan usia

6 simptom gastrik angin kerap terjadi

Terdapat beberapa tanda gastrik angin

  • Senak perut (ketidakhadaman)

Senak perut adalah rasa sakit perut pada bahagian atas perutBiasanya masalah ini berlaku selepas anda makan atau minum.

Ia disebabkan asid yang memecahkan lapisan pelindung dinding perut yang membawa kepada kerengsaan dan kesakitan.

  • Pedih ulu hati antara tanda gastrik angin

Pedih ulu hati terjadi apabila kandungan asid dalam perut masuk semula ke dalam saluran pemakanan (esofagus) bersama-sama makanan yang dihadam.

Anda akan rasa sakit pada bahagian dada atau tekak seperti terbakar. Selalunya terjadi selepas makan berat. 

Ini mungkin tanda masalah Gastro Esophageal Reflux Disease (GERD).

Masalah refluks gastroesophageal merupakan masalah pencernaan kronik yang berlaku apabila asid perut atau kandungan perut mengalir kembali ke kerongkong anda.

  • Hilang selera makan

Masalah gastrik angin ini juga cenderung membuatkan anda hilang selera makan. 

  • Perut kembung, salah satu tanda gastrik angin

  • Perut kembung terjadi apabila perut mengeluarkan asid penghadaman secara berlebihan kerana kerosakan saraf pada bahagian dalaman dinding perut.

    Akibatnya, asid berlebihan ini akan melalui usus dan bertindak balas membentuk gas atau angin dalam perut. Ia akhirnya mengakibatkan usus dalam perut menjadi tegang dan kembung. 

    • Loya dan muntah

    Angin dalam perut akan membuatkan anda loya atau mual. Muntah akibat gastrik biasanya berwarna jernih, kuning, atau kehijauan.

    Ia mungkin mengandungi darah, bergantung pada tahap gastritis yang dihadapi. 

    • Badan berasa lemah dan lesu

    Apabila anda mengalami gastrik, badan secara automatik akan sentiasa lemah dan lesu. Ini kerana anda perlu menahan sakit yang menyebabkan ketidakselesaan dan penat.

    Antara tanda gastrik angin lain adalah:

    • Kerap sendawa berulang kali
    • Sering membuang angin (kentut) selepas makan
    • Najis berwarna hitam, dipercayai akibat gastritis yang kronik

    3 cara hilangkan gastrik

    simptom gastrik
    Rawatan gastrik.

    Apakah cara hilangkan gastrik angin sesak nafas?

    Untuk merawat masalah gastritis, terdapat beberapa ubat gastrik angin yang boleh membantu, seperti:

    Petua hilangkan gastrik angin #1. Antasid (Antacid)

    Antasid berfungsi memperbaiki lapisan tambahan mukus, yang diambil 3 kali sehari sebelum makan. Ia adalah campuran bahan kimia yang mampu mengurangkan tahap keasidan perut dan boleh dibeli di farmasi.

    Namun, pengambilan ubat antasid ini dikatakan akan memberikan beberapa kesan sampingan. Antara kesan sampingan yang mungkin dialami:

    1. Degupan jantung tidak sekata.
    2. Keletihan melampau.
    3. Sakit perut berterusan.
    4. Cirit-birit berterusan.
    5. Sembelit.
    6. Najis bertukar warna menjadi putih.

    Cara hilangkan gastrik angin #2. H2-blocker 

    Turut dikenali sebagai antagonis H2. Ubat ini berfungsi mengurangkan rembesan asid. Contoh ubat jenis H2-blocker adalah ranitidine.

    Cara hilangkan gastrik angin sesak nafas #3 Proton pump inhibitor 

    Perencat pam proton (PPI) bertujuan mengurangkan rembesan asid dengan lebih berkesan. Ubat PPI ini biasanya diberi pada pesakit dengan gastritis yang teruk atau ulser perut.

    Antara contoh ubatan yang akan diberikan adalah lansoprazole atau pantoprazole.

    Pantang larang gastrik angin: 7 langkah pencegahan

    Berikut 7 petua hilangkan gastrik angin dan pantang larang gastrik yang anda boleh buat:

    • Hindari makanan berasid, bergoreng, pedas, dan tinggi lemak, terutamanya ketika perut masih kosong. 
    • Makan dengan kerap tetapi dalam kuantiti yang kecil. Jangan skip waktu makan
    • Banyakkan minum susu (kerana susu bersifat alkali yang mengurangkan keasidan perut. Tapi, jangan minum tenusu ketika perut kosong
    • Jika gastritis terjadi kerana ubat NSAIDs, cuba bincang dengan doktor
    • Jauhi minuman beralkohol, atau pastikan jumlah yang diminum terkawal
    • Elak stress dengan amalkan kaedah deep breathing
    • Berhenti merokok
    punca gastrik
    8 cara semula jadi merawat gastrik.

    Kesimpulan

    4 punca gastrik terjadi

    • Jangkitan bakteria ‘Helicobacter pylori’
    • Pengambilan ubat tahan sakit NSAIDs
    • Tahap tekanan tinggi
    • Pengambilan alkohol berlebihan

    Kini, anda telah mengetahui beberapa cara untuk hilangkan gastrik. Namun begitu, anda dinasihati untuk segera berjumpa dengan doktor sekiranya simptom anda menjadi lebih kronik.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Joseph Tan

    Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


    Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 13/02/2024

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan