Semasa kehamilan, penggunaan ubat-ubatan adalah tidak digalakkan dan perlu dihadkan. Namun begitu, sekiranya anda mengalami kondisi psoriatic arthritis, maka anda perlu segera berjumpa doktor untuk mendapatkan preskripsi ubat-ubatan yang diperlukan sebelum, semasa dan selepas anda melahirkan bayi.
Psoriasis dan kelahiran anak
Pastikan anda memberitahu doktor mengenai kondisi diri. Kebanyakan ibu hamil akan mengalami psoriasis selepas bersalin.
Jika anda mengalami kondisi ini di bahagian sulit dan mahu melahirkan bayi secara normal, pastikan anda memberitahu doktor terlebih dahulu.
Kajian menunjukkan bahawa ibu hamil yang mengalami psoriasis akan mempunyai bayi kurang berat badan berbanding dengan ibu lain yang tidak mengalaminya.
Ibu hamil yang mempunyai masalah ini tetapi masih dalam kondisi yang ringan dan tidak serius, maka anda tidak perlu terlalu risau.
Rawatan psoriasis ketika hamil

Tidak banyak kajian tentang kesan sampingan rawatan psoriasis terhadap ibu hamil. Secara amnya, pilihan utama untuk merawat psoriasis adalah penggunaan krim pelembab dan emolien seperti jeli petroleum.
Penggunaan steroid topikal juga dilihat selamat tetapi ibu hamil perlu berhati-hati ketika menggunakannya pada bahagian dada bagi mengelak bahan ini masuk ke dalam susu badan dan seterusnya berpindah kepada bayi.
Kedua, rawatan fototerapi ultraviolet light B (UVB) juga merupakan pilihan yang selamat.
Namun begitu, psoralen dan ultraviolet light A perlu dielakkan kerana bahan-bahan ini mampu menyerap ke dalam badan lalu menyebabkan bayi dalam kandungan anda sensitif terhadap cahaya.
Jika tiada keperluan perubatan, penggunaan dadah sistemik dan bilogik adalah tidak disarankan ketika sedang hamil atau semasa menyusukan anak.
Ini kerana wanita yang sedang hamil dan menyusukan anak perlu mengelakkan diri daripada bahan-bahan seperti methotrexate dan cyclosporine yang boleh menyebabkan kecacatan pada kandungan.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen