backup og meta

Cari Rawatan Psoriasis? 4 Sebab Perlu Guna Ubat Biologik Yang Paling Efektif!

Disemak secara perubatan oleh Dr. Muhamad Firdaus Rahim · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli · Disemak pada 18/01/2023

    Cari Rawatan Psoriasis? 4 Sebab Perlu Guna Ubat Biologik Yang Paling Efektif!

    Sudah bertahun lamanya rawatan penyakit psoriasis tertumpu kepada aspek tradisional seperti pemberian ubat dan perubahan gaya hidup.

    Baru-baru ini, saintis dan pakar di seluruh dunia memberikan tumpuan kepada kaedah baharu bagi merawat psoriasis. Ia dikenali sebagai ubat biologik.

    Rawatan menggunakan ubat ini mempunyai kebaikannya yang tersendiri kerana mampu meningkatkan kualiti hidup individu.

    Artikel ini akan membincangkan aspek keberkesanan ubat biologik dalam rawatan kondisi psoriasis.

    Adakah ubat biologik berkesan dalam rawatan kondisi psoriasis?

    rawatan penyakit psoriasis

    Penggunaan krim sapu, ubat steroid serta pengambilan ubat cyclosporine dan methotrexate dianggap sebagai kaedah lama bagi rawatan penyakit psoriasis.

    Ia berkesan untuk merawat mereka yang mengalami penyakit ringan atau sederhana dan jarang digunakan dalam kes teruk.

    Dalam konteks inilah rawatan menggunakan ubat biologik dapat memberikan kelebihan kepada pesakit.

    Ia berupaya untuk menghalang faktor pencetus yang boleh menyebabkan simptom psoriasis.

    Tambahan pula, penggunaan ubat biologik dianggap lebih baik bagi merawat plak kulit pada tapak kaki, tapak tangan, muka dan alat kemaluan.

    Simptom tersebut menyakitkan dan ia boleh mempengaruhi kualiti hidup individu.

    Dos yang diperlukan jauh lebih rendah dalam rawatan kondisi psoriasis

    Jika anda dipreskripsikan dengan rawatan tradisional bagi penyakit psoriasis seperti ubat steroid dan sebagainya, ia perlu diambil setiap hari.

    Bukan semua individu mampu untuk patuh kepada arahan sedemikian.

    Ada yang terlalu sibuk sampai lupa hendak makan ubat. Ada juga yang pergi bercuti dan terlupa membawa ubat bersama.

    Melihat kepada perkara tersebut, ubat biologik dianggap satu bentuk rawatan yang ideal, kerana tidak perlu diambil setiap hari.

    Bergantung kepada jenis ubat biologik yang dipreskripsikan, tempoh pengambilannya berbeza.

    Ada ubat biologik yang perlu disuntik seminggu sekali dan ubat baharu seperti ustekinumab hanya perlu diambil 3 bulan sekali selepas dua dos pertama.

    Adakah anda perlu hadir ke hospital untuk mendapatkan suntikan ubat? Tidak sama sekali.

    Ia boleh dilakukan di rumah masing-masing. 

    rawatan penyakit psoriasis

    Ubat biologik tidak diperbuat daripada sebarang bahan kimia

    Berbanding dengan ubat rawatan kondisi psoriasis lain, ubat biologik tidak diperbuat daripada sebarang bahan kimia.

    Ia dicipta berasaskan protein yang maklumatnya diambil daripada gen.

    Kemajuan teknologi dalam bidang kejuruteraan genetik membuatkan penghasilan ubat daripada sumber semula jadi tidak lagi mustahil.

    Sumber rawatan penyakit psoriasis termasuklah mikroorganisma, protein yang diambil daripada manusia sendiri atau protein haiwan.

    Setiap ubat biologik dicipta untuk menghalang fungsi daya imun badan daripada menyebabkan masalah psoriasis.

    Selain itu, ubat biologik juga mempunyai sasaran protein yang spesifik dalam sistem pertahanan badan manusia.

    Ini bermakna ia tidak akan mengganggu fungsi sistem tersebut secara menyeluruh, hanya pada pencetus masalah psoriasis itu sendiri.

    Artikel berkaitan:

    Oleh sebab itulah, kesan sampingan ubat biologik sedikit berbanding dengan alternatif tradisional dalam rawatan kondisi psoriasis. 

    Ubat seperti cyclosporine dan steroid boleh menyebabkan kesan sampingan yang menyakitkan seperti loya, sakit perut, sakit mulut dan dalam kes yang jarang berlaku, kanser kulit.

    Ubat biologik pula hanya menyebabkan kesan sampingan ringan seperti kemerahan dan tindak balas alergi pada kawasan yang disuntik.

    rawatan penyakit psoriasis

    Rawatan psoriasis menggunakan ubat biologik boleh rawat simptom spesifik

    Ubat biologik mempunyai fungsi spesifik yang boleh digunakan pada keadaan tertentu. 

    Ia mampu menghalang fungsi pelbagai jenis protein yang menjadi punca kepada psoriasis, justeru penting untuk anda dirujuk kepada doktor pakar.

    Setakat ini, terdapat 11 jenis ubat biologik yang berkesan sebagai rawatan kondisi psoriasis dan keradangan sendi berkait dengan psoriasis.

    Ada yang digunakan untuk merawat kedua-duanya dan ada juga yang digunakan hanya untuk merawat penyakit kulit psoriasis.

    Sebelum anda bertukar kepada rawatan ubat biologik, anda perlu rujuk kepada doktor pakar terlebih dahulu.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Muhamad Firdaus Rahim

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli · Disemak pada 18/01/2023

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan